Begini lah sepatutnya hubungan seorang ayah dengan anak perempuan, penuh kelembutan & kasih sayang. Cara Norman ini boleh dicontohi oleh ayah-ayah yang ada anak perempuan!
PENDEKATAN KEPADA ANAK PEREMPUAN
Cara didikan antara anak lelaki dan perempuan tentunya berbeza. Anak perempuan jiwanya lebih lembut dan sensitif manakala anak lelaki lebih sukakan teknikal dan tidak mahu terlalu dimanjakan secara terang-terangan.
Apatah lagi apabila sudah meningkat remaja, jiwa yang telah terisi dengan kasih sayang dan perhatian daripada orang tua boleh mengelakkan berlakunya pelbagai masalah kepada anak.
Norman yang mempunyai dua anak perempuan iaitu Maria Danisha Hakim, 10 & Marissa Dania Hakim, 13. Aktor ini turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya, Mohamed Danish Hakim, 15. Manakala perkahwinannya bersama Memey Suhaiza, Norman dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3. Terkini, Norman juga bakal menyambut kelahiran anak ketiga tidak lama lagi.
GEMAR MEMBUAT KEJUTAN
Pendekatan yang dilakukan oleh Norman Hakim kepada anak perempuannya memang menjadi bualan ramai. Dia gemar membuat kejutan untuk anaknya, Maria Danisha yang kini sedang menuntut di sebuah sekolah agama di luar Lembah Klang. Kadangkala membuat lawatan ke sekolah mengejut tentunya menggembirakan hati anak remajanya itu. Video berdurasi 1 minit ini mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta! Ramai yang menyatakan rasa sebak ketika menyaksikannya.
Berikut adalah antara komen netizen kepada posting itu. Masing-masing meluahkan rasa sedih dan tersentuh hati melihat keakraban dan kasih sayang Norman kepada puterinya.
PENCERAIAN BUKAN PENGHALANG
Walau pun sudah berpisah dengan Abby Abadi, dia berjaya membuktikan penceraian bukan penghalang dan alasan untuk memberikan perhatian kepada anak-anak. Syabas Norman kerana berusaha meluangkan masa kepada anak-anak!
Sumber: Instagram Norman Hakim