Bedung & White Noise Gabungan ‘Meletup’ Untuk New Born! Pakar Kongsi Kelebihan

Share

Pertama kali bergelar ibu, pasti banyak perkara menjadi pengalaman ‘kali pertama’ buat anda. Pengalaman yang paling mencabar tentu sekali ketika nak tidurkan si kecil. Bukan mudah jika tiada ilmu yang cukup. 

Salah satu cara untuk mententeramkan bayi adalah dengan menggunakan bedung dan juga memasang white noise. Ini yang disarankan oleh Puan Uswatub Hasanah, Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi.

BEDUNG & WHITE NOISE= GABUNGAN MELETUP UNTUK NEW BORN🔥

Manusia dah dengar white noise sejak dalam perut. BUNYI RAHIM IALAH WHITE NOISE PERTAMA SEMUA MANUSIA. Siapa cipta white noise pertama kita ni?

ALLAH. TUHAN.

White noise ialah CAMPURAN bunyi pelbagai frequency dalam julat yang dapat di dengari manusia (audible frequency, 20-20000 Hz) dengan AMPLITUD (kekuatan bunyi/saiz gelombang) yang SAMA.

Perkataan ‘white’ di guna sempena mengambil idea bahawa cahaya putih yang kita nampak juga sebenarnya terdiri daripada CAMPURAN pelbagai warna: merah + jingga + kuning + hijau + biru + indigo + violet (ungu) = JADI PUTIH.

So, bila bunyi: jantung ibu ➕ peredaran darah ibu ➕ cecair badan ibu ➕ air ketuban ➕ pergerakan organ ibu ➕ pergerakan otot dan tisu ibu ➕ bunyi dari luar = bergabung cipta bunyi yang harmoni= white noise

ASAL CIRI white noise ada 3:

☑️ Monotone berulang (I tone bunyi saja yang berulang-ulang)
☑️ Low pitch (tak nyaring/tak bingit)
☑️ Humming (berdengung) kerana rahim tempat yang tertutup (terkedap)

Bunyi white noise itu APA-APA bunyi dengan 3 ciri di atas. Misalnya: hujan, ombak, sungai, bunyi vacuum cleaner, pengering rambut, enjin kenderaan, pemotong rumput, mesin fotostat, akuarium, air pancur dan lain-lain.

Kerana bayi telah hidup dengan white noise rahim selama 9 bulan, tak hairanlah baby manusia cari white noise untuk lena setelah lahir.

Pasang white noise bukan hanya sebab bayi dah hidup dengan white noise rahim sepanjang 9 bulan, tapi juga kerana bunyi statik dan berulang-ulang dari white noise beri kesan rileks/pukau (hypnotize) kepada otak manusia yang ‘busy’

➡ Itulah kerja white noise!

MENENGGELAMKAN bunyi sekeliling supaya manusia dapat kekal lena tanpa mudah rasa terganggu. Bedung pula buat bayi rasa hangat dan bagai di peluk seperti mana pelukan ibu dan balutan dinging rahim selama 9 bulan. Lebih penting, bedung minimumkan reflex terkejut-terkejut (MORO reflex) bayi kecil.

Bedung &white noise kurang berkesan untuk bayi anda? Cuba guna serentak bersama buaian.

Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI.
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
BIG LITTLE FEELINGS

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
NuFa