Semalam di media sosial viral mengenai seorang ibu memohon orang ramai mendoakan keselamatan anaknya yang tertelan kerongsang. Bayi berusia 9 bulan itu dilaporkan tertelan kerongsang yang berada di celah pintu bahagian penumpang kereta.
Menerusi Harian Metro, bayi tersebut berjaya diselamatkan apabila pin keluar sendiri melalui najisnya. Ibu, Noor Amira Shyuhada amat bersyukur hasil doa orang ramai pin berjaya keluar sebaik sahaja azan Asar.
Ibu mohon doa permudah urusan anak
Kata Noor Amira, meskipun ada segelintir yang mengecamnya cuai dalam menjaga anak. Dia bersyukur hasil doa orang ramai anaknya berjaya selamat.
Ternyata doa warganet amat mustajab sehingga kerongsang itu bukan sahaja dapat keluar, malah pinnya tertutup dan tidak mencederakan anak saya.
Saya bersyukur sangat tambahan pula kerongsang itu keluar sebaik sahaja azan Asar berkumandang hari ini.
Ads
Ketika baca komen segelintir warganet yang mengutuk dan mengecam, saya amat tertekan apatah lagi masa itu kerongsang masih berada dalam badan anak saya.
Alhamdulillah, tidak lama kemudian, kerongsang yang berada di dalam badan anak keluar sendiri melalui najisnya.
Mengakui tertekan dan kecewa, suami menasihatkan supaya dia mempedulikan sahaja kritikan orang ramai dan memberi semangat agar sentiasa kuat.
Ads
Tak tahu macam mana boleh capai kerongsang
Ketika ditanya mengenai insiden tersebut, Noor Amira memberitahu ketika itu anak bongsunya itu diriba anak sulung yang berada di bahagian penumpang kereta.
Ketika itu saya sedang memandu dari rumah ibu di Felda Bukit Bading ke rumah di Ajil, jadi tak perasan apa yang dia tengah buat, lebih-lebih lagi keadaan gelap.
Ads
Kebetulan pula kerongsang itu berada di celah pintu bahagian penumpang di dalam kereta.
Tak tahu macam mana dia boleh capai kerongsang itu dan masukkan ke dalam mulut.
Saya segera memberhentikan kereta dan memeriksa mulutnya dan menghulurkan jari untuk mendapati kerongsang itu, tetapi tidak berjaya.
Menyedari perkara itu, dia mencuba untuk mengeluarkan pin namun gagal lalu segera ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.
Bila anak-anak tak dapat tidur yang mencukupi, tahu tak mak ayah anak-anak sebenarnya tak dapat tenaga yang cukup untuk kekal fokus ketika berada di dalam kelas.
Menurut perkongsian Dr Harith Ahmad, waktu tidur anak memainkan peranan besar untuk mengembalikan tenaga mereka di waktu siang.
Berikut merupakan waktu tidur yang disarankan serta tip untuk ahli keluarga bagi memastikan waktu tidur anak lebih berkualiti.
“Hari ini saya nak ceritakan mengenai anak-anak kita yang berada di pra sekolah yang mana seolah-olah tidak cukup tidur dan keletihan ketika bangun pagi.
Berapa jumlah waktu tidur yang sebenarnya diperlukan anak kita?
Selalunya kanak-kanak yang berada di pra sekolah, mereka sangat penat. Tidur yang diperlukan pula sekurang-kurangnya lapan jam.
Kalau anak-anak tidur pukul 12 malam macam mana nak cukupkan lapan jam? Waktu tidur yang disyorkan untuk anak adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Waktu ini adalah amat baik untuk mereka dan anak sudah pun mendapat lapan jam yang berkualiti.
Tapi bila anak tidur kita selalu rasa cukupkah anak tidur? Berkualiti kah waktu tidur anak kita? Sebenarnya tidak!
Mana tidaknya, ada orang yang mengganggu, ada ayah yang masih lagi menonton televisyen dan masih ada lagi ahli keluarga yang belum tidur.
Kalau boleh semua ahli keluarga tidur pada pukul 10 malam ini, barulah anak-anak dapat menikmati persekitaran tidur yang baik dan dapat tidur dengan nyenyak dan berkualiti.
“Bagus ke bengkak susu?” Bagi sesetengah ibu, bengkak susu sangat ditunggu-tunggu kerana mereka percaya bengkak susu bagus bagi ibu-ibu menyusu.
Mitos; PAYUDARA BENGKAK = SUSU BANYAK
Menurut Kaunselor Laktasi, Nad Masrom memang nampak hasil perahan mommies banyak bila mommies biar breast penuh melebihi 3-4 jam. Tapi susu yang akan lebih banyak terhasil waktu tu ialah foremilk (susu yang lebih cair) berbanding hindmilk (susu yang mengandungi lemak yang tinggi).
Dan breast mommies pun akan terima banyak hormon FIL (feedback inhibitor lactation) yang akan mengurangkan penghasilan susu pada waktu-waktu berikutnya. Dan lama-lama penghasilan susu akan berkurang kerana otak detect demand berkurang bila mommies sengaja atau mungkin tak sempat nak perah dalam jarak masa yang lama.
Mommies yang direct feeding, pastikan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga tempoh yang secukupnya sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi. Ini adalah penting supaya bayi mendapat hindmilk yang mencukupi.
Tempoh 5-8 minit pertama, bayi akan mendapat foremilk. Dan hindmilk akan keluar selepas 8-10 minit. Hindmilk mengandungi molekul lemak yang lebih besar, kerana itu hindmilk lebih lambat keluar kerana ‘memberi laluan’ kepada molekul susu lain yang lebih kecil untuk keluar dahulu. Kandungan laktosa untuk kedua jenis foremilk dan hindmilk adalah sama.
Untuk mommies yang bayinya mempunyai masalah kenaikan berat (tidak ada masalah poor latching, tongue tie, etc), pastikan mommies menyusu di sebelah payudara lebih lama sebelum bertukar ke payudara satu lagi agar bayi mendapat hindmilk yang mencukupi.
Jadi bengkak susu bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu. Kerana bila mommies biarkan payudara penuh melebihi jarak masa yang sepatutnya, penghasilan susu akan berkurang pada masa akan datang. Lebih merisaukan bila susu yang mengandungi lemak yang tinggi tidak dikeluarkan dengan baik, kandungan lemak akan berkumpul dan menjadi ketulan besar (galactocyst) dalam payudara mommies. Dan mommies akan rasa sakit serta kurang selesa bila keadaan ini berlaku.
Jadi, pastikan breast dikosongkan setiap 3-4 jam ya mommies. Jangan tunggu bengkak baru nak perah ya. Ingat tau
Dikurniakan anak sudah tentu menjadi idaman setiap wanita berkahwin. Jika tiada sebarang komplikasi, kelahiran secara normal amat digalakkan. Melahirkan melalui pembedahan biasanya dibuat jika ibu mempunyai masalah dengan kehamilannya.
Terdapat perbezaan dalam prosedur kedua-dua jenis kelahiran ini. Ada pendapat yang mengatakan kelahiran normal lebih baik berbanding pembedahan, tetapi setiap ibu yang bertarung nyawa untuk bersalin harus diberikan penghargaan.
Kenali dua jenis kelahiran ini dengan lebih dekat agar anda dapat memahami konsepnya. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang kelahiran normal dan pembedahan ini daripada Dr. Khamsiah Muda, Pengasas dan Pakar Obstetrik & Ginekologi di Andorra Women and Children Hospital.
KELAHIRAN NORMAL
Kelahiran anak secara normal adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu melalui vagina tanpa menggunakan bantuan peralatan seperti vakum atau forcep. Proses kelahiran normal boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.
Fasa Pertama
Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran. Pada waktu ini, Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada awalnya dan ia berlaku untuk jangka masa 40 saat. Kemudian, kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap dua minit. Setiap kali Rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai kelebaran 10sm.
Situasi inilah yang kita panggil kontraksi. Pada waktu inilah para ibu akan merasa sakit sementara menunggu pintu rahim terbuka sehingga 10sm agar bayi dapat melalui pintu vagina untuk menjayakan kelahiran normal. Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan. Lapisan ini akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula. Selepas itu, proses seterusnya adalah kepecahan air ketuban.
Fasa Kedua
Dalam fasa kedua kelahiran, bayi dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ia akan berlaku apabila otot rahim dan abdomen mengecut dengan kuat. Dalam kes kelahiran normal yang biasa, kepala bayi akan dikeluarkan terlebih dahulu.
Sekiranya bayi berkedudukan songsang, bahagian punggung akan dileuarkan terlebih dahulu. Dalam keadaan ini, kaki bayi terlipat ke atas. Jika ini kes ibu yang pertama kali melahirkan, bayi berkemungkinan harus dikeluarkan melalui pembedahan caesarean. Selepas dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada uri akan dikapit dan di potong.
Fasa Ketiga
Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang ¼ – ½ jam selepas bayi dilahirkan. Kemudian uri akan dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri daripada saluran darah dan tisu kolektif.
PEMBEDAHAN CAESAREAN
Pembedahan caesarean adalah pembedahan di mana pakar obstetrik membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan untuk melahirkan anak merupakan pembedahan besar yang paling biasa dalam kalangan wanita.
Kelahiran melalui pembedahan akan dsyorkan oleh doktor jika kelahiran secara normal didapati berisiko tinggi. Namun demikian, prosedur ini juga boleh dijalankan dia atas permintaan si ibu.
Bila Proses Bersalin Caesarean Bermula?
Setelah usia kehamilan mencapai 38 minggu Bayi akan dikeluarkan melalui belahan di perut ibu dan bukan dari faraj. Sebelum pembedahan dimulakan, doktor akan menjalankan pembiusan epidural sehingga kawasan perut ke kaki (half body bius) supaya si ibu berasa kebas.
Semasa proses pembedahan, para ibu berada dalam keadaan sedar. Hanya dalam kes tertentu, pembiusan penuh akan dilakukan. Bagi mengelakkan iu berasa panik, doktor kebiasaannya akan mmberi ubat penenang supaya mereka lebih santai ketika proses pembedahan dijalankan.
Mengapa Perlu Dibedah?
Terdapat beberapa kes kehamilan yang memerlukan ibu menjalani kelahiran melalui pembedahan:
Plasenta Previa
Semasa mengandung, rahim mengembang dan plasenta (uri) yang normal akan melebar menjauhi serviks. Plasenta previa adalah keadaan di mana uri tetap berada di bahagian bawah rahim atau dekat dengan serviks sehingga menutup pintu laluan kelahiran.
Plasenta Luruh (Abruption)
Keadaan ini apabila plasenta terpisah dari dinding rahim seblum tarikh kelahiran. Apabila ia berlaku dikhuatiri bayi akan terputus bekalan nutrisi dan oksigen. Dalam sesetengah kes, jika ini terjadi bayi akan dilahirkan pra matang.
Kehamilan songsang
Tali pusat jatuh (Cord Prolapse)
Jarang berlaku. Tetapi jika terjadi, pembedahan segera perlu dibuat kerana tali pusat terkeluar melalui serviks dan vagina sebelum bayi dilahirkan.
Bayi lemas (Fetal Distress)
Bayi lemas apabila kekurangan bekalan oksigen ketika dalam kandungan. Ia dikesan melalui tanda denyutan jantung bayi yang menjadi perlahan berbanding kadar normal.
Bukaan lambat
Jika bukaan rahim terlalu lambat, tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5sm setiap jam dalam tempoh empat jam, pasti ada masalah.
Pembedahan ulangan
Ibu mengalami masalah darah tinggi atau kencing manis semasa hamil
Masalah tumbesaran bayi
Jika tumbesaran bayi terbantut, bayi mudah lemas semasa proses kelahiran.
Bayi kembar
Bayi kembar boleh dilahirkan melalui kelahiran normal, tetapi sesetengah kes ibu terpaksa dibedah bergantung kepada posisi bayi, berat badan mereka serta usia dalam kandungan.
Biar apa pun jenis kelahiran seorang ibu, ia merupakan pengorbanan terbesar seorang wanita. Kedua-dua jenis kelahiran sama hebat dan sama sakitnya. Selepas melahirkan bayi, jagalah kesihatan dan ikutlah saranan doktor agar segera sembuh. Jika ada ibu yang mahu bersalin secara pembedahan walaupun tiada sebarang komplikasi ketika hamil, itu bergantung kepada pilihan masing-masing. Setiap kelahiran mempunyai risiko tersendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpaksa bertugas ke luar negara di ketika masih menyusukan bayi memang memeningkan kepala. Jangan bazirkan waktu dan reziki yang diberi, sebaliknya simpan dan bawa balik sahaja susu perahan itu pada anak.