Bebola Ayam Homemade Sedap & Mudah, Air Tangan Istimewa & Ringkas Untuk Anak!

Bebola ayam sememangnya cukup enak kala digandingkan bersama sup atau hanya digoreng ringkas. Ragu-ragu membeli bebola ayam di kedai, apa kata anda cuba hasilkan sendiri bebola sedap ini untuk anak.

Bukan hanya menggunakan bahan yang senang di dapati malah paling mudah disediakan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rosmizah Yussof.


Jom saya kongsi resepi biasa-biasa tetapi menjadi kegemaran anak-anak. Bebola ayam sedap boleh makan bila-bila masa, buat banyak-banyak simpan dalam freezer lepas tu goreng atau campur dalam sup, nasi goreng atau oden.

Bahan-bahan:
3 sudu tepung jagung/tepung ubi (pilih salah satu)
1/2 batang lobak merah
3 batang daun sup
Sedikit lada sulah (dalam secubit je jangan banyak-banyak)
1 ketul kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

4 keping dada ayam. Buang kulit dan tulang. Potong kecik-kecik.

1 biji putih telur.

Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai lumat dan sebati. Bahan yang telah siap dikisar.

Cubit sikit dan bentukkan bulat-bulat. Seeloknya guna sarung tangan plastik supaya tak melekat. Bebola yang telah siap dibentuk.

Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan bebola ke dalam air yang mendidih.

Masak sampai bebola timbul. Bila dah timbul boleh diangkat.

Toskan bebola dan siap untuk dibuat sup, di goreng atau sebagainya mengikut citarasa masing-masing.

*Bebola Ayam ni teksturnya agak kasar sedikit sebab kandungan ayamnya banyak berbanding yang kita beli dah siap.

Bebola ayam yang telah siap dan digoreng

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Cucur Manis Bebola Ubi Keledek, Comel Bulat-Bulat Bentuknya, Nak Buat Cukup Mudah

Anak Tak Suka Makan Nasi, Mama Boleh Cuba Resipi Bebola Keledek Keju, Mudah Nak Buat, Rasa Pun Sedap

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN

SRM

Recent Posts

“Pandainya Berenang, Siap Pusing-Pusing” Berani & Tak Menangis Masuk Dalam Air, Wargamaya Seronok Tengok Gelagat Fatima!

Selepas menerima suapan pertama, pada usianya kini enam bulan, anak pasangan pelakon, Fazura dan Fattah…

30 mins ago

Resipi Sambal Bilis Kering ‘Legend’, Pedas Berapi, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

Hidangan bersahur atau berbuka tidak bangkit enaknya jika tanpa sambal yang pedas dan sedap. Bulan…

2 hours ago

Resipi Filipino Fruits Cocktail, Creamy Lagi Berlemak, Gerenti Sedap!

Tercari-cari resipi untuk dicuba di bulan puasa ini, apa kata anda cuba Filipino Fruit Cocktail…

3 hours ago

“Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa Penuh, Mereka Perlu Nutrisi” Pesanan Dr Izzar

Bila masuk bulan ramadan, ramai ibu bapa yang cuba nak mendidik anak-anak agar berpuasa

14 hours ago

Waktu Kecil Anak Sekali Saja. Layanlah Puas-Puas! Sampai Masanya Kita Pula Rindu

Nak kena layan, nak kena peluk, nak kena belai. Memang ibu ayah rasa rimas tapi

17 hours ago

“Tiada Rezeki Bonda Ayah Peluk Cium Dia” Hasrat Timang Anak Lelaki Tak Kesampaian, Faralyna Keguguran!

Rezeki untuk memiliki seorang anak lelaki tidak kesampaian bila mana pelakon, Faralyna Idris mengalami keguguran…

17 hours ago