Setiap anak cara pemakanan mereka tak sama. Ada yang boleh makan semua masakan, ada yang hanya nak nasi saja atau segelintir tu mereka suka makan makanan ala western atau sebagainya.
Kadang bila fikir menu anak ini, boleh buat mak-mak pening. Kali ini idea resepi bebola kentang mungkin salah satu menu yang boleh disediakan untuk anak-anak. Mana tahu dah bosan makan nasi, boleh cuba resepi ini pula. Rasanya semua anak pasti menggemarinya.
RESEPI MENARIK [Resepi Puding Buah Kuah Kastard, Rasa Manis-Manis Buah. Mudah & Bahan Tak Banyak!]
[Kek Sarang Semut Tanpa Perap. Ini Tipnya Nak Dapat Tekstur Cantik, Mudah Sangat!]
RESEPI BEBOLA KENTANG
Rasa dia sedap dan crispy. Budak budak pasti suka! Resepi ni sangat mudah. Kalau dekat rumah ada banyak kentang tu baik korang buat potato ball ni. Boleh buat sebagai hidangan petang ataupun malam sebelum tidur.
So jom kita buat bebola kentang, let’s go for the resepi!
Bahan-bahan yang diperlukan:
4 biji ubi kentang
2 sudu tepung gandum
4 sudu tepung jagung
Serbuk lada putih
Cara- caranya :
1) Step yang pertama, kupas dan potong kentang.
2) Step yang kedua, rebus kentang yang sudah dikupas ke dalam air panas selama 10-15 minit. Pastikan sehingga lembut untuk mengelakkan sukar untuk dilenyek.
3) Step yang ketiga, angkat kentang tadi dan sejukkan dalam air tapis.
4) Lenyek kentang yang sudah lembut direbus sehingga hancur dan sekata.
5) Campurkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk lada putih sekali. Tambah sedikit air ke dalam kentang yang sudah dilenyek.
6) Gaulkan sehingga sebati
7) Bentukkan mengikut kesukaan
Goreng dalam api yang panas sehingga warnanya menjadi perang. Dah siap!
Pergi check dekat dapur kalau ada kentang boleh la korang buat golden potato ni sekarang!
Selamat mencuba
Kredit: multazimahzaini ; Najihah Ismail
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)