Ada ibu yang terpaksa menjalani pembedahan ketika melahirkan bayi kerana bayi dalam kandungan besar saiznya. Hal ini dipanggil sebagai macrosomia di mana fetus bersaiz besar melebihi dari 4kg.
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Prince Court Medical Centre, saiz fetus yang besar boleh dicegah lebih awal dengan beberapa cara. Ini fakta dan tip yang dikongsikan oleh beliau.
Fetal macrosomia atau fetus besar adalah apabila berat fetus dijangkakan 4kg atau lebih berdasarkan penilaian klinikal & skan.
Lazimnya, mommy yang disyaki mengalami macrosomia disyorkan untuk melahirkan secara pembedahan Cesarean untuk mengurangkan risiko seperti :
• Distosia bahu
• Rahim pecah
• Kecederaan perineum yang teruk
• Tumpah darah
Dalam kes tertentu, jika Doc yang merawat khuatir baby boleh mencapai saiz yang lebih besar sekiranya kehamilan diteruskan, mommy mungkin perlu menjalani prosedur ‘induce’ agar baby dapat dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan.
5 tips kurangkan risiko baby besar @ Macrosomia:
* Capai berat badan sihat sebelum hamil
* Bagi mommy dengan diabetes, capai pengawalan paras gula yang optimum sebelum & ketika hamil
* Diet sihat, utamakan diet dengan indeks glisemik rendah, porsi sihat & cara penyediaan hidangan yang sihat ketika hamil.
* Kekal aktif & melakukan senaman yang bersesuaian.
* Hanya mengambil suplimen yang disyorkan oleh doktor sahaja.
Semoga dipermudahkan urusan kelahiran mommy.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!