Taugeh antara menu sayur yang mudah dan ringkas penyediaannya dan kalau dibeli, cukup murah harganya.
Pun begitu, jika tersimpan lama akan cepat berubah warna dari taugeh yang putih bersih menjadi lebam dan tidak selera pula untuk dimakan.Hendak dibuang sayang juga, jadi tahukah anda ada cara untuk putihkannya kembali. Nak tahu lanjut, ini caranya yang dikongsikan oleh AwisyAlif AlifAwisy dan Cahaya Ara Ixerora.
“Pernah tak awak beli taugeh lepas tu terlupa nak masak sebab anak dah nangis atau sibuk dengan kerja lain Kemudian lama letak kat luar taugeh da hitam macam lebam-lebam. Nak masak pun tak semangat dah.”
“Ehh sabar jap! Jangan buang taugeh tu.
Rendam kan balik dan letak beberapa keping asam keping. Nanti dia akan putih balik macam baru beli kat pasar,” kongsinya di media sosial.
Begitu juga cara yang sama dilakukan oleh AwisyAlif AlifAwisy untuk pastikan taugeh kekal segar dan kembali putih warnanya dan taugeh tak cepat rosak.
“Saya nak kongsi petua kalau nak taugeh tahan lama & dan tak cepat rosak buat macam ni ja.”
1. Masukkan taugeh dalam plastik letak asam keping sekeping.
2. Masukkan air sampai taugeh tenggelam ikat kuat-kuat.
“Taugeh ni saya simpan dah 9 hari masih elok dan segar. Taugeh pun tak berubah warna masih putih bersih.Pastikan air ditukar 2 hari sekali ya..”