Pola tidur bayi boleh dipengaruhi oleh beberapa perkara, termasuk penyakit, percutian atau pertukaran rutin.
Ada juga sebab-sebab berkaitan perkembangan menyebabkan yang dahulunya tidur dengan baik sekarang mula bangun di tengah malam apabila sudah berusia lebih daripada enam bulan.
Jika bayi anda dengan tiba-tiba mula berjaga di tengah malam, ambil langkah ke belakang untuk menilaikan situasi.
1) Adakah ini disebabkan keadaan dalam biliknya?
2) Adakah cuaca bertukar yang menyebabkan bayi rasa terlalu panas pada tengah malam? Cuba sejukkan badannya atau pasangkan bidai berwarna gelap.
3) Adakah jiran membuka lampu luar yang bersinar masuk ke dalam bilik bayi? Jika ya, selesaikanlah masalah itu.
Juga pertimbangkan adakah masalah berjaga malam yang datang dengan mendadak ini berlaku selepas dia pulih daripada sakit atau selepas balik daripada bercuti? Atau berlaku serentak dengan perubahan dalam perkembangannya?
Jika bayi anda telah menguasai kemahiran fizikal baru, contohnya belajar merangkak, dia mungkin mahu mencubanya sebaik saja mendapat peluang, walaupun pada tengah malam. Sesetengah bayi suka melonjak ke atas untuk berdiri, tetapi tidak pandai merebahkan diri kembali tanpa pertolongan.
Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah berjaga malam ini ialah dengan mengikut cara yang sudah pun menunjuk kesan dahulu. Iaitu, jangan dengan tiba-tiba menukar rutin tidurnya atau cara anda menidurkannya.
Pastikan anda konsisten dengan cara yang anda lakukan ini untuk beberapa minggu. Ini akan membantu bayi anda kembali tidur sepanjang malam sebaik saja isu sementara tersebut diatasi.
Disemak oleh Dr Winston Yong, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang kini pakar perunding paediatrik di sebuah hospital swasta.
Sumber: babycenter