Patutlah anak selalu sangat nak luangkan masa bersama ayah. Semuanya kerana ayah lebih cool malah lebih kreatif bercerita berbanding ibu yang lebih banyak emosi. Salah satu perkara wajib yang ayah boleh lakukan pada anak adalah bacakan bedtime story. Ruginya tak buat.

Begitu banyak kelebihan dan kesannya bedtime story ini pada anak kecil kita. Ikuti perkongsian, Hanis Athirah Rosli.

Rutin harian yang paling ralat bila ditinggalkan ialah sesi Bedtime Story. Dulu tak rasa apa pun, cukup baca doa terus tidurkan anak-anak. Tapi bila biasa diamalkan akan rasa terkilan bila terlepas rutin ini.

Bedtime Story Dengan Ayah Lagi Hebat Kesannya Pada Anak, Ruginya Tak Buat!

Sebabnya, sebelum tidur merupakan masa yang paling efektif untuk bercerita kepada anak-anak. Masa ni mereka dalam keadaan tenang, dalam proses beta bersedia memasuki fasa alpha. Otak mereka sudah berehat untuk memproses maklumat, tapi masih menerima maklumat dari satu hala. Saat ini anak mudah menerima informasi dan pesanan dari kita tanpa bantahan.

Bedtime story ni banyak kelebihannya selain bonding dengan anak seperti

✅Dapat meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata.

Dapat meningkatkan daya imaginasi anak

✅Dapat menarik minat anak untuk mencintai buku.

✅Dapat meningkatkan daya ingatan anak.

✅Dapat memumpuk minat dan perasaan ingin tahu anak ( curiosity)

✅Dapat mengetahui sebutan yang betul.

Ads

✅Dapat melatih diri mereka membaca dengan lancar.

✅Dapat meningkatkan sikap positif terhadap pembelajaran.

✅Dapat menambahkan dan meluaskan lagi ilmu baru mengenai dunia sekeliling mereka.

Bedtime Story Dengan Ayah Lagi Hebat Kesannya Pada Anak, Ruginya Tak Buat!

Yang ni bukan fakta semata, tapi saya kongsi berdasarkan pengalaman selepas selalu diamalkan sebagai rutin harian. Dan perlu diingatkan, rutin ini bukan hanya tanggungjawab ibu saja, tapi boleh juga bergilir-gilir dengan anggota keluarga yang lain seperti ayah mereka.

Teringat contoh perkongsian yang diberikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari yang menceritakan bahasa ayah adalah selalunya berdasarkan logik manakala bahasa mak-mak pula lebih menekankan emosi dan karakter.

Ini bermaksud, penerangan si ayah ketika sesi penceritaan akan mendorong kepada kemahiran berfikir secara kreatif untuk anak-anak dan tidak hanya berasaskan buku sahaja.

Ads

Bedtime Story Dengan Ayah Lagi Hebat Kesannya Pada Anak, Ruginya Tak Buat!

Jadi, bila boleh perkenalkan rutin ini kepada anak?
Seawal bayi, tunjukkan mereka buku. Bukan untuk drilling, sebaliknya untuk tarik minat mereka dengan visual yang terdapat dalam buku. Bagi anak susun, belek buku mahupun bermain dengan buku. Biarkan mereka biasa dengan buku berbanding dengan paparan screen.

Jika kita amalkan dari anak masih bayi, tanpa kita sedar, pada usia tiga tahun, kanak-kanak yang didedahkan aktiviti Read Aloud setiap hari akan mendengar sekurang-kurangnya 30 juta lebih banyak perkataan daripada kanak-kanak yang tidak dibaca. (Drs. Betty Hart and Todd Risley, Meaningful Differences in the Everyday Experience of Young American Children)

Lama mana sesi Bedtime Story?
Biasanya saya peruntukkan selama 10-15 minit saja untuk setiap sesi malam sebelum tidur. Tak perlu lama, janji kita peruntukkan setiap hari secara konsisten masa bersama anak-anak. Luangkan sedikit masa di waktu malam untuk impak positif yang berpanjangan.

Usah berkira untuk luangkan masa untuk anak anak. Kerana mereka ialah amanah yang diberikan Allah dan kita akan dipertanggungjawab di akhirat kelak, maka berusahalah semampu kita untuk mendidik mereka.

Cara pilih buku untuk Bedtime Story?
Untuk kanak-kanak, perkenalkan buku yang mempunyai banyak gambar dan kurang perkataan. Tapi gambar perlulah yang menarik dan bila anak perhatikan mereka juga boleh memahami jalan cerita buku tersebut.

Inilah pentingnya supaya anak kita nanti dapat membaca dengan penuh kefahaman bukan membaca saja tanpa memahami apa yang dibaca. Contohnya buku-buku bersiri Cerdas Emosi oleh AWAL. Buku-buku siri ini ternyata dapat membentuk perkembangan emosi kanak-kanak melalui cerita yang menarik serta ilustrasi yang berwarna-warni.

Ads

Yang paling penting buku sebegini dapat membina kemahiran literasi melalui bacaan berima dan aktiviti pengukukan kemahiran membaca.

InsyaAllah, bila Bedtime Story selalu dijadikan rutin, semoga anak-anak membesar mempunyai Motivation to Read, jadi bila sampai usia yang sepatutnya anak akan rasa bersemangat untuk membaca disebabkan kesediaan membaca itu telah ada insyaAllah.

Menarik: Ayash Senyum Dekat Siapa Tu, Majlis Tahnik & Cukup Jambul Ayash Affan Serba Putih

Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.

Bedtime Story Dengan Ayah Lagi Hebat Kesannya Pada Anak, Ruginya Tak Buat!

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI