Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ibu bapa. Macam mana saya nak bebaskan anak dari gajet? Dah cuba buat beberapa tip tapi tak berkesan hinggalah terpaksa juga mengalah dengan anak.

Sebenarnya ini yang buat anak mudah naik lemak. Bertegas tapi tak betul-betul konsisten. Kalau diikutkan gajet sebenarnya tak salah tapi cara pendedahannya yang ramai ibu bapa silap.

Bebaskan Anak Dengan Gajet Mustahil. Tapi Mama Papa Boleh Cuba Kawal KetagihannyaMenurut Penulis Buku Dan Blog Keibubapaan, Adlil Rajiah ramai yang tanya soalan ni, macam mana nak bagi anak bebas gajet? Dan jawapan saya, dalam zaman sekarang ni, nak anak bebas gajet adalah sangat MUSTAHIL.

Tengok sekeliling anak-anak kita. Ibu bapa hari-hari dengan smartphone. Kat rumah, hari-hari guna gajet.Pembelajaran di sekolah, pun guna gajet. Babysitter, cikgu, penjaga, semuanya guna gajet. Bila balik kampung, atok nenek mak saudara, pak saudara, sepupu sepapat, semuanya guna gajet.

So kalau bukan kita yang bagi anak gajet, orang lain akan bagi. Kan?

Masa anak kecik, kaedah “out of sight, out of mind” mungkin berkesan. Sorok semua gajet daripada anak. Tapi lama-lama bila anak dah semakin besar, semakin bijak meneroka, semakin banyak bergaul dengan orang-orang selain ibu bapanya, pendedahan gajet dah tak dapat dibendung sepenuhnya.

That’s why saya cakap, anak bebas gajet adalah mustahil. Tapi apa yang kita boleh usahakan ialah anak bebas KETAGIHAN gajet.

IKLAN

Sebenarnya benda yang kita nak elak ialah KETAGIHAN, bukan gajet. Kan?

Dari mana datang ketagihan? Dari pendedahan yang berlebihan dan tidak terkawal.

Anak-anak yang guna gajet ada dua jenis:

1. Bila ada gajet, dia ok. Bila takde gajet pun, dia ok.
2. Bila ada gajet, dia ok. Bila takde gajet, dia TAK OK.

Dan concern kita yang nombor dua. Sebab itu lah yang dinamakan KETAGIHAN.

IKLAN

Macam kopi la. Peminum yang ketagih akan rasa hidup tak lengkap kalau tak minum kopi pepagi. Masuk ofis rasa nak terajang semua orang.

Bebaskan Anak Dengan Gajet Mustahil. Tapi Mama Papa Boleh Cuba Kawal KetagihannyaTapi peminum yang tak ketagih, dia mampu chill tanpa coffee, dan hanya minum BILA PERLU. Sebab dia tahu had selamat pengambilan kopi, dan dia kawal pengambilannya setiap hari.

So bezanya, kawal pengambilan. Sama lah juga dengan gajet. Yang menentukan anak ketagih gajet ataupun tak, ialah kawalan pendedahan daripada ibu bapa.

First step, make sure kita tahu had selamat pendedahan gajet mengikut usia anak:

IKLAN

1) 2 tahun ke bawah, tidak sepatutnya didedahkan dengan gajet / skrin langsung, sebaliknya diberikan aktiviti sensory yang melibatkan banyak pergerakan dan sentuhan.

2) 2-5 tahun, limit screen time to 1 hour per day, dengan 100% pantauan orang dewasa. Dan pastikan sentiasa wujud interaksi ketika menonton.

3) 6 tahun ke atas, screen time perlu dihadkan mengikut keperluan dan keadaan. Ibu bapa perlu bijak beri keseimbangan antara screen time dan aktiviti lain seperti tidur yang cukup, bermain, family time, aktiviti fizikal, dan lain-lain.

Pendedahan skrin terhadap anak perlu sentiasa dipantau oleh orang dewasa. Jangan sesekali beri anak gunakan gajet / TV seorang diri tanpa interaksi atau sehingga mereka tertidur. BAHAYA untuk perkembangan emosi dan mental mereka.

Ok dah tahu had selamat, the next step is mestilah kawal pendedahan gajet pada anak ya.

Sumber: Adlil Rajiah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI