Bayi Yang Sering Tersenyum Bukan Kerana Tabiatnya, Tapi Petunjuk Positif Untuk Perkembangan Sosial

Share

Tahukah anda bayi yang sering tersenyum menunjukkan bahawa perkembangan sosialnya positif. Bagi ibu bapa melihat bayi semakin membesar pasti mengembirakan anda sebagai ibu bapa. Dengan pelbagai keletah baru yang ditunjukkan sesuai dengan perkembangannya cukup mencuit hati.

Tapi anda perasan tak sejak bila anak anda mula pandai senyum? Sebenarnya setiap bayi berbeza dan ada yang dah mula memberi senyuman pertama semasa dalam pantang lagi.

Namun, tahukah ibu di sebalik senyum si kecil ada beberapa fakta menarik.  Antaranya adalah:

  1. Dalam minggu-minggu pertama kehidupannya, bayi perempuan tersenyum spontan dua kali lebih banyak daripada bayi lelaki.
  2. Ketika tersenyum, kadar kelajuan denyut jantungnya menurun. Ini membuktikan, tersenyum adalah salah satu cara relaksasi.
  3. Beberapa kajian menyatakan bayi yang kurang mendapat stimulasi, khususnya stimulasi sosial, akan lebih susah dan jarang tersenyum dibandingkan dengan bayi yang dibesarkan dalam keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang.
  4. Senyum diiringi mata yang terbuka lebar merupakan hasil dari proses yang terjadi di sebelah otak kanan bayi. Senyum ini ditujukan kepada orang-orang yang dikenalnya secara dekat. Sedangkan senyum yang diiringi pandangan mata sekejap ditujukan pada orang yang tidak biasa bagi bayi dan ini adalah hasil proses yang terjadi di belahan otak kiri secara automatik.

Jadi sebagai ibu bapa, pastikan anda tidak melepaskan momen indah bersama bayi dan sentiasa menstimulasikan rangsangannya secara berperingkat agar anak dapat membesar dan mempelajari sesuatu yang baharu sesuai dengan umurnya.

 

 

Published by
Wan Amy