Ada ibu yang terpaksa menjalani pembedahan ketika melahirkan bayi kerana bayi dalam kandungan besar saiznya. Hal ini dipanggil sebagai macrosomia di mana fetus bersaiz besar melebihi dari 4kg.
Fetal macrosomia atau fetus besar adalah apabila berat fetus dijangkakan 4kg atau lebih berdasarkan penilaian klinikal & skan.
Ads
Lazimnya, mommy yang disyaki mengalami macrosomia disyorkan untuk melahirkan secara pembedahan Cesarean untuk mengurangkan risiko seperti :
• Distosia bahu
• Rahim pecah
• Kecederaan perineum yang teruk
• Tumpah darah
Dalam kes tertentu, jika Doc yang merawat khuatir baby boleh mencapai saiz yang lebih besar sekiranya kehamilan diteruskan, mommy mungkin perlu menjalani prosedur ‘induce’ agar baby dapat dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan.
Gambar hiasan.
5 tips kurangkan risiko baby besar @ Macrosomia:
Ads
* Capai berat badan sihat sebelum hamil
* Bagi mommy dengan diabetes, capai pengawalan paras gula yang optimum sebelum & ketika hamil
* Diet sihat, utamakan diet dengan indeks glisemik rendah, porsi sihat & cara penyediaan hidangan yang sihat ketika hamil.
Ads
* Kekal aktif & melakukan senaman yang bersesuaian.
* Hanya mengambil suplimen yang disyorkan oleh doktor sahaja.
Pengalaman melahirkan anak memang berbeza-beza, itulah yang dialami oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah ketika melahirkan anak keduanya semalam.
Menurutnya, kelahiran kali ini berbeza berbanding anak sulungnya, Khadeejah. Walaupun sudah mengambil suntikan Edpidural (Epidural membantu ibu mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran melalui suntikan anestetik ke dalam ruang epidural tulang belakang yang lebih rendah.) namun kesakitan tersebut sangat kuat.
“Bersalin kalini MasyaAllah jauh beza dengan Khadeejah dulu. Masa Khadeejah it was so smooth & enjoyable. But this time quite tough & intense. Awal tu boleh bear lagi 3cm contraction. Duk gelak, makan itu ini. Tapi makin lama makin strong even baru nak bukaan 4 cm.”
“It was so intense. Ya Allah terlalu sakit sampai Aisyah few times kecundang sebab every 5 min dia dh intense. Rasanya kalau scale 100 tu, dia dah naik ke 80 macam tu. Memang sakit, tak tipu. Few times Aisyah try tahan, duduk atas gym ball but its just not helping. Terus panggil Nurse, masukkan ubat berak & I cant bear the pain anymore & terus cucuk epidural.”
“Fortunately it was 4 cm, & the last time untuk siapa yang nak ambil epidural. After 4cm, selalunya dah tak bagi ambil. My body kept moving untuk kurangkan pain, but everything wasnt helping.”
“After Isyak, terus solat dalam contraction & terus dibawa ke labour room untuk epidural. Ini belum cerita bab epidural lagi… yang I thought I was about to die at that moment…”
Tambahnya lagi, dia sukar untuk melupakan saat dan agak trauma untuk mengandung lagi ketika itu.
“Story kalini memang Aisyah sendiri takut nak cerita. It’s one of the scariest things in my whole life & I was traumatised to get pregnant again at that moment”
“Before cucuk epidural, memang badan dah sakit gila sebab setiap 5 min contraction intense sampai 90. It’s almost the highest level of contraction pain. Bukaan pun baru 5 cm. So after 1 hour, Dr datang untuk cucuk epidural. Mestilah sakit kan epidural, but I was thinking “takpe Aisyah, nanti sakit ni semua hilang, kejap je”. Every moment was unbearable”
“Then tiba-tiba datang semua side effect of epidural. Badan shivering, tapi benda ni normal sbb pernah kena time Khadeejah. Then terus muntah (kira semua benda dalam perut Kalau boleh nak keluar) & terus lemas & sesak nafas”
“Nurse came in & out sebab blood pressure was so bad, naik turun. Drpd 100 ke 80, jantung baby pun tak dpt kesan sgt, and Aisyah memang lemas the whole time. Siap kena pakai oxygen sbb sesak nafas. I looked at my husband & the only think I had in mind was “this may be the last time to see you. How you gonna live without me soon?” Pakai je oxygen tu pun lemas, terus doa “Ya Allah I’m gonna have 2 kids & they need a mother”.”
“Alif waktu tu pun memang tgh baca Yasin utk permudahkan urusan & it was so scary. Bayangkan you feel, it’s your last time to see your spouse & family. But slowly the blood pressure naik balik & slowly lemas tu hilang. I was so relieved like having the second chance in my life to serve better for my family & life.”
Sering kali ada anggapan bahawa menyusukan bayi pada awal kelahirannya adalah sesuatu yang sukar. Lalu, muncullah salah faham badan si ibu tiada atau kekurangan susu.
Anda perlu faham bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mengikut keperluan bayi. Saiz perut bayi yang baru lahir pun cuma sebesar guli. Jadi, anda tidak perlu bimbang susu ibu yang dibekalkan kepada si manja tidak mencukupi.
Semasa berpantang anda sangat digalakkan untuk menjaga corak pemakanan harian. Dalam usaha merangsang penghasilan dan pengeluaran susu yang lancar, anda boleh mengamalkan milkbooster yang terdapat dalam pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu serta sumber-sumber protein, karbohidrat dan sebagainya.
Berikut adalah antara sumber makanan yang sesuai diamalkan semasa berpantang yang mana sangat bagus untuk anda yang mahu mengamalkan penyusuan susu ibu selama yang boleh
Lobak merah dan putih
Khasiat yang ada pada lobak sangat diyakini dapat membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Lebih-lebih lagi lobak putih.
Biasanya kedua jenis sayur ini dimasak sebagai hidangan sayur. Malah tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai jus minuman.
Antara lain anda boleh jadikannya sebagai ulam juga. Lobak merah dimakan mentah manakala lobak putih direbis terlebih dahulu untuk menghilangkan bau semula jadinya.
Sawi
Sawi pun ada khasiat tersendiri dalam membantu anda menghasilkan susu ibu. Sebagai sayur berdaun hijau, tentu sahaja ia kaya dengan vitamin yang diperlukan oleh tubuh anda dan bayi yang disusui.
Lebih daripada itu, sawi bermanfaat untuk para ibu lepas bersalin yang kerap mengalami masalah sembelit. Pengambilannya secara berterusan dapat membantu proses pengeluaran najis yang baik.
Barli
Selain dipercayai dapat membantu menyejukkan badan, barli juga diyakini boleh membantu dalam penghasilan susu ibu.
Rebus biji barli sehingga kembang dan minum airnya setelah suam. Boleh juga ditambah sedikit gula untuk menambahkan keenakannya.
Oat
Bijirin ini adalah antara yang popular di kalangan ibu menyusu sebagai penggalak susu ibu. Atas sebab itulah kebanyakan produk milkbooster yang dijual di pasaran menjadikannya sebagai bahan asas penghasilan produk masing-masing.
Kredit IG leunieynatashax
Ini dapat dilihat pada milkbooster yang mahu dicuba oleh isteri kepada penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi iaitu Leuniey Natasha yang kini sedang berpantang selepas hampir 3 minggu melahirkan anak ketiga mereka.
Kredit IG leunieynatahax
Milkbooster dalam bentuk biskut dan dipek dalam bekas khas tentu sahaja memudahkan anda menjadikannya sebagai kudapan harian.
Keju
Keju adalah salah satu produk tenusu yang boleh anda amalkan semasa berpantang. Ambillah keju seperti kepingan cheddar semasa bersarapan.
Anda boleh letakkan keju di dalam sandwich ataupun makan begitu sahaja semasa mengudap di antara sela waktu makan utama.
Makanan sunah
Sememangnya diakui makanan sunah mengandungi pelbagai khasiat untuk seisi keluarga. Oleh sebab itulah, di dalam rumah anda perlu ada stok makanan sunah. Antaranya kurma, habbatussauda dan madu.
Kurma boleh dimakan begitu sahaja atau dikisar bersama kacang badam dan susu segar. Habbatussauda atau jintan hitam boleh dimasukkan ke dalam minuman atau dimakan begitu sahaja. Manakala madu diambil sesudu setiap hari atau boleh dibancuh ke dalam air suam lalu diminum semasa perut kosong.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 27 Julai lalu, hero malaya, Remy Ishak merasa cukup teruja kala dianugerahkan Allah dengan rezeki menimang cahaya mata pertama.
Remy juga mendedahkan cahaya mata sulungnya bersama isteri, Ezza Yusof adalah seorang bayi lelaki namun masih belum mendedahkan wajah putera kesayangannya dan isteri.
Menerusi Instagramnya, Remy memuat naik beberapa keping gambar sebagai kenangan di hari kelahiran anak lelakinya.
“Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki & rahmat Nya.
“First baby & It’s a boy! A Hero! Terima kasih ya Allah. Simpan sini untuk satu kenangan,” tulisnya berkongsi.
Menerusi perkongsian yang sama juga, Remy meluahkan rasa gembira dan syukurnya atas kelahiran bayi kecil kesayangan bersama isterinya.
Menerusi beberapa perkongsian Remy di media sosial, Remy dilihat cukup teruja menyambut kelahiran putera sulungnya walaupun agak penat menguruskan pelbagai perkara.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...