Sekiranya anda memegang seorang bayi comel, mesti anda biasa membiarkan si kecil itu menggenggam jari anda. Rasa macam “awww kiutnya!” kan?
Sememangnya normal bagi seorang bayi untuk menggenggamkan tangan seperti penumbuk atau menggenggam objek lain seperti jari. Rupa-rupanya ada fakta saintifik di sebalik kejadian ini.
Ia merupakan salah satu tindakan refleks primitif melibatkan anggota badan yang dipanggil Palmar Grasp Reflex yang sering terjadi pada seorang bayi. Tindakan refleks ini akan terjadi setiap kali anda menyentuh tapak tangan mereka.
IKLAN
Refleks ini mula terbentuk ketika bayi masih lagi berada dalam perut ibu. Ia mula terjadi sekitar minggu ke-16 dalam kandungan dan berlanjutan sehingga usia bayi 5 atau 6 bulan selepas dilahirkan.
Kadang-kadang cengkaman bayi boleh menjadi begitu kuat sehingga menyebabkan ibu menyangka anak dia seorang superhero.
IKLAN
Walaupun tak ada jari atau objek lain, ada kalanya bayi tetap akan menggenggam tangan dengan kuat. Tapi adakah anda tahu kenapa mereka asyik genggam tangan dengan kuat?
IKLAN
Satu kajian yang dibuat ke atas 27 orang bayi telah menunjukkan degupan jantung bayi menjadi lebih tenang apabila mereka memegang jari ibu. Ini mungkin salah satu keajaiban yang Allah kurniakan kepada manusia. Genggaman tangan si kecil yang melingkari jari ibu boleh menyebabkan mereka berasa tenang dan selamat serta-merta.
Bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai pengetahuan meluas tentang dunia luar atau apa yang sedang terjadi. Mungkin inilah sebab mereka menggenggamkan tangan dengan kuat agar berasa lebih terjamin dan selamat.
Apa-apapun, ibu serta ahli keluarga yang lain juga akan mempunyai ikatan yang lebih mesra dengan bayi apabila bersentuhan melalui genggaman erat begitu.
Makanan jejari elok diberikan kepada bayi sebagai selain hidangan makanan utama. Bukan boleh terus berikan begitu sahaja, mesti periksa bayi dah sedia atau tidak. Penting ye!
Makanan jejari boleh mula diberikan kepada si kecil yang berusia 7 hingga 8 bulan yang sudah boleh duduk dan menegakkan lehernya. Jom kita lihat apakah bentuk makanan jejari yang sesuai untuk si kecil. Walau apa pun, sentiasa pantau semasa waktu makan. Jangan tinggalkan si menja sendirian untuk mengelakkan insiden tercekik.
Selain keupayaaan duduk dan menegakkan leher, makanan jejari boleh diberikan apabila si manja boleh mencubit atau pincher grasp di mana bayi boleh mencubit dengan ibu jari dan jari telunjuk. Ini penting untuk mengelakkan kekecewaan kepada bayi yang masih belum mahir mencubit atau menngambil makanan yang dihidangkan sendiri.
7 IDEA MAKANANAN JEJARI UNTUK BAYI
BROKOLI
Brokoli adalah cadangan makanan jejari yang bagus. Potong bahagian bersihkan. Stim selama 5 minit. Makanan jejari untuk si kecil perlulah boleh dikunyah hancur dengan gusi. Jadi mama harus memastikan ia dikukus empuk. Boleh dijadikan snek di waktu petang.
TIMUN
Memang timun rangup dan mempunyai kandungan air yang tinggi. Ia perlu dipotong memanjang dan lebar untuk mengelakkan tercekik. Bagus untuk si manja yang sedang ‘gatal gusi’ kerana teksturnya yang liat melegakan gusi yang sedang gatal hendak tumbuh gigi. Sejukkan dahulu lebih baik untuk melegakan gusi.
TEMBIKAI
Tembikai buah yang lembut dan enak sesuai dijadikan makanan jejari. Si manja tidak susah menggigitnya. Potong dadu dan asingkan bijinya sebelum dihidangkan.
LOBAK MERAH
Lobak merah dipotong dadu dan kukus. Ideal untuk bayi pada peringkat usia 8 hingga 10 bulan. Untuk memeriksa ia empuk atau tidak, cuba picit dengan dua jari, jika ia hancur, bermakna ia sudah empuk. . Bayi 12 bulan ke atas disarankan kerana ia agak keras.
IKAN
Ikan mempunyai tekstur yang lembut dan kaya dengan nutrien. Ikan mengandungi DHA yang tinggi dan penting untuk perkembangan otaknya pada 24 bulan pertama. Anda boleh hidangkan carikkan ikan yang dikukus atau direbus tanpa garam kepada bayi sebagai makanan jejarinya. Hati-hati, asingkan dahulu tulangnya!
KACANG PIS
Kacang pis juga boleh jadi makanan jejari yang baik untuk si manja. Sebaik-baiknya gunakan kacang pis yang segar/ sejuk beku dan elakkan kacang pis yang diawet di dalam tin. Stimkan kacang pis hingga lembut sebelum menghidangkannya kepada si manja. Bayi 12 bulan ke atas disarankan kerana ia agak keras.
TELUR HANCUR
Telur goreng hancur juga salah satu makanan jejari yang boleh dihidangkan kepada si manja. Kenalpasti dahulu sama ada bayi anda alah atau tidak kepada telur sebelum menyajikan telur kepada si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak diserang batuk dan selesema tentu mama jadi tak keruan kan. Malah jika lambat mengadakan rawatan dengan cara yang betul mungkin akan menyebabkan masalah jangkitan paru-paru seperti bronchitis, pneumonia atau asma. Selain mendapatkan rawatan doktor, ibu-ibu boleh mencuba rawatan cara alami di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
5 petua cara alami untuk anda cuba
Bawang Merah
Ambik beberapa biji bawang besar. Kemudian kopek kulit bawang besar, hiri dan tumbuk dengan lesung untuk mengeluarkan jusnya. Jus bawang diletakkan dalam piring. Biarkan piring berdekatan dengan bantal tempat tidur anak anda.
Garlic Socks
Sebelum memakaikan anak stoking, ibu perlu menyapu minyak bawang putih atau minyak habbatussauda’ ke bahagian tapak kaki anak. Seterusnya boleh sapu pada bahagian dada, belakang badan dan pelepah hidung anak. Urutan ini akan memberikan kelegaan kepada anak.
Tidur Cara Meninggikan Bahagian Kepala
Semasa anak tidur, pastikan tinggi bahagian kepala anak. Ia untuk memastikan anak berasa selesa untuk bernafas. Gunakan dua bantal nipis supaya anak dapat baring dengan selesa. Cara ini mudah dan senang untuk menguruskan anak yang mengalami selesema.
Daun kaduk
Jika di rumah anda mempunyai daun kaduk boleh cuba petua ini. Hanya campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi.
Mandian Lemon
Cara ini dipercayai dapat mengurangkan masalah selesema anak anda. Dengan hanya mandikan bayi anda bersama lemon. Kemudian letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi anda. Baunya membantu mengeringkan hingus bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ubun-ubun ialah satu bahagian pada kepala bayi yang sangat lembut. Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa sama ada bahagian tersebut boleh disentuh atau tidak.
Artikel ini akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa yang anda perlu tahu mengenai bahagian lembut pada kepala bayi yang dinamakan ubun-ubun ini.
APAKAH ITU UBUN-UBUN
Bahagian lembut pada kepala bayi ini dinamakan ubun-ubun atau nama saintifiknya fontanel. Terdapat dua bahagian fontanel pada kepala bayi yang baharu lahir iaitu:
FONTANEL POSTERIOR
Fontanel posterior berada pada bahagian belakang kepala bayi dan berbentuk segi tiga. Fontanel ini lebih kecil berbanding fontanel anterior. Selain itu, fontanel ini agak sukar untuk dirasa oleh ibu bapa dan kebiasaannya akan tertutup sendiri apabila bayi mula mencecah usia 6 minggu.
FONTANEL ANTERIOR
Fontanel anterior berada pada bahagian atas kepala bayi dan berbentuk seperti layang-layang. Fontanel ini lebih besar berbanding fontanel posterior. Selain itu, fontanel ini sangat mudah untuk dirasa oleh ibu bapa dan tidak akan tertutup dengan sempurna sehingga bayi mula mencecah usia 18 bulan.
MENGAPA BAYI MEMPUNYAI UBUN-UBUN?
Memudahkan proses kelahiran bayi
Sebenarnya, ubun-ubun atau fontanel ini berfungsi memudahkan proses kelahiran bayi. Keberadaan ubun-ubun ini sangat berguna bagi memudahkan tengkorak bayi yang hanya dihubungkan oleh tisu-tisu ini berubah bentuk apabila sedang melalui jalan keluar ketika kelahiran melalui saluran vagina sekiranya bersalin secara normal.
Seperti yang sedia maklum, bahagian kepala bayi merupakan bahagian yang paling besar pada anggota badan bayi. Oleh itu, dengan kaedah semula jadi ini bayi akan lebih mudah untuk keluar. Anda tidak risau kerana lama-kelamaan, tulang-tulang ini akan bertemu dan bercantum lalu akan tertutup pada satu ketika nanti.
Memberi ruang untuk otak bayi berkembang
Bahagian lembut yang dipanggil ubun-ubun atau fontanel ini juga berfungsi memberi ruang untuk otak bayi berkembang. Menurut kajian, otak bayi akan mengalami perkembangan yang paling pesat ketika dua tahun pertama bayi anda. Oleh itu, gunakan masa ini untuk memberi nutrien yang secukupnya kepada bayi agar otak bayi anda boleh berkembang sepenuhnya.
Memberi petunjuk tentang tahap kesihatan bayi
Selain daripada dua sebab di atas, ubun-ubun atau fontanel pada bahagian kepala bayi boleh menjadi petunjuk atau indikator tentang tahap kesihatan bayi. Sebagai contoh, sekiranya bahagian ini mendap, ia mungkin menunjukkan simptom bayi mengalami dehidrasi manakala jika bahagian ini kembung, ia mungkin menunjukkan simptom bayi menghidapi meningitis.
Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengetahui serba sedikit mengenai keadaan kesihatan bayi dengan melihat kepada keadaan bahagian ini.
NORMAL ATAU TIDAK UBUN-UBUN BAYI BERDENYUT?
Jika anda perhatikan, denyutan pada bahagian ubun-ubun bayi sebenarnya berdenyut serentak dengan degupan jantung bayi. Perkara ini sebenarnya normal kerana terdapat pembuluh darah yang berdenyut dia bahagian ubun-ubun bayi. Apabila bayi menginjak dewasa, ubun-ubun ini akan mula tertutup sendiri dan denyutan tersebut tidak dapat dirasai lagi.
JANGAN PICIT ATAU TEKAN UBUN-UBUN!
Sudah menjadi mitos bagi kalangan ibu bapa terutamanya ibu bapa baharu yang mempercayai bahawa ubun-ubun bayi boleh berubah bentuk sekiranya diletakkan dengan pelbagai tekanan. Sebenarnya mitos ini juga ada benarnya.
Sebagai ibu bapa, anda perlu untuk lebih berhati-hati ketika memandikan atau membaringkan bayi. Jangan memicit atau menekan bahagian ini dengan terlalu kuat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
AKSESORI KEPALDA PERLU JAUH DARIPADA BAHAGIAN UBUN-UBUN
Selain itu, penggunaan aksesori pada bahagian kepala seperti topi, bandana atau skaf perlu dipakai dengan berhati-hati. Pakaikan aksesori ini di bahagian yang agak jauh dari ubun-ubun bayi seperti dahi.
Sekiranya anda terlihat perubahan bentuk yang agak mencurigakan terhadap ubun-ubun bayi anda, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Walaupun kelihatan remeh, perkara-perkara sebegini wajar ibu bapa elakkan bagi memastikan perkembangan bayi anda yang lebih terjamin.