Sejak berita penularan wabak HFMD makin meningkat, ramai ibu bapa mula risau nak bawa anak keluar berjalan atau melakukan aktiviti luar rumah. Kebanyakannya berpendapat ada baiknya duduk di rumah sahaja daripada terpaksa lihat anak menderita sakit. Itu saja caranya.

Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Sekarang tengah musim ni, kalau boleh elakkan lah bawa anak ke ‘indoor playground’ terutamanya untuk anak kecil bawah 3 tahun. Huhu mereka paling mudah terjangkit sebab antibodi masih lagi belum berkembang sepenuhnya. Lagi-lagi kalau anak sejenis yang masukkan semua barang dalam mulut, bola-bola dalam “ball pit” tu pun dia nak masukkan dalam mulut.

Namun bagi ibu bapa yang terpaksa juga bawa anak keluar atas sebab-sebab tertentu, langkah pencegahan perlu memandangkan sekarang ini pelbagai wabak penyakit ada.

Nak mudah boleh ikut tip ibu ini, Hani Mynis dalam menyediakan barang keperluan khas untuk anaknya keluar lagi-lagi waktu wabak HFMD sedang merebak.

Sekarang ni musim HFMD tengah sakan merebak kan? Selepas insiden Aqil kena HFMD kali ketiga (dia dah pernah kena HFMD tiga kali berturut-turut dalam tempoh lima bulan 2016) dulu-dulu, Hani jadi sedikit paranoid dengan kebersihan sekeliling Aqil kalau kita orang bawa dia berjalan terutamanya ke pasaraya atau taman permainan dalam kompleks membeli belah  (kesian anak ibu, paranoid punya pasal setahun lebih ibu ayah “haramkan” dia dari jejak “indoor playground”).

Oleh itu, kita orang pastikan beg jalan Aqil lengkap dengan barang yang kita orang perlukan untuk pastikan sejarah tak berulang.

IKLAN

Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMDIngat tak hani pernah kongsi ‘Medical kit Aqil’ haritu? Kit perubatan Aqil ni memang kitorang wajib bawa kalau balik kampung atau berjalan jauh-jauh/melancong.

Post kit perubatan anak https://www.facebook.com/670459093/posts/10155769672129094/

IKLAN

Tapi kalau setakat berjalan dekat-dekat ke pasaraya, atau ke taman permainan, “beg jalan Aqil” lah penyelamat. Beg jalan Aqil ni memang ditinggalkan je sangkut dalam kereta jarang bawa masuk rumah kecuali nak ‘restock’ barang dalam beg. Sebab tak nak ada risiko beg tertinggal dan keluar berjalan tanpa beg ni.

Memandangkan ada yang tanya apa yang wajib bawa dalam beg jalan Aqil ni, Hani kongsikan untuk semua ibu bapa.

IKLAN
Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Antibacterial wipes Ni kiranya barang paling penting yang wajib ada dalam beg jalan Aqil. Hani gunakan untuk lap troli, ‘baby chair’ kat restoran atau kedai makan, atas meja makan kat restoran/kedai makan pun hani lap kadang2 terutamanya kat kawasan Aqil akan pegang Dalam beg ni juga ada tisu basah.
Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Hand sanitizer Benda kedua penting. Hani lebih suka Hand sanitizer jenis spray macam ni. Senang nak guna. Hani sembur kat tangan dia sejurus dia masuk kereta dari mana-mana tempat yang kitorang pergi (dari pasaraya/taman permainan/indoor playground) sebab dia dalam kereta suka makan biskut lah apa
Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Gel aloe vera Untuk pelbagai kegunaan macam hani pernah share dalam post “medical kit Aqil” sebelum ni. Punyalah berkesan, untuk medical kit Aqil pun ada untuk beg jalan Aqil pun ada benda alah ni Terutamanya untuk merendahkan suhu badan dia kalau badan dia dedor dalam kereta atau demam dalam perjalanan ke klinik.
Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Pembalut / penampal luka / hansaplast Ini lebih kepada kes kecemasan kalau budak bertuah tu main kat taman permainan lari-lari jatuh terluka lutut ke (nauzubillah, semoga selamat2 je lah anak-anak kita)
Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Iv kids/ minyak angin anak Untuk kegunaan emergency dia juga, kalau tetiba dia sakit perut ke kembung perut atau selsema.
Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Sapu tangan / napkin
Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Ekstra lampin pakai buang – jika anak masih memakainya -boleh sediakan botol spray berisi air paip, just incase pampers anak penuh terpaksa tukar pampers dalam kereta.
Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Ekstra satu set pakaian
Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Stokin anak.  Kalau anak sejuk dalam kereta atau tetiba anak nak singgah ke “indoor playground” ke (sekarang larangan ke indoor playground dah ‘lifted’ haha sebab Aqil dah besar, macam kesian pulak dia pandai minta nak main dalam tu) Tapi sekarang ni tengah musim hfmd merebak mmg tak lah ibu nak benarkan dia main kat indoor playground
Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
Plastik sampah. Untuk masukkan pampers anak yang dipakai, atau masukkan baju kotor

Walaupun tiga kali Aqil kena HFMD bukan lah semata-mata disebabkan indoor playground/troli pasaraya, this is the least that we can do. Kita tak boleh kawal kebersihan semasa di taska/rumah pengasuh.

Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD

Apa yang penting selain kita ambil langkah berjaga-jaga untuk sedaya upaya elakkan anak terkena HFMD ialah kesedaran untuk kuarantin anak kita kalau dia dah terkena HFMD untuk mengelakkan anak kita menjangkiti kanak-kanak lain.

Sumber: Hani Mynis

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI