Lazimnya, gigi bayi akan mula keluar apabila umur mereka di antara empat hingga tujuh bulan. Pun begitu, ada juga bayi yang giginya mula kelihatan seawal dua hingga tiga bulan. Malah, ada yang gusinya sudah kelihatan gigi pada masa kelahiran. Namun ia amat jarang berlaku. Sebaliknya ada juga yang lambat tumbuh gigi sehingga mencecah umur setahun.
Kebanyakan bayi menghadapi masa gigi keluar ini tanpa masalah tetapi ada juga ibu bapa yang mengadu mengaku bayi mereka mengalami simptom-simptom seperti merengek, gelisah dan tidak selesa, air liur mengalir berlebihan, gusi bengkak dan sensitif, kelakuan seperti mengunyah, kurang menyusu serta mengalami masalah tidur.
Makanan pejal harus mula diberikan kepada bayi hanya apabila umur mereka mencecah enam bulan. Hal ini kerana pada usia ini sistem penghadaman bayi mula matang dan boleh menerima makanan pejal seperti bijirin atau makanan yang dijadikan puri.
Ada tiga tanda utama yang boleh diperhatikan pada bayi yang mungkin sedia untuk menerima makanan pejal. Kebiasaan nya semua perkembangan dan tanda-tanda ini jarang berlaku sebelum bayi berumur enam bulan iaitu:
1)Kemampuannya berada dalam posisi duduk dan kawalan kepala yang tegak.
2)Koordinasi mata tangan dan mulut yang baik dan boleh dilihat mengambil dan memasukkan makanan ke mulut dengan sendiri.
3)Boleh menelan tanpa mengeluarkan makanan dan tidak terkumpul di luar mulut sahaja.