Sekiranya anda memegang seorang bayi comel, mesti anda biasa membiarkan si kecil itu menggenggam jari anda. Rasa macam “awww kiutnya!” kan?
Sememangnya normal bagi seorang bayi untuk menggenggamkan tangan seperti penumbuk atau menggenggam objek lain seperti jari. Rupa-rupanya ada fakta saintifik di sebalik kejadian ini.
Ia merupakan salah satu tindakan refleks primitif melibatkan anggota badan yang dipanggil Palmar Grasp Reflex yang sering terjadi pada seorang bayi. Tindakan refleks ini akan terjadi setiap kali anda menyentuh tapak tangan mereka.
Ads
Refleks ini mula terbentuk ketika bayi masih lagi berada dalam perut ibu. Ia mula terjadi sekitar minggu ke-16 dalam kandungan dan berlanjutan sehingga usia bayi 5 atau 6 bulan selepas dilahirkan.
Kadang-kadang cengkaman bayi boleh menjadi begitu kuat sehingga menyebabkan ibu menyangka anak dia seorang superhero.
Ads
Walaupun tak ada jari atau objek lain, ada kalanya bayi tetap akan menggenggam tangan dengan kuat. Tapi adakah anda tahu kenapa mereka asyik genggam tangan dengan kuat?
Ads
Satu kajian yang dibuat ke atas 27 orang bayi telah menunjukkan degupan jantung bayi menjadi lebih tenang apabila mereka memegang jari ibu. Ini mungkin salah satu keajaiban yang Allah kurniakan kepada manusia. Genggaman tangan si kecil yang melingkari jari ibu boleh menyebabkan mereka berasa tenang dan selamat serta-merta.
Bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai pengetahuan meluas tentang dunia luar atau apa yang sedang terjadi. Mungkin inilah sebab mereka menggenggamkan tangan dengan kuat agar berasa lebih terjamin dan selamat.
Apa-apapun, ibu serta ahli keluarga yang lain juga akan mempunyai ikatan yang lebih mesra dengan bayi apabila bersentuhan melalui genggaman erat begitu.
Apabila buat pertama kalinya, bayi membuka mata dan memandang ke arah anda, ia adalah momen yang terindah dalam hidup anda. Sesungguhnya penglihatan bayi memerlukan tempoh masa untuk berkembang dengan sempurna. Dengan memahami perkembangan penglihatan bayi dapat membantu anak anda memiliki penglihatan yang baik.
Memang benar anak anda sudah boleh melihat sejak dilahirkan, tetapi penglihatannya agak kabur pada mulanya. Penglihatannya akan beransur-ansur baik sepanjang tahun pertamanya. Menjelang usia bayi anda setahun, penglihatannya akan hampir sebaik penglihatan anda.
Ikuti Bagaimana Penglihatan Bayi Baru Lahir Berkembang:
JARAK PENGLIHATAN
Dalam bulan pertamanya, bayi anda boleh memfokus hanya sejauh kira-kira 20 hingga 30sm. Ini hanya cukup jauh untuk mengenal wajah orang yang mendukungnya. Jika anda memeluknya dengan rapat, dia akan melihat serta mengenal wajah dan ekspresi anda mengasyikkan.
2. KEDUA-DUA MATA BOLEH FOKUS
Bayi yang berusia satu atau dua bulan mulai memfokus kedua-dua matanya. Ia dapat dilihat apabila anda boleh bermain mata ke mata dengan mendekatkan muka anda ke mukanya dan menggerakkan kepala anda dari sisi ke sisi dengan perlahan-lahan. Cara ini selalunya membuatkan mata bayi anda merenung lama mata anda
3. HITAM PUTIH WARNA IDEAL
Menurut Dr. Sears dalam artikelnya Visual Stimulation Tips for the Newborn Months, menjelaskan bahawa bayi yang baru lahir, retina matanya hanya mampu mengesan warna yang sangat kontras seperti gelap dan terang atau hitam dan putih.
Bukannya warna biru atau merah jambu. Hitam dan putih adalah warna yang tepat dianjurkan untuk menjadi pilihan bagi bayi yang baru lahir hingga usia tiga bulan.
Dapatkan mainan berwarna hitam dan putih atau yang mempunyai warna kontras untuk menarik perhatiannya.Dengan ini, anda telah memberi rangsangan yang tepat bagi penglihatan anak anda, sekali gus boleh mempercepat pertumbuhan dan perkembangan otak bayi anda.
4. WARNA-WARNI
Setelah bayi berusia enam hingga lapan bulan. Ia adalah waktu yang sesuai untuk memperkenalkan warna-warni yang memang disuka oleh bayi. Warna-warna terang ini boleh terdapat pada objek mainan, buku-buku anak, dan meja serta kerusi. Meskipun stimulasi warna harus tetap diberikan, jangan lupa bahwa itu semua seharusnya tidak berlebihan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tabiat bayi menghisap jari adalah semulajadi dan dah berlaku seawal dalam kandungan lagi. Proses ini normal kerana cara ini bayi belajar menyusu. Menghisap jari juga dianggap salah satu cara kanak-kanak meneroka badannya sendiri dan juga membantu membina personaliti.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Teacher Lin Talib, jangan melihat sudut yang negatif bila anak menghisap jari sebaliknya perlu lihat kepada perkara positif terutama untuk perkembangan anak. Berikut adalah perkongsiannya.
BANG! TARIK JARI ANAK TU!!
Kalau bayi kita dalam usia 2 bulan ke atas biasanya mulalah dia dah start nak hisap jari. Kadang tu muka dia punya syok hisap jari sampai tutup tutup mata. Tapi risaukan bila tengok anak hisap jari?
Biasanya mulalah kita pun tarik jari dia tu. Lepas tu bagi puting. Bukan salah bagi puting, tapi.. mungkin lepas ni kita patut biar je anak hisap jari? Nak tahu kenapa?
Anak dalam usia 2 bulan ke atas tu dia mula lah nak explore benda lain selain susu mak dia. Jadi, bila dia hisap jari tu, itu antara cara dia menenangkan diri.
Sebab apa? Sebab anak seusia itu kenal mak dia je. Lepas tu? Haa.. so anak ni antara cara hiburan dan cara dia bertenang adalah dengan hisap jari.
Takpe, biar je. Bukan lama pun. InsyaAllah bila sudah mula merangkak berdiri.. dia dah tak hisap jari dah. Dengan cara ni juga tak perlu nak guna puting sangat.
Antara kebaikan bayi menghisap jari ialah.. ini sebenarnya latihan perkembangan sensori dan motor : oral motor, motor halus, motor kasar dan koordinasi mata-motor.
Eh macam mana tu?
Yelah, nak hisap jari tu.. perlu anak gerakkan tangannya ke mulut – motor kasar
Masa nak bawak tangan tu ke mulut anak akan tengok jari jarinya- koordinasi mata-motor
Lepas tu masukkan jari jari comel tu ke dalam mulut- motor halus
Jari jari yang dihisap memberikan ransangan sensori kepada mulut anak serta motor halus anak.
Ha, kan banyak faedahnya tu!
Dah kenapa selama ni kita asyik fikir tak elok ek?
Dah masuk usia 3-5 bulan.. anak semakin TERER. Ha, camne terer tu?
Bila anak hisap jari… Dia tak lepas. Jadi ini memerlukan kawalan serta kekuatan hisapan (sucking) serta kawalan tangannya juga agar tidak terlepas dari mulut.
Masa ni, dia dah nampak spesifik. Dia hisap IBU JARI. Dah tak macam memula dulu main taram je semua jari buh dalam mulut.
Bila dia hisap ibu jari ni.. dia memang dalam keadaan yang tenang. Kalau anak saya, memang tertidur la hisap jari.
Tapi kalau hisap penumbuk.. dia bukan untuk tenang tu.. itu lebih kepada exploration. Dia nak explore dari sudut sensori rasa… Sensori visual tengok bentuk bulat penumbuk tuu.. tactile bila penumbuk tersebut tersentuh wajahnya.
Relax la ibu bapa sekalian.. anak hisap jari sebab itulah timeline perkembangan dia.. bukan sebab dia tak sabau nak makan.
Ini tengok anak 3 bulan hisap jari.. dah dikata lapar nak makan dah… Aduhh parahhh!!!
Edit: Seandainya anak dah cecah 4 tahun masih tak stop hisap jari… Adalah wajar untuk kita hentikan. Bimbang jadi tabiat smpai ke besar pula.
Kerana sampai umur 4 tahun anak dah merangkak, jalan berlari dah pandai macam-macam dah. Jika dia masih hisap jari, ada perkembangan dia yang mungkin terganggu. Sila rujuk doktor atau terapis ya dan pelan-pelanlah hentikan tabiatnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sumbing bibir dan lelangit adalah kecacatan kelahiran yang berlaku bila atau mulut bayi tak terbentuk dengan sempurna ketika bayi di dalam rahim.
Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, bibir terbentuk pada minggu ke-4 dan minggu ke-7 kehamilan. Sepanjang perkembangan bayi ketika hamil, sel-sel dari arah berlawanan akan membesar dan bercantum pada tengah-tengah untuk membentuk muka bayi.
Percantuman ini membentuk bahagian muka seperti bibir dan mulut. Sumbing terjadi apabila proses pencantuman yang melibatkan bahagian mulut tidak bercantum sepenuhnya sebelum dilahirkan menyebabkan ada bukaan di bahagian bibir atas. Bukaan ni boleh jadi kecil melibatkan bahagian bibir atas sahaja sehingga melibatkan lelangit dan juga bahagian hidung. Bayi yang ada sumbing bibir boleh ada sumbing lelangit.
Bayi yang ada masalah ini boleh ada masalah pertuturan, masalah untuk makan dan boleh ada masalah jangkitan pada telinga. Juga boleh ada masalah pada gigi.
Sebab-sebab berlaku sumbing ni tak diketahui. Banyak sebab dikaitkan dengan faktor persekitaran si ibu, pemakanan atau pun sesetengah ubat yang digunakan oleh ibu ketika hamil. Tapi tak ada kata putus yang mengatakan memang betul-betul disebabkan olehnya, cuma ada perkaitan sahaja.
Ada beberapa kajian menyatakan bahawa faktor-faktor ini meningkatkan risiko ibu mendapat anak yang sumbing:
MEROKOK – wanita yang merokok ketika hamil adalah lebih berisiko mendapat baby yang sumbing jika dibandingkan dengan wanita yang tak merokok
KENCING MANIS – wanita yang telah mengidap kencing manis sebelum hamil mempunyai risiko tinggi mendapat anak yang sumbing jika dibandingkan dgn wanita yang tidak ada kencing manis
PENGGUNAAN UBAT-UBATAN – wanita yang menggunakan ubat sawan/epilepsi seperti topiramate atau asid valproik pada trimester pertama kehamilan berisiko tinggi, jika dibandingkan dengan wanita yang tak mengambil ubatan ini.
Sumbing bibir boleh dikenalpasti ketika ujian scan masa mengandung. Sumbing lelangit lebih mudah dikenalpasti lepas bayi dilahirkan. Ada sesetengah jenis sumbing yang lain pula mungkin dikenalpasti lambat, dalam kehidupan bayi itu.
Doktor sendiri pun tak tahu sebab apa sumbing ini terjadi, hanya mampu mengaitkan kejadian ini dengan beberapa perkaitan sahaja.
Sumbing langsung tak ada kaitan dengan ibu yang selalu minum atau makan dari cawan atau pinggan mangkuk yang sumbing ( pecah sedikit ) – Jangan MENGARUT !
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.