Makanan ringkas tapi mengenyangkan seperti bebola ayam boleh dijadikan pengganti nasi bagi anak-anak yang tak suka makan nasi. Tapi mama kenalah bijak sediakan bebola homemade supaya terjamin kandungannya. Paling penting bebas garam dan perasa, barulah senang hati nak bagi anak makan.
Resipi ringkas tapi sedap yang dikongsikan oleh Puan Fadzilah Md Som di facebooknya ini boleh mama cuba untuk variasikan hidangan di rumah. Sesekali mencuba resipi orang lain boleh juga menambahkan ilmu memasak. Anak-anak pun suka. Jom cuba!
Resipi Ringkas Tapi Sedap
Bebola adalah makanan yang ramai diantara kita selalu gunakan dalam menu pemakanan. Yang budak-budak memang suka makan. Nak masak pun senang, setakat goreng pun selalu tak cukup. Campak dalam mee buat rencah, masak sup dan macam-macam la yang menyenangkan para ibu-ibu jadikan sebagai pilihan menu ringkas.
Di sini saya kongsikan cara buat bebola ayam stail campak-campak. Kiranya senang nak buat dan boleh jadi antara projek yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Dan yang paling penting kita boleh kontrol kandungan garam dalam bebola.
Saya gunakan dada ayam frozen yang sudah dibuang tulang. Kita tinggal nak buang kulit sikit saja. Harga lebih kurang dari RM18.50 – RM 23.00 untuk 2 kilo. Resepi ini dapat banyak juga. Lepas la seminggu nak guna kalau kat rumah saya. Bahan-bahan tambahan lain pula macam jenis sayur dan herba ikut pada kreativiti dan kesukaan anak-anak.
Tekstur resepi ini agak padat sebab saya kisar tanpa tambah air. Jika adunan agak lembut, boleh imbangkan dengan lebihkan tepung jagung dan serbuk roti. Penggunaan serbuk roti memberikan rasa macam bebola yang beli di kedai. Sebab nampak budak-budak lagi selera nak makan dari hanya guna ayam dan tepung sebagai bahan asas.
1. Dada ayam 2 kilo dikisar halus.
2. Herba kesukaan dan seasoning ( seasoning sebagai pengganti garam )
3. Lobak merah dan daun sup.
4.Tepung jagung 1/2 cawan
5. Serbuk roti 3 cawan ( guna yang asli pun boleh )
6. Telur sebiji ( Lupa nak interprem daaa )
Ini lah rupa lobak merah, daun sup dan telur dikisar halus bersama.
Dah selesai kisar, campak segala bahan bersama. Gaulkan dan imbangkan kepekatan serta rasa yang kita suka. Jika nak guna garam, buat air garam lagi senang untuk kita adjust.
Bulat-bulatkan sebelum di rebus. Untuk tekstur yang agak lembut dan melekit boleh bentukkan semasa merebus.
Rebus sampai yang dah masak akan naik ke atas.
Ini lah rupa yang dah siap digoreng. Adalah sikit rupa macam yang beli kat kedai kannnn.
Jom cuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI