Pola tidur bayi boleh dipengaruhi oleh beberapa perkara, termasuk penyakit, percutian atau pertukaran rutin.
Ada juga sebab-sebab berkaitan perkembangan menyebabkan yang dahulunya tidur dengan baik sekarang mula bangun di tengah malam apabila sudah berusia lebih daripada enam bulan.
Jika bayi anda dengan tiba-tiba mula berjaga di tengah malam, ambil langkah ke belakang untuk menilaikan situasi.
Ads
1) Adakah ini disebabkan keadaan dalam biliknya?
2) Adakah cuaca bertukar yang menyebabkan bayi rasa terlalu panas pada tengah malam? Cuba sejukkan badannya atau pasangkan bidai berwarna gelap.
3) Adakah jiran membuka lampu luar yang bersinar masuk ke dalam bilik bayi? Jika ya, selesaikanlah masalah itu.
Ads
Juga pertimbangkan adakah masalah berjaga malam yang datang dengan mendadak ini berlaku selepas dia pulih daripada sakit atau selepas balik daripada bercuti? Atau berlaku serentak dengan perubahan dalam perkembangannya?
Jika bayi anda telah menguasai kemahiran fizikal baru, contohnya belajar merangkak, dia mungkin mahu mencubanya sebaik saja mendapat peluang, walaupun pada tengah malam. Sesetengah bayi suka melonjak ke atas untuk berdiri, tetapi tidak pandai merebahkan diri kembali tanpa pertolongan.
Ads
Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah berjaga malam ini ialah dengan mengikut cara yang sudah pun menunjuk kesan dahulu. Iaitu, jangan dengan tiba-tiba menukar rutin tidurnya atau cara anda menidurkannya.
Pastikan anda konsisten dengan cara yang anda lakukan ini untuk beberapa minggu. Ini akan membantu bayi anda kembali tidur sepanjang malam sebaik saja isu sementara tersebut diatasi.
Disemak oleh Dr Winston Yong, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang kini pakar perunding paediatrik di sebuah hospital swasta.
Sumber: babycenter
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betullah orang kata, anak adalah pembuka rezeki buat ibu bapanya. Tak kiralah dalam situasi susah atau senang. Mungkin peringkat awal Allah uji untuk lihat kesabaran kita tapi akhirnya beri kemanisan di kemudian hari.
Walaupun kita rasa susah tapi percayalah setiap anak dah ada rezekinya. Bila dan bagaimana caranya Allah saja tahu.
Seperti yang dikongsikan oleh mama Ainul Mardhiah, yang menjadi cinta hati rakyat Malaysia awal tahun lalu, kehidupan mereka sekeluarga terus berubah selepas berita Ainul viral.
Menurut Nurul Erwani, siapa sangka Allah uji di peringkat awal tapi berikan kegembiraan di hujungnya. Langsung tak dijangka keadaan ini berlaku dan bukan saja rezeki Ainul namun buat kami sekeluarga.
“Sejak beberapa bulan lalu rezeki kami sentiasa murah dan percaya Allah bagi ini untuk kami suami isteri berusaha membesarkan Ainul dan menjaganya dengan baik.
“Mama tak pernah anggap anak mama satu beban atau halangan untuk mama teruskan kehidupan mama.
“Ainul Mardhiah adalah penguat semangat mama. Dari Ainul lahir sampailah Ainul dah besar sekarang, rezeki yang tidak disangka-sangka dari Allah sentiasa mengalir. Alhamdulillah,” jelasnya.
Doa dan hadiah tak putus Ainul dapat
Apa yang membuatkan Nurul Erwani terharu sejak Ainul belum menerima rawatan sehinggalah sekarang, sepanjang masa ada saja yang berniat mahu memberi sumbangan dan hadiah.
Paling tak terkata adalah doa yang setiap hari dititipkan buat Ainul. Ini yang menjadi kekuatan Ainul untuk sihat dan menunjukkan perkembangan baik setiap hari.
Terima kasih untuk semua yang sentiasa mendoakan untuk Ainul Mardhiah dan yang tak putus-putus beri Ainul hadiah serta sumbangan. Terus doakan agar Ainul terus sihat kerana perjalanannya masih jauh.
Sumber: Nurul Erwani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dapat kita nafikan, tugas menjaga anak-anak biasanya dilakukan oleh ibu. Bahkan anak-anak lebih mudah mendengar cakap ibu kerana biasanya kita lebih tegas. Bila ayah yang ambil alih tugas menjaga pula, mereka lebih sporting dan suka buat pelbagai perkara lucu bersama anak-anak.
Para isteri sangat menghargai bantuan suami sama ada dari segi mengemas rumah, memasak atau menjaga anak. Namun bila bercerita soal penjagaan anak ni, biasanya ada saja perkara di luar kotak yang akan dibuat suami.
Apa yang mencuit hati adalah apabila si kecil itu seolah-olah memahami ajaran ayahnya dan cuba mengikut. Ini komen warganet yang menonton;
Rupa-rupanya bayi itu menggaru kepalanya dengan cara yang salah, sebab itulah si ayah ajarkan cara yang betul. Memang lucu tengok gelagat dua beranak itu.
Ramai ibu hairan, bukankah bayi manusia telah hidup selama 9 bulan di dalam air? Jadi mengapa ada bayi yang takut mandi?
Enam Sebab Anak Takut Mandi (0-2 tahun);
1.Posisi Badan yang Tak Selesa
Di dalam rahim, bayi duduk dengan kedua tangan dan lutut yang rapat ke abdomen/perut serta kepalanya tunduk ke dada. Posisi ini membuat bayi merasa bagai berpeluk selama 9 bulan. Posisi ini juga menghalang kedua tangan bayi dari menggapai-gapai.
Ramai bayi ‘infant’ (0-3 bulan) yang super sensitif dengan posisi yang membuatkan tangannya menggapai di udara: ia buat bayi merasa bagai di tolak dari suatu tempat yang tinggi (free falling position) dan ketakutan kerana posisi itu asing bagi mereka.
Telangkupkan badan bayi di lengan anda atau tiarapkan bayi di dalam tab mandinya (tahan kepalanya dengan lengan) untuk posisi yang lebih di gemarinya.
2. Sensitif dengan Suhu
Ramai orang hanya bercakap soal suhu air mandi bayi. Bagaimana dengan suhu bilik mandi? Suhu bilik ketika menyiapkan bayi untuk mandi (atau selepas mandi)? Serta suhu tangan orang yang memegang bayi ketika badannya tak berpakaian?
Tahukah anda, bayi 0-8 minggu mempunyai ‘total thermal immaturity’? Ia bermaksud bayi tidak mampu seimbangkan suhu badan dan sangat sukar untuk badan bayi kekalkan suhu asasnya ke 37-37.5 °C.
YA, BACA BETUL-BETUL. 37-37.5 °C ya. BUKAN 27-27.5 °C.
Hanya sekitar usia 18 -24 bulan nanti baru bayi tahu selaraskan suhu badannya secara semulajadi.(Climakid: Dr Candice Ostrowka)
Ini sebabnya mengapa keseluruhan proses mandi sejak: buka baju ➡ pegang bayi tak berbaju ➡ masuk dalam air ➡ lap badan ➡ pakai baju: boleh jadi satu acara paling sukar untuk bayi bertahan dengan suhu.
3. Bayi Sudah Keletihan
Berapa ramai ibu yang sedar setiap usia anak ada masa berjaga maksimum yang mereka boleh tahan sebelum kembali mengantuk?
Misalnya:
Bawah 1 bulan: minimum (beberapa minit-puluh minit)
1 bulan: 30-45 minit
2 bulan: 45 minit – 1 jam 15 minit
3 bulan: 1 jam 15 minit – 1 jam 30 minit
4-6 bulan: ~ 2 jam
7 bulan -12 bulan: ~ 3 jam
12 bulan- 18 bulan : ~3-4 jam
Lihat masa berjaga bayi kecil yang sangat singkat. Bayi mungkin sudah keletihan dan mahu tidur ketika anda baru mahu memandikannya akibat telah mengguna masa sebelum ini untuk menyusu, bermain atau menukar lampinnya.
4. Tak Matang = Tak Faham
Saya yakin ramai ibu dapat faham bila saya sebut amat biasa anak kecil menjerit takut bila acara potong rambut, potong kuku, korek telinga dan melihat orang menggunakan vacuum cleaner, kan? Begitulah juga dengan acara mandi buat sebahagian anak.
Mengapa? Kerana semua benda di sekeliling anak kecil adalah benda baharu dan otak mereka pula masih lemah dalam bab ‘reasoning’ (memikir alasan di sebalik sesuatu).
Air yang mengalir masuk ke dalam mata, sabun yang terasa licin di badan, perasaan macam tak boleh bernafas bila air masuk hidung, bunyi air menyimbah jatuh ke lantai, C:..ini semua boleh jadi punca anak takut.
Anak lihat , anak dengar, anak bau , anak dapat rasa sesuatu dari keseluruhan acara mandi TAPI, dia tak dapat faham apa yang terjadi.
5. Tak Boleh Beza Realiti VS Imaginasi VS Fantasi
Ini selalunya terjadi buat anak yang ‘sudah ada fikirannya sendiri’ iaitu yang berusia setahun ke atas. Anak yang dahulunya tak takut mandi,pun tiba-tiba boleh jadi penakut. Kenapa?
Baik, ingat lagi ketika anda di tipu bulat-bulat dahulu bahawa jika tertelan biji rambutan maka nanti pokok rambutan akan tumbuh dari atas kepala anda? Terus anda ‘blacklist’ semua biji buah, bukan?
Itu berlaku di zaman anda ‘tidak tahu apa’…
Jika anda menonton cerita, anda tahu itu semua rekaan. Namun tidak bagi anak kecil. Bunyi pam tandas di ikuti dengan air mangkuk tandas yang menghilang benar-benar buat anak rasa dia boleh di sedut hilang dari mangkuk tandas.
Anak mungkin rasa paip air boleh pecah dan tiba-tiba berlaku banjir yang akan lemaskan dia seperti mana yang dia lihat di dalam cerita.
Atau di sebalik saluran air keluar itu ada badut menakutkan atau labah-labah gergasi yang menunggu untuk menerkamnya.
6. Anak Tahu Apa Akan Berlaku Selepas Mandi
Seawal 4-5 bulan, anak sudah dapat mengagak rutin biasa kehidupan. Ini berikutan berlakunya perkembangan mental dunia kejadian (usia 19 minggu) dan dunia hubungan (usia 26 minggu).
Misalnya, selepas mandi di awal pagi, ibu akan menghantar saya ke rumah pengasuh. Maka, anak mungkin akan sengaja bikin drama waktu mandi di awal pagi untuk sabotaj perjalanan rutin.
Hal ini makin meneruk bila anak mahir hal autonomi (kuasa) sekitar usianya 15 bulan iaitu bila berlaku perkembangan mental dunia prinsip. Inilah usia anda lihat anak menjadi baby bos dan tentukan apa yang dia mahu.
Misalnya: anak hulurkan kasut yang dia nak pakai kepada anda atau anak serta merta bertindak tutup pintu bilik untuk halang anda keluar.
Maka, jika selepas acara mandi bermaksud masuk tidur, mungkin itu yang buat anak tak gembira dengan mandi.
Sumber: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!