Begini lah sepatutnya hubungan seorang ayah dengan anak perempuan, penuh kelembutan & kasih sayang. Cara Norman ini boleh dicontohi oleh ayah-ayah yang ada anak perempuan!
PENDEKATAN KEPADA ANAK PEREMPUAN
Cara didikan antara anak lelaki dan perempuan tentunya berbeza. Anak perempuan jiwanya lebih lembut dan sensitif manakala anak lelaki lebih sukakan teknikal dan tidak mahu terlalu dimanjakan secara terang-terangan.
Apatah lagi apabila sudah meningkat remaja, jiwa yang telah terisi dengan kasih sayang dan perhatian daripada orang tua boleh mengelakkan berlakunya pelbagai masalah kepada anak.
Norman yang mempunyai dua anak perempuan iaitu Maria Danisha Hakim, 10 & Marissa Dania Hakim, 13. Aktor ini turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya, Mohamed Danish Hakim, 15. Manakala perkahwinannya bersama Memey Suhaiza, Norman dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3. Terkini, Norman juga bakal menyambut kelahiran anak ketiga tidak lama lagi.
GEMAR MEMBUAT KEJUTAN
Pendekatan yang dilakukan oleh Norman Hakim kepada anak perempuannya memang menjadi bualan ramai. Dia gemar membuat kejutan untuk anaknya, Maria Danisha yang kini sedang menuntut di sebuah sekolah agama di luar Lembah Klang. Kadangkala membuat lawatan ke sekolah mengejut tentunya menggembirakan hati anak remajanya itu. Video berdurasi 1 minit ini mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta! Ramai yang menyatakan rasa sebak ketika menyaksikannya.
Berikut adalah antara komen netizen kepada posting itu. Masing-masing meluahkan rasa sedih dan tersentuh hati melihat keakraban dan kasih sayang Norman kepada puterinya.
Ads
PENCERAIAN BUKAN PENGHALANG
Ads
Walau pun sudah berpisah dengan Abby Abadi, dia berjaya membuktikan penceraian bukan penghalang dan alasan untuk memberikan perhatian kepada anak-anak. Syabas Norman kerana berusaha meluangkan masa kepada anak-anak!
Dalam mendidik anak-anak, memang ada cabarannya. Dan yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk setiap anak. Oleh yang demikian kita sering beritahu anak-anak untuk menjadi orang yang Berjaya, orang yang pandai, orang yang baik dan sebagainya.
Menurut Afnan Rosli, menjadi ibu bapa bukan semestinya sekadar memberi arahan dan meminta mereka jadi ikut acuan seperti yang kita inginkan. Menjadi ibu bapa bermaksud menunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak menjadi insan seperti yang kita ingin mereka jadi suatu hari nanti.
Justeru itu, menurutnya lagi, cara terbaik untuk membina karektor anak adalah dengan diri kita sendiri menjadi insan seperti yang kita inginkan dalam kehidupan anak-anak tersayang.
Being a parent kita banyak focus pada nak mendidik anak kita jadi sebijik mcm kita nak dia jadi. Tapi seringkali kita lupa, they learn more from what we do rather than what we tell them to do.
Anak-anak ini belajar lebih banyak dengan melihat tingkah laku dan perbuatan kita seharian berbanding dengan kata-kata dan arahan kita pada mereka seharian.
Being a parent doesn’t mean that kita beri arahan dan suruh mereka jadi mengikut acuan kita. But being parents means showing good example to them and becoming the type of person that we want them to be.
Kalau kita nak anak kita kaya, berjaya, kita jadi kaya dan berjaya. Kalau kita nak anak kita ada akhlak yang baik, budi pekerti yang baik, penyayang, pengasih, penyabar. Kita jadi orang begitu. They will follow. It’s unconscious learning.
Apa yang mereka lihat dan alami tertanam dalam minda mereka jauh lebih kuat dari apa yang kita arahkan mereka jadi.
The best way for you to build your child character is by you being the person you want to see in him.
Children are educated by what the grown up is, not by his talk.
Setiap hari kita hidup, kita sedang buat deposit dalam memory bank anak-anak kita. Memory-memory ini yang mereka akan gunakan sepanjang hidup mereka membesar.
Kalau nak anak baca Quran, kita baca Quran dengan mereka, kita zikir dengan mereka, kita solat dengan mereka, kita sedekah dengan mereka. Just be their biggest idols, be their biggest icons and role model.
Sebenarnya bila Allah Anugerah kan kita anak, bukan saja Allah nak kita jaga anak ini. Tapi Allah bagi kita ruang dan sebab supaya kita boleh baiki diri. Kalau untuk diri kita, mungkin kita hidup segitu-gitu aja sudah cukup.
Tapi demi anak, we are willing to go further. Suddenly ada kekuatan untuk berubah lebih baik. Demi anak.
It’s easier to build a strong children than to build a broken men. So build your children’s character by you becoming the person and embodies the teachings.
Ramai orang terinspirasi bila saya bawak kemana saja anak saya si Luqman ni. Seminar, Kelas, meeting dengan orang besar-besar pun saya bawak je budak ni. I just don’t care. Where ever i go, where ever i travel, anak dan isteri sentiasa ada menemani saya.
Why? Because we are one. They are part of me. Luqman naik aje ke pentas, i just want him to see what kind of father i am. Saya dia tengok apa yang bapak dia buat.
Let him see your friends, let him join the meeting. Alhamdulillah seusia 2 tahun dia dah mula belajar bincang ideas di peringkat tinggi. Dah mula pandai bergaul dengan orang-orang hebat. Let them learn. Let them experience.
You can see in his way of carrying himself sangat berbeza dengan budak biasa. Cara fikir dan cara cakap beliau nampak matang.
Setiap hari seboleh mungkin i want to put as much deposit pengalaman-pengalaman menarik kedalam memory bank Luqman.
Let him explore the world. Let him see this life in a bigger picture. Biar dia jumpa orang baik-baik, orang soleh-soleh. Ambil cara hidup mereka, ambil cara cakap mereka. Biar dia terkesan dengan kebaikan sekeliling.
Everyday, is an adventure and learning heaven for him. Harini baru sempat balik tidur di Bangsar setelah berminggu-minggu kami travel merata-rata, vacations, meeting, gatherings, discussions, merasmikan program sana-sini.
Basically for the past 3 weeks kitorang dah pusing Malaysia. Semua tu Luqman ikut dan alami bersama-sama saya dan isteri.
And amazing childhood meeting different people, experience different culture and food, travelling and learning new things every.
Another big things yang saya nak share is that bagi yang belum kahwin. Sebelum anda kahwini seseorang tunggu.
Tunggu mereka marah dan lihat bagaimana reaksi mereka. Are they abusive? Are they quite? How they deal with anger?
Kerana bagaimana Manusia bertindak waktu mereka marah itu adalan intipati diri mereka. Umpama buah orang jika di perah keluar orange juice. Mustahil keluar apple juice, kerana intipati nya ialah orang.
Manusia juga begitu, bila di perah oleh situasi, masalah dan kekusutan. Apa yang keluar itu lah intipati mereka. Jika pemarah, itu lah isi nya, jika penyabar, pemaaf itu lah isi nya.
Ingat. Anak kita tak boleh pilih siapa yang jadi ibu dan bapa mereka. Tapi kita boleh pilih siapa yang bakal jadi ibu atau bapa pada anak kita. Choose wisely, choose carefully.
Semua ibu bapa pastinya ingin tahu rahsia cara menggalakkan anak minat membaca. Ini kerana kebolehan membaca dan menulis sangat diperlukan oleh anak-anak.
Ini kerana ia merupakan pintu utama untuk anak-anak terus mengembangkan daya imaginasinya, berkomunikasi, dan seterusnya mengembangkan kemahiran membaca bagi memperolehi pelbagai maklumat baru.
Pengalaman awal anak-anak seperti dibacakan buku cerita kepadanya, banyak bercakap dengannya, melakar, menconteng dan sebagainya sangat membantu anak-anak mengembangkan kemahiran kepada minat membaca.
Bagi tujuan menggalakkan anak-anak supaya suka membaca, berikut di cadangkan 7 tip mudah yang boleh digunapakai oleh ibu bapa atau guru.
Tip 1
Sediakan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan mengikut peingkat umurnya. Anak-anak akan terangsang untuk melihat dan suka kepada buku dan akan mula suka untuk membaca buku.
Tip 2
Jadikan membaca aktiviti yang menyeronokkan. Membacalah bersama anak-anak dalam suasana yang santai dan ceria. Membaca boleh dalam keaadaan berbaring atau duduk bersila atau di mana sahaja yang selesa.
Tip 3
Bagi memulakan aktiviti membaca, biar anak-anak yang memilih buku yang mahu dibacakan untuknnya atau buku yang dia mahu membaca. Bahan bacaaan boleh terdiri dari bahan fiksyen, komik, majalah dan sebagainya. Bahan bacaan yang berbeza akan mengayakan lagi perbendaharaan kata anak-anak.
Tip 4
Semasa membaca buku pada anak-anak, gunakan nada suara, watak dan situasi yang berbeza. Penceritaan sebegini membuatkan anak-anak teruja apabila mendengarkan kisah dalam buku cerita berkenaan.
Tip 5
Selang-selikan aktiviti melukis atau menulis semasa membaca dengan anak-anak supaya kanak kanak tidak merasa bosan.
Tip 6
Berhenti bila anak-anak mula menunjukkan rasa jemu untuk meneruskan bacaan. Ini kerana anak-anak pra sekolah mudah berada bosan. Rehat sebentar dengan nyanyian atau aktiviti ‘fun’. Kemudian sambung kembali bacaan tersebut.
Tip 7
Jadikan aktiviti membaca sebagai sebahagian dari aktiviti rutin seluruh ahli keluarga dan jadikan bed time story atau kunjungan ke perpustakaan sebagai reading ritual ahli keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ayah bangga dengan anak ayah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Dalam keputusan peperiksaan tersebut, Arrian yang berusia enam tahun itu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Tomok mengucapkan tahniah dan memuji kepintaran Arrian.Apa yang membuatkan peminatnya bangga dengan keluarga Tomok, Tomok sentiasa menghargai isterinya yang banyak membantu mendidik Arrian dan Andra.
Sebelum ini, Tomok selalu berkongsi yang Ayu gunakan pelbagai pendekatan untuk anaknya sejak kecil lagi. Antaranya dengan selalu berbual, membacakan buku, menggunakan kad imbasan sambil bermain, banyak melakukan aktiviti fizikal seperti melompat, memanjat, berguling, berlari, merangkak semata-mata untuk perkembangan motor kasar mereka.
Selain itu, aktiviti menyanyi juga antara yang selalu dipraktikkan pada anak-anak untuk merangsang pendengaran dan apabila anak menyanyi akan menggalakkan aktiviti kedua-dua belah otak.
Sebagai ayah, Tomok lebih suka mendidik anak-anaknya dengan acuan sendiri. Bagaimanapun pasangan ini juga turut mendapatkan nasihat mereka yang berpengalaman.“Memang saya dan isteri ikut cara kami sendiri, sebabnya saya percaya setiap keluarga itu berbeza dan tidak boleh samakan.
“Cuma kami tetap akan ambil nasihat dari orang luar untuk membantu kami dalam membesarkan anugerah terindah ini,” katanya.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman yang berusia empat tahun.
Sumber: ig Tomok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga, especially bila due date dah makin dekat, kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya-tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural?