Kerap kali ibu bertanya, bayinya kerap menangis terutama dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas kelahiran.
Ramai pula yang beranggapan si ibu tidak cukup susu ataupun susu ibu menyebabkan anak kembung, ataupun macam-macam alahan dan masalah yang kadangkala tidak masuk akal.
Sedikit sebanyak ini dapat mengurangkan keyakinan ibu berkenaan keupayaan dirinya bagi menyusukan anaknya.
Ditambah pula ibu mungkin keletihan disamping hormon-hormon yang masih belum stabil.
” beri je susu tepung, kenyang bayi tu minum,”
” Tengok minum susu tepung terus tidur lena ”
Mungkin itu salah satu cadangan daripada emak suami ataupun saudara mara kita kan.
Ads
Mari kita cuba selami perasaan bayi yang baru lahir tu. Selama sembilan bulan dia berada di dalam tempat yang gelap, selamat dan didodoikan dengan degupan jantung ibunya.
Dia tidak perlu menghisap bagi mendapatkan makanan. Zat-zat daripada ibu disalurkan terus kepada anak melalui tali pusat.
Selepas dilahirkan, keadaan bertukar 360 darjah * Mengapa dunia ini begitu terang dan bising? * Mengapa pula perlu menghisap bagi mendapatkan makanan? * Mengapa di sini rasa tidak selamat?
Ads
Ibu cuba menyusu, bayi menolaknya. Lampin pula diperiksa, tiada air kencing ataupun najis. mungkin dia mahu dibedung tetapi selepas diikat kemas , dia masih menangis.
Ibu menyoal diri sendiri.
Adakah dia kembung? atau susuku ini tidak sesuai untuk si kecilku? ketakutan mula bersarang dan semakin buntu.
Ads
Yakinlah wahai ibu , susu diciptakan khusus untuk bayi kita. Mustahil susu ibu menjadi makanan yang membahayakan kepada bayi kita kecuali dalam keadaan -keadaan tertentu yang jarang berlaku.
Pertukaran dari dunia janin ke alam nyata memang menakutkan bagi bayi. Oleh itu, penyusuan susu ibu, sentuhan kulit ke kulit, dukung dan berbual dengan bayi kita.
Letakkan bayi ke dada dan dodoikan dia dengan alunan zikir, ayat Al-Quran, atau rentak yang mendamaikan.Lama kelamaan bayi pasti tertidur.
Hanya ibu bapa yang mempunyai anak ekzema faham peritnya melalui situasi ini. Lihat anak tak selesa, asyik nak menggaru dan merengek gatal siapa tak sedih.
Orang kata nak betul-betul cari penawar bukan mudah sebab sesetengah ada yang tak serasi. Begitulah yang dirasai oleh Puan Neeza Razak mengenai masalah ekzema anaknya sejak lahir sehingga kulit bernanah.
Saya mempunyai anak yang menghidap eczema. Since born. Orang cakap, penyakit ni bila besar makin hilang. Tapi tidak pada Sofea. Makin besar makin teruk eczema dia. Sekarang dah umur 5 tahun. Flares satu badan, dari muka sampai ke kaki. Tak tidur malam dok menggaru smpai subuh. Mandi menjerit-jerit pedih luka.
Kulit mati pagi-pagi bangun penuh atas cadar bertaburan. Self-confident down, gi tadika kawan-kawan cakap kulit dia buruk, budak-budak tak nak kawan. Tahap teruk smpai kulit bernanah-nanah.
Bangun Pagi Penuh Kulit Mati Atas Cadar. Muka Sampai Kaki Luka. Kini Sofea Bebas Ekzema
Semua tempat saya pegi berubat. Daripada klinik pakar kerajaan, klinik pakar swasta sampai ke Tangkak, kat mana orang cakap kat situ okey saya pergi. Ubat sapu n lotion segala jenis mak nenek saya beli. Dari semurah-murah sampai harga beratus-ratus. Usaha, mana tahu rasi dengan Sofea.
Duit jangan cakap banyak mana dah berhabis. Berubat kampong pun semua tempat tok dia bawa cuba. Sampai tahap saya rasa sampai saya seorang mak yang looser. Sebab tiap-tiap pagi dok dengar anak menangis pedih nak mandi, dan kadang-kadang saya pun menangis sekali tak sampai hati. Sofea juga tak leh tinggal sorang, nanti dia menggaru tak ingat sampai berdarah-darah seluar baju.
Saya ingat satu petang lepas ambik dia dari tadika, dia nyanyi polis sentry one two jaga polis mata pencuri jaga. Saya tanya “Yaa main polis sentry ke ngan kawan?’. ‘Tak, yaa tengok je kawan main’. “Nape yaa tak main sekali?’ Saya tanya. Dia jawab “Kawan-kawan tak bagi main, sebab yaa buruk’
Ape perasan khau? Sebak weyyy, walaupun rasa nak tanya budak tu nama apa? Rasa nk jumpa mak bapak budak tu tengokk..haha. Nasib baik la sis waras lagi. Sampai la sis join group FB Eczema, ditemukan oleh Kak Nadia Nodin. Mula-mula sis try Redoxamin, Kak Nad banyak guide. Sehingga sis buat appointment dengan Dr Dr. Suriyakhatun kat Homeopathy Integrasi DrSuriya. Cuba cara Homeopathy, nak treat secara menyeluruh. Saya amek pakej 6 bulan. Pakej tu termasuk 8x perjumpaan berkala, 2x coaching session dan siap ada support group. Harga pun munasabah. Saya pernah bayar harga yang sama untuk sekali jumpa doktor (skin specialist). Kali ni saya nekad. Saya rasa sangat bersyukur ditemukan dengan team Dr Su. Kak Nad, Dr Aimi, Cik Sha, En Fadhil and PA Dr Su yang awesome, Wardah.
Dr. Suriyakhatun – Teringat lagi masa 1st appointment jumpa doc, kulit sofea waktu ni teruk sangat bernanah. Kena ceramah dan Dr. Su kata ‘so poor management’. Sentap sis mengalir-ngalir air mata tapi cara beliau buat sis lagi nekad. Doc memang tanya history sofea sejak kecil, bersalin normal ke ceaser, ada sakit lain ke tak, perkumuhan okey ke tak kencing n berak sekali sehari ke tak dan bagi senarai makanan yang boleh, tak boleh. Everything.
Kak Nadia Nodin- Shes my coach in this 6 months programme. She has guided me a lot. How to handle the flares, how to dry brush, how to do wet dressing. Selalu tanya perkembangan sofea macam mana. Selalu. Dr Aimi Jaafar– Ingat lagi masa Dr Aimi dressing nanah sofea. Menjerit sofea sbb pedih tapi Ayden comel je kat sbelah teman sofea tgh dressing. Beliau juga ajar mcm mana nak handle bila time bernanah. Baju basuh jangan campur dgn yang lain. Cadar selimut baju semua rendam air panas sebelum basuh. Cik Sha- She make me adores her so much. Dia ni sis gelar tok bomoh. Sebab dia pegang tangan je dia tahu. Sofea ni ada emosi toxin, dia ada satu peristiwa yang berlaku masa dia kecik dan memory dia stuck kat situ. Sian sofea. Pegang tangan sofea je tahu ubat sapu mana yang rasi dengan sofea. Yang ni elok, yang ni tak sesuai. Khau rase?? Haha. Tapi sebenarnya memang bidang dia. Shes a naturopath. Dia bleh buat muscle testing dan dia juga yang bagi flower remedies untuk treat emosi sofea. Bukan sofea je, dengan mak dia skali kena..hehe
Alhamdulillah, bulan lepas cukup 6 bulan dan last appointment dengan Dr Su. Kulit sofea improve sangat-sangat. Emosi dia pun okey, makan dah boleh makan macam-macam dan hari-hari pakai baju princess sebab kulit dah cantik. Rambut pun dah boleh simpan panjang. Dan yang paling penting, setelah sekian lama, sis dapat tido lena smpai subuh tidak ditemani suara anak bangun menangis menggaru dan cadar merah berdarah..hehe. Thank you so Much Dr Su and team. Treatment secara holistic. Tak lupa juga family yang banyak support. Tok yaa Halimah Rahman, Pok ijie Mohd Hafizi, Acu Asyiqin Razak Mok long Harni Abdul Razak, Pok Ngoh Muhamad Sharif Ab Razak, Pok Yie Ayie Ulala, Pok Pie GhaNi Lutfi. Eh macam ucapan raya plak..haha.
Sebab dah panjang macam karangan SPM, pesan sis kepada ibu bapa yang ada anak eczema percayalah setiap penyakit ada penawar. Dulu sis pun ingat tak akan sembuh, but Dr Su and team prove me wrong. Kena cara rawat, guide n ubat yang betul, insya ALLAH boleh. Alhamdulillah, now im a happy mom. Thanks semua.
Anggota kumpulan Drama Band, Daus atau nama sebenarnya, Mohd Nor Firdaus Abu Bakar, 30, meminta semua pihak agar mendoakan anak keduanya, Nurul Adni Nuha yang kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang.
Nuha yang baru sahaja dilahirkan pada 11 April lalu mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.
“Semasa Nuha dilahirkan, dia seorang bayi yang sihat dan memang tidak menghidap sebarang penyakit. Nuha juga tidak mengalami demam kuning.
“Selepas dua bulan, pada 16 Jun lalu, Nuha tiba-tiba diserang demam, batuk dan selsema.
“Nuha semakin lemah hingga mula batuk teruk dan sesak nafas sehingga dikejarkan ke Hospital Serdang pada jam 6.30 pagi dan dia terus dirawat di zon kritikal,” katanya kepada Gempak.
Tambah Daus, selepas itu, Nuha terpaksa menggunakan tiub oksigen untuk membantu pernafasan.
“Dia terlalu penat dan tak mampu bernafas sendiri dengan baik sehingga terpaksa menggunakan tiub oksigen.
“Pada 4.30 petang, Nuha dipindahkan ke wad ICU dan doktor telah mengesahkan terdapat jangkitan kuman di dalam paru-paru.
“Jangkitan itu membuatkan paru-paru Nuha tertutup dan oksigen tidak sampai ke paru-paru. Sehingga sekarang, Nuha masih di ICU dan membantu bantuan oksigen untuk bernafas oksigen.
“Saya bersama isteri bertabah menghadapi ujian ini dan kami berharap Nuha segera disembuhkan.
“Saya juga meminta peminat dan semua pihak agar mendoakan anak kedua kami cepat sihat seperti selalu,” katanya lagi.
Daus yang merupakan bassist Drama Band turut berkongsi perkembangan anaknya di laman Instagram dan rata-rata peminat serta rakan artis mendoakan agar Nuha kuat melawan penyakitnya.
Daus mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta, Nurul Aswani Zain, 30, pada 15 Mei 2015 dan mereka turut dikurniakan seorang lagi anak, Muhammad Na’im Irfan yang kini berusia tiga tahun.
Demam virus tak sembuh lebih seminggu, lelaki ini kongsi penawarnya. Demam virus atau dikenali sebagai viral fever adalah sejenis keadaan kesihatan yang disebabkan oleh jangkitan virus.
Penyakit ini sering berlaku apabila tubuh diserang oleh pelbagai jenis virus yang menjejaskan sistem imun. Walaupun ia bukan penyakit yang jarang berlaku, gejalanya boleh mengganggu kehidupan harian seseorang.
Demam virus biasanya disebabkan oleh virus yang menyerang sistem pernafasan atau organ lain dalam badan. Penyebaran virus boleh berlaku melalui:
*Sentuhan langsung dengan individu yang dijangkiti.
*Udara, seperti melalui batuk atau bersin.
*Kontaminasi permukaan atau objek.
*Demam tinggi: Suhu badan yang meningkat mendadak.
*Sakit kepala: Rasa berdenyut atau sakit di kepala.
*Sakit badan: Ketidakselesaan dan keletihan di seluruh tubuh.
*Sensasi terbakar di mata: Rasa pedih atau panas di mata.
*Loya dan muntah: Sesetengah individu mungkin mengalami gangguan perut.
Gejala-gejala ini mungkin berbeza bergantung kepada jenis virus yang menjangkiti tubuh.
Walaupun rawatan perubatan adalah kaedah utama untuk mengawal demam virus, beberapa kaedah alternatif boleh dijadikan ikhtiar tambahan. Salah satu petua tradisional yang popular adalah menggunakan bahan semula jadi seperti garam kasar, lada hitam, dan limau nipis.
Garam kasar – secukupnya untuk merendam kaki.
Lada hitam – tiga genggam (sebaiknya gunakan yang berkualiti).
Limau nipis – tujuh atau sembilan biji.
2. Perah limau nipis dan masukkan kulitnya sekali ke dalam campuran tersebut.
3. Rendam kaki ke dalam campuran ini.
4. Gosokkan kaki sehingga garam hancur dan sebati dengan air perahan limau.
5. Baca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali dan ayat Kursi sebanyak sembilan atau sebelas kali.
Dengan izin Allah, perubahan ketara boleh dirasai selepas mencuba kaedah ini. Sekiranya anda merasakan sensasi seperti kaki melecur akibat terkena api, segera dapatkan bantuan daripada perawat rawatan Islam. Jika tiada masalah, Alhamdulillah, ia dipercayai mampu membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh badan.
Amalan Tambahan
Untuk hasil yang lebih berkesan, amalkan meminum air kelapa muda tanpa gula dan ais selama tiga hari berturut-turut. Minumlah sebanyak dua hingga tiga biji air kelapa muda sehari.
Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar, manakala penyembuhan sebenar datangnya daripada Allah SWT. Semoga petua ini bermanfaat dan dapat membantu mereka yang mengalami demam virus. Sama-samalah kita berkongsi kebaikan ini untuk manfaat bersama.