Meconium Aspiration Syndrome merujuk kepada masalah pernafasan bayi. Ia disebabkan oleh bayi membuang najis dalam kandungan dan menyebabkan ia memasuki paru-paru. Kerap kali kita mendengar istilah bayi tertelan najis ketika dalam proses kelahiran. Dalam terma perubatan, ia dipanggil Meconium Aspiration Syndrome.
Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku? Mekonium ialah najis berwarna hijau kegelapan yang dihasilkan oleh saluran gastrousus janin sebelum lahir. Ia terdiri daripada sel epitilial usus, lanugo, mukus, air ketuban, hempedu dan air. Ia pekat dan melekit seperti tar. Kebiasaannya mekonium akan berada di dalam usus sehingga lahir. Dan selepas lahir bayi akan mengeluarkan mekonium selama beberapa hari dan diikuti oleh najis biasa yang berwarna kekuningan.
Dalam kes tertentu, bayi membuang air besar ketika masih di dalam kandungan lagi. Kebanyakan kes terjadi kepada bayi yang megalami fetal distress akibat oleh kekurangan darah atau oksigen. Lazimnya, ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri.
Apabila mekonium dikeluarkan dan bebas ke dalam air ketuban, ia kemudiannya akan disedut atau ditelan oleh bayi ke dalam paru-parunya. Hal ini juga akan menyebabkan tubuh bayi diselaputi najis dan menyumbat saluran pernafasan bayi selepas dilahirkan.
Pasukan yang menyambut kelahiran bayi akan segera merawat bayi yang mengalami sindrom ini. Sejurus selepas dilahirkan, pasukan perubatan akan bertindak pantas dengan menyedut mulut, hidung dan tekak bayi untuk mengeluarkan mekonium jika bayi dalam keadaan lemah, tidak bernafas dan diselaputi mekonium.
Bayi kemudiannya dirawat dengan antibiotik jika terdapat risiko jangkitan yang tinggi dan diberikan bantuan sampingan dengan oksigen juga akan diberi jika diperlukan. Bayi yang diberi alat bantuan pernafasan akan dipantau untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti Persistent Pulmonary Hypertension of Newborn (PPHN).
Sindrom ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada bayi. Antaranya ialah:
Memang ia tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi yang tergolong sebagai berisiko tinggi, anda perlu sentiasa berwaspada dan melihat sekiranya terdapat lelehan air ketuban bermula daripada minggu ke-34 kehamilan.
Selain itu, segera dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor pakar sekiranya merasakan ciri-ciri bayi stres seperti bayi kurang bergerak, pendarahan, perut berasa senak dan kejang, tekanan darah naik serta kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
Bagi mengurangkan risiko terjadinya Sindrom Aspirasi Mekonium, proses kelahiran perlu dipendekkan lebih-lebih lagi bagi bayi yang sudah stres di dalam kandungan. Kerjasama adan dan suami menerima cadangan doktor untuk melahirkan menerusi pembedahan atau menggunakan alat bantu dapat mengurangkan masa kelahiran dan seterusnya mengelakkan terjadinya sindrom ini.