Beg Jalan Anak Wajib Ada Barang Ni Terutama Musim Wabak HFMD
November 5, 2018
Share
Sejak berita penularan wabak HFMD makin meningkat, ramai ibu bapa mula risau nak bawa anak keluar berjalan atau melakukan aktiviti luar rumah. Kebanyakannya berpendapat ada baiknya duduk di rumah sahaja daripada terpaksa lihat anak menderita sakit. Itu saja caranya.
Namun bagi ibu bapa yang terpaksa juga bawa anak keluar atas sebab-sebab tertentu, langkah pencegahan perlu memandangkan sekarang ini pelbagai wabak penyakit ada.
Nak mudah boleh ikut tip ibu ini, Hani Mynis dalam menyediakan barang keperluan khas untuk anaknya keluar lagi-lagi waktu wabak HFMD sedang merebak.
Sekarang ni musim HFMD tengah sakan merebak kan? Selepas insiden Aqil kena HFMD kali ketiga (dia dah pernah kena HFMD tiga kali berturut-turut dalam tempoh lima bulan 2016) dulu-dulu, Hani jadi sedikit paranoid dengan kebersihan sekeliling Aqil kalau kita orang bawa dia berjalan terutamanya ke pasaraya atau taman permainan dalam kompleks membeli belah (kesian anak ibu, paranoid punya pasal setahun lebih ibu ayah “haramkan” dia dari jejak “indoor playground”).
Oleh itu, kita orang pastikan beg jalan Aqil lengkap dengan barang yang kita orang perlukan untuk pastikan sejarah tak berulang.
Ingat tak hani pernah kongsi ‘Medical kit Aqil’ haritu? Kit perubatan Aqil ni memang kitorang wajib bawa kalau balik kampung atau berjalan jauh-jauh/melancong.
Tapi kalau setakat berjalan dekat-dekat ke pasaraya, atau ke taman permainan, “beg jalan Aqil” lah penyelamat. Beg jalan Aqil ni memang ditinggalkan je sangkut dalam kereta jarang bawa masuk rumah kecuali nak ‘restock’ barang dalam beg. Sebab tak nak ada risiko beg tertinggal dan keluar berjalan tanpa beg ni.
Memandangkan ada yang tanya apa yang wajib bawa dalam beg jalan Aqil ni, Hani kongsikan untuk semua ibu bapa.
Walaupun tiga kali Aqil kena HFMD bukan lah semata-mata disebabkan indoor playground/troli pasaraya, this is the least that we can do. Kita tak boleh kawal kebersihan semasa di taska/rumah pengasuh.
Apa yang penting selain kita ambil langkah berjaga-jaga untuk sedaya upaya elakkan anak terkena HFMD ialah kesedaran untuk kuarantin anak kita kalau dia dah terkena HFMD untuk mengelakkan anak kita menjangkiti kanak-kanak lain.