Tauke tudung Fareeda, Mawar Karim tak terkecuali balik kampung mengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari.
Membawa bersama si kecil Maryam, Mawar gembira berpeluang pulang ke kampung halaman di Permatang Pauh untuk mengundi buat kali kedua.
Berkongsi gambarnya dan si comel Maryam pulang ke kampung halaman untuk mengundi keduanya nampak teruja dan bersemangat menaiki kenderaan awam.
Diusik Suami Dalam Komen
Memandangkan lokasi mengundi Mawar antara zon panas yang mengetengahkan calon terkenal YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mawar sempat bertanya lokasi undi para pengikutnya.
Lucunya apabila, suami sendiri Fizo Omar mengusik isteri tersayang tentang mana satu parti politik yang dipilih memandangkan warna baju yang dipakai dan purse di tangan berbeza warna.
Ramai pengikutnya turut sama mengusik supaya memilih calon berwarna biru yang lebih muda.
Mawar sangat menghargai peluang untuk pulang mengundi di kampung halamannya untuk kali kedua. Menurutnya lima tahun lepas Maryam belum ada lagi di dunia tapi untuk kali ini dia gembira kerana berpeluang membawa balik Maryam.
Apa pun Mawar menyatakan rasa kagum menjadi orang Permatang Pauh dan mengakui mula belajar mengenal politik sejak tahun 1998 melalui keluarganya.
Jom Maryam kita balik KL ya. 5 tahun lepas Maryam tak lihat dunia lg time election kali ni Mama bawa awak balik . Kali ke 2 dh Mama Maryam mengundi
Apa pun cheq bangga jadi orang Permatang Pauh. Dari tahun 1998 dah belajar politics dengan family.
Nampaknya calon ‘biru yang lebih muda’, YB Nurul Izzah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU14 baru-baru ini.
Sumber: Instagram Mawar Karim