Sesekali anak perlukan ‘rasa’ dalam makanannya. Barulah selera mereka makin bertambah. Bukan garam atau gula dalam penambah rasa tetapi serbuk ikan bilis atau serbuk ayam sebagai perasa asli. Memang sedapnya lain macam.
Macam mana cara nak membuatnya? Paling mudah hanya dengan beberapa langkah sahaja, si comel anda mampu makan lebih berselera. Jom ikuti perkongsian resipi, langkah demi langkah oleh Nur Maira.
Bila baby dan masuk fasa makan ni, mummy kena rajin laa sikit masak macam-macam nak bagi anak berselera untuk makan.
Sini nak share cara buat serbuk bilis homemade. Mudah je.
Yang perlu ada :
(1) Blender with miller (blender kering)
(2) Ikan bilis
(3) Air untuk rendam
(4) Bekas kedap udara
First, kopek ikan bilis, buang kepala dan segala tulang.
Ads
Rendam dalam air semalaman dan tukar air dalam 2-3 kali untuk buang masin ikan bilis tu.
Esoknya, tapis ikan bilis dan biarkan kering.
Sangai ikan bilis dalam kuali. Sangai ni tanpa minyak ya.
Proses ni agak makan masa, kena selalu kacau dan terbalikkan supaya ikan bilis tu masak rata.
Ads
Angkat bila dah nampak rangup.
Biarkan ikan bilis tu sejuk kejap baru blend. Jangan blend masa masih panas, nanti bila nak simpan ikan bilis tu mudah rosak bila masih berwap.
Lepas dah blend akan dapat serbuk halus.
Ads
Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk. InshaAllah boleh tahan dalam 2 minggu hingga 3 bulan!
Confirm anak akan lagi berselera bila tambah serbuk ikan bilis ni nanti.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Sedar tak sedar, kita dah tiba ke penghujung Ramadan. Kalau tak ada aral melintang, kemungkinan esok seluruh umat Islam akan menyambut hari pertama Syawal. Selepas sebulan berpuasa, pada hari raya inilah kita akan ‘all out’ memasak hidangan teristimewa untuk keluarga. Selain rendang atau masak lodeh, menu lain yang menjadi kegemaran ramai adalah daging dendeng.
Sedap berlemak, kalau diletakkan cili akan terasa pedasnya. Dipadankan dengan lemang, ketupat ataupun nasi berperisa seperti nasi minyak atau nasi beriani memang mengena sungguh! Mungkin ramai yang fikir susah nak masak daging dendeng ni, tapi sebenarnya tak rumit pun. Bahan-bahan pun mudah nak cari.
Menerusi posting di laman Facebook Share Masakan Beraneka Resepi, Sarah Aleya berkongsi resipi daging dendeng yang mudah untuk dibuat sendiri yang dikreditkan ke akaun Cik Puan Julieta. Semua bahan rencah tidak perlu dikisar, cukup dihiris sahaja.
RESEPI DAGING DENDENG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – potong nipis
BAHAN A:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN B:
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili kisar
1/2 cawan kicap kipas udang
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging
Antara salah satu biskut raya yang menjadi kegemaran ramai adalah biskut makmur susu. Bukan orang dewasa saja, anak-anak pun menggemarinya. Rasa lemak susu tu yang buatkan biskut makmur tu sedap sebab ianya cair di mulut.
Jika teringin untuk cuba buat sendiri biskut makmur susu ini, resepi Nora Afida boleh dicuba. Mudah sangat!
Resepi Biskut Makmur Susu
Bahan-bahan:
Bahan Doh Biskut Makmur Gebu:
4 cawan tepung gandum disangai hingga naik bau
1/2 cawan gula castor
1/4 cawan susu tepung tak kisah brand apa
3 sudu besar buttercup / minyak sapi. Cairkan dulu & tunggu sejuk
Minyak jagung secukupnya
Bahan Inti Biskut Makmur:
– 500 gram kacang tanah sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk
Minyak jagung secukupnya
Cara-cara:
Cara Buat Biskut Makmur Gebu Cair Di Mulut:
1) Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau. Campurkan tepung gandum tu bersama gula castor, butter/minyak sapi yang dah dicairkan (pastikan butter/minyak sapi dah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.
2) Masukkan sikit-sikit minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tu boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.
Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.
Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu. Golekkan biskut makmur ke dalam gula icing.
Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita jarang mempelbagaikan resipi daging goreng. Pun begitu resipi daging goreng rangup perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini mama kena cuba.
Resipi ringkas menggunakan karemel dari bawang Holand yang dikemudiannya di masukkan ke dalam tumisan daging dan juga nasi buat rasa daging jadi lebih sedap. Memang sedap dan lain daripada yang lain.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju (kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri.
Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
400g daging
1 biji bawang Holland
2 sudu besar kicap cair
1 butir telur
2 ulas bawang putih
1 sudu empingan cili
1-2 cawan tepung jagung
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
1 sudu besar bijan(disangai)
Garam dan gula secukup rasa
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef.
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup.
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kentang (potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua (double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!