Anak tak suka makan sayur ke? Ataupun anak kategori picky eater? Its okaylah ibu. Usah kita fokus pada masalah anak. Usah kita putus asa dari nak cuba macam-macam cara atau resepi untuk buatkan anak ada selera nak makan.
Cuba lagi. Cuba lagi. Cuba lagi. Demi anak-anak kita kan. Apa kata cuba resipi bebola kentang crispy yang gebu di dalam dikongsikan oleh Puan Ezzaty Suffian yang dibuat untuk anak-anaknya.
Bukan anak-anak kecil je boleh makan, kita yang dewasa pun boleh layan sekali.
Adunan bebola kentang ini boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak dan boleh dibekukan.
Bahan-bahannya:
1) 6 biji kentang yang dipotong dadu dan direbus serta ditoskan airnya
2) 3 ketul isi ayam TANPA TULANG yang direbus dan dicarik-carikkan isinya
3) 20 helai daun bayam yang dibasuh bersih dan dihiris/dicincang halus (sayur lain pun boleh guna)
4) 3 cawan cornflakes (emping jagung) yang ditumbuk kasar. (Boleh juga guna bread crumbs)
5) 10-12 sudu tepung gandum (unbleached flour)
6) 1/4 cream cheese tartura