Bedung bayi diiktiraf sains mempunyai kesan positif terhadap perkembangan bayi baru lahir. Amalan tradisi yang sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang ini rupanya mempunyai pelbagai manfaatnya kepada bayi.
Mungkin ada segelintir ibu moden masa kini enggan mengamalkan amalan membedung bayi lagi kerana beranggapan ia leceh dan menyusahkan.
Sebaiknya dapatkan info tepat dan betul mengenai amalan berbedung yang sebenarnya turut diiktiraf oleh sains moden. Ikatan kain yang membaluti tubuh badan bayi sebenarnya menyamai seperti fungsi dinding rahim yang membalut keseluruhan badan bayi semasa dalam kandungan.
Menurut Puan Uswatun Hasanah, Konsultan Tangisan Bayi, sejurus dilahirkan, tiada lagi dinding rahim yang menghimpit. Bayi juga tidak lagi berada dalam kedudukan fetal. Sensasi pelukan berpanjangan telah ditarik dengan drastik dan bayi merasa bagai hilang dalam sekeliling yang begitu luas.
Pelukan ibu adalah pengganti yang terbaik. Namun, berapa lama ibu boleh terus memeluk atau menggendong bayi?. Maka bedung adalah pengganti pelukan ibu pada bila-bila masa ibu perlu berlepas diri seperti mandi, memasak, tidur atau sakit.
Apa manfaat bedung kepada bayi?
1. Memberikan sensasi sentuhan berpanjangan
Kulit adalah organ terbesar manusia. Sentuhan pula adalah yang paling mententeramkan deria kita. Bedung membaluti tubuh bayi dengan sensasi sentuhan berpanjangan. Setiap dari kita tahu akan nikmat sentuhan.
Namun bagi bayi kecil, ia bukan sekadar nikmat atau keseronokkan yang dirasakan. Lebih dari itu, sentuhan ibarat penyambung nyawa buat bayi kecil!.
Bayi yang diberikan susu namun dinafikan untuk dipegang atau didukung akan sama ada ‘terencat’ atau mati.
Tiada sentuhan maka tiadalah sensasi deria. Tiada sensasi ransangan deria, maka tiadalah isyarat yang di hantar ke otak . Sudah tentu, membedung tidaklah seenak berada didalam dakapan ibu. Namun, ia adalah alternatif terbaik selepas dakapan ibu pada waktu-waktu dimana ibu tidak dapat mendukung atau mendakap bayi.
2. Bedung mengelakkan bayi dari pergerakan luar kawalan
Perhatikan imej fetus semasa di dalam kandungan. Ia kelihatan seperti seorang ahli gimnastik yang sedang melipat keseluruhan badannya dan terapung di dalam suatu ruang yang sempit.
Kehilangan dinding rahim melenyapkan ‘halangan’ yang dimiliki sebelum ini. Maka sedikit keresahan boleh segera mengaktifkan reflek Moro bayi dan memulakan gerakan luar kawalan tangan dan kakinya diikuti dengan tangisan.
Reflek moro atau reflek kejatuhan ini adalah tindakbalas bila mana bayi merasa kehilangan sokongan pada badannya secara tiba-tiba ibarat sedang jatuh dari suatu tempat yang tinggi.
Kebiasaanya bayi akan mendepakan tangan dan membuka kesemua jarinya. Ia adalah reflek yang hadir pada semua bayi sehingga usia 4-5 bulan. Maka ibu akan sedari kerapnya bayi kecil mereka tersentak dan mula menangis atau terus terjaga dari tidur bila tidak dibedung.
3. Membedung membantu bayi menfokus kepada cubaan anda mententeramkannya.
Bayi yang sedang tenggelam di dalam kitaran tangisan dan jeritannya sendiri sukar untuk keluar dari situasi tersebut. Lebih lagi bila tangan dan kakinya bergerak di luar kawalan. Ia bukan sahaja sukar buat bayi malah menyukarkan orang dewasa yang ingin memegang bayi dalam cubaan mententeramkannya.
Bedung juga menghalang henjutan baru akibat pergerakan luar kawalan yang mampu menghidupkan semula kitaran tangisan bayi.
Bagaimanapun dalam mempraktiskan amalan bedung bayi, ada beberapa garis panduan keselamatan yang mesti dipatuhi bagi mengelakkan daripada menyakiti bayi atau mengganggu pertumbuhan bayi.
Sumber: doktorbudak.com
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT