Bukan perkara mudah untuk menyediakan makanan kepada anak- anak mengikut selera mereka. Ada anak- anak yang tidak suka makan nasi. Ibu harus pandai mengolah makanan bagi menarik selera anak- anak untuk makan.

Untuk anak- anak yang suka makanan bergoreng, para ibu boleh mencuba resepi bebola nasi dan kentang untuk menarik selera anak- anak. Hidangan ini cukup dengan karbohidrat, sayuran dan protein.

Kentang kaya akan serat yang mampu melancarkan sistem pencernaan. Mengonsumsi serat juga bisa membantu mencegah jenis kanker tertentu terutama usus besar dan membantu mengatur kadar gula darah serta kolesterol.

Kandungan vitamin B6 yang tinggi pada kentang sangat berfungsi memecah karbohidrat dan protein menjadi glukosa dan asam amino. Keduanya merupakan bahan bakar utama sebagai sumber energi bagi tubuh. Jom lihat resepi bebola nasi dan kentang.

Resepi ini dikongsi oleh Yan Mohamad di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.

RESEPI BEBOLA NASI DAN KENTANG
Bebola nasi + kentang, anak saya suka sangat bebola nie, resepi saya ambil dalam group ni juga.. semoga murah rezeki orang yang share tapi saya punya versi udang.

Ads

Bahan- bahan:
– 1 biji kentang rebus
– 1 senduk nasi
– Carrot
– Sawi
– Jagung
– 2 sudu tepung jagung
– Isi udang yang dicincang halus
– Serbuk cendawan sedikit

Bebola Nasi dan Kentang, Penarik Selera Anak. Mudah Dan Cepat Disediakan!
Sumber foto: Facebook Yan Mohamad

Cara- cara:
1. Campur semua bahan sebati.
2. Kemudian bulat- bulatkan menjadi bentuk bebola.
3. Masukkan sekejap ke dalam peti ais.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
5. Gorengkan bebola tadi sehingga keperang- perangan.

Baca Juga:

Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!

Ads

Pancake Pisang Dua Bahan, Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Mudah Dan Sedap!

Ikan Kerisi Bakar, Membantu Menyembuhkan Luka Dalaman. Sesuai Untuk Ibu Berpantang, Mudah Disediakan!

Bebola Nasi dan Kentang, Penarik Selera Anak. Mudah Dan Cepat Disediakan!
Sumber foto: Facebook Yan Mohamad

*kalau nak isi cheese dalam pun boleh, lagi sedap.

Ads

Sangat mudah resepi yang dikongsikan. Jimat masa dan sangat sedap untuk dihidangkan kepada anak- anak yang tidak suka makan nasi. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Bebola Nasi dan Kentang, Penarik Selera Anak. Mudah Dan Cepat Disediakan!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI