Nak pikat selera anak sebenarnya mudah, masak simple pun anak tentu suka, paling penting air tangan ibu. Resepi mudah Bebola bergedil ayam boleh mama buatkan untuk kudapan bersama anak-anak. kalau rajin boleh makan dengan soto. Tapi kalau makan macam tu pun dah sedap. Mesti anak-anak mama suka!
Bebola Bergedil Ayam
Favorite kami anak-beranak..
Memang kerap buat
Resepi selalu dah kongsi kat sini
Bebola Bergedil Ayam
- Goreng 6-7 biji kentang yg dah dipotong dadu.. Lenyek-lenyek kan dalam mangkuk…
- Masukkan sdikit garam~lada sulah~isi ayam kisar~hirisan daun sup~hirisan lada merah~hirisan bawang merah~sebijik telur dan bawang goreng…gaulkan semua bahan-bahan..
- Bulat-bulatkan macam meatball…simpan dalam bekas & masukkn dalam peti sejuk sekejap (1/2jam) sebelum digoreng..
- Pukul 2 biji telur dalam mangkuk… panaskan minyak, celupkan bergedil tadi selepas itu boleh mula gorengg…
- Alhamdulillah, siap…
- Makan dengan soto sedap
- Makan dengan lada kicap sedapp
- Makan macam tu jer pun sedappp
Credit : Har Ryea via Koleksi Resepi Mudah & Sedap
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI