Setiap kali memasak daging, boleh jadi stress kerana tak berapa pandai cara melembutkan daging. Sebenarnya ada cara mudah dan senang untuk melembutkan daging yang kita beli.
Perkongsian satu akaun video Tik Tok, @lieza_jaja ini mak-mak kena cuba. Tip ini biasa digunakan di restoran cina untuk lembutkan daging. Memang lembut dagingnya ketika dimasak. Jom cuba!
Cara paling pantas lembutkan daging yang liat. Nak buat macam mana ya?
Ini rahsia lembutkan daging.
Perhatikan arah urat dan hiris melawan arah urat.
Ads
Kemudian hirislah daging nipis-nipis. Tip mudah nak hiris adalah ketika separa beku. Lagi senang nak hiris.
Lepas tu bahan rahsia untuk lembutkan daging adalah menggunakan baking soda.
Campur satu sudu baking soda dan setengah cawan air. Tip ini biasa digunakan di restoran cina untuk lembutkan daging. Kena cuba!
Ads
Kacau dan biarkan soda larut, lepas tu rendam daging yang dihiris tadi.
Baking soda akan naikkan pH daging dan melonggarkan molekul daging dan buatkan daging jadi tak liat.
Perap daging selama 15 minit. Hasilnya jadi lembut sangat.
Tapi part paling penting adalah ketika membasuh daging. Bilas bersih-bersih sampai hilang bau dan rasa baking soda yang melekat.
Ads
Dah siap basuh bersih, boleh toskan sebelum di masak. Siap!
Di sebalik kesibukan tanggungjawab menguruskan rumah tangga tetap dilaksanakan dengan baik.
Bagi pelakon Faezah Elai sebagai isteri dia tak malu jarinya melekat warna kuning kesan kunyit.
Mungkin bagi sesetengah perkara ini lumrah bagi wanita yang sentiasa masuk dapur tapi bagi Faezah dia gembira kerana berkesempatan menyediakan juadah untuk suami dan anak-anaknya untuk berbuka puasa berbanding beli lauk yang siap.
Walaupun orang nampak penampilan cantik dan menarik bila diluar tapi perut suami dan anak kena jaga. Buat apa nak mengaku malu. Inilah lumrah seorang isteri. Paling penting semua gembira dan puas hati menikmati makanan.
“Nampak dak.. kunyit ada, garam ada.. ajinamoto ada.. ampa jangan ingat muka macam Jessica Alba tangan pon cantik.. tangan macam nenek kebayan.
“Kalau tangan licin maka tak makanlah anak-anak and laki hakak dik..
“Depa sibuk upload gambaq makanan nak buka posa, nahh hakak boh gambaq tangan baru rare..“Ayaq tangan baru lepaih masak nak bukak posa.. hakak tak reti nak amik video sambil masak takut telepon jatuh dalam kuali jenuh menangis tepi bucu dapoq.
“Gambaq makan hakak boh dalam ig story na.. Selamat berbuka,” tulisnya menerusi entri terbaharu.
Foto itu juga dihujani komen positif dan menyifatkan Faezah seorang ibu dan isteri yang berdedikasi dan menyayangi keluarga dengan menyediakan hidangan dengan air tangan sendiri.
Tanda Rajin Masak
Baru Betul Air Tangan Isteri
Sumber: ig Faezah Elai
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun nampak mudah dan ringkas tapi masak agar-agar buat hati berdebar-debar. Kadang jadi lembik dan kadang keras. Jadi apa sukatan cara betul untuk masak agar-agar yang lembut dan sedap?
Ini panduan sukatan cara betul yang dikongsikan oleh Diana Ana. Barulah agar-agar jadi lembut dan elok.
Panduan mudah untuk sukat air sewaktu ingin masak agar agar.
Agar agar ni tak kira serbuk atau bertali, kalau terkurang air, boleh jadi keras, kalau terlebih air boleh jadi lembik.
Kadang kadang frust juga, penat berdiri masak, end up tekstur agar agar tak menjadi. So dengan ada panduan ni, nak masak sikit ke banyak ke, dah tak pening. Sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air dengan betul.
Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK: 13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
Jika guna AGAR-AGAR BERTALI: 25gm agar-agar = 2.5 liter air 30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan.
Apabila mempuyai anak (sama ada yang bayi atau pun sudah besar sedikit), mencuci pakaian adalah sesuatu yang sukar. Maklum sajalah, macam-macam kesan kotoran yang ada pada baju. Nak dibasuh pun perlu betul caranya agar kainnya tidak rosak atau luntur warna.
Untuk ibu yang mempunyai bayi, anda perlu baca dahulu labelnya yang ada menunjukkan cara membasuhnya. Setiap jenis fabrik bayi adalah berbeza cara basuhannya. Membersihkan baju bayi lebih renyah kerana ia tidak boleh dicampur dengan pakaian lain dan perlu menggunakan sabun khas.
Sebaiknya basuh pakaian kotor bayi dengan segera dan elakkan terbiar beberapa hari. Ini kerana kesan kotoran boleh terus melekat pada pakaian dan lebih susah hendak dibersihkan serta berisiko tidak hilang bila dicuci.
Ada bermacam jenis kotoran pada pakaian bayi anda seperti air liur, kesan susu ibu atau susu formula, makanan dan kotoran lain.
Berikut adalah beberapa jenis kotoran pada pakaian bayi dan cara mudah membersihkannya. Oh ya, jangan lupa asingkan dulu pakaian bayi daripada pakaian orang dewasa kerana kulit bayi lebih sensitif!
1. Kotoran susu ibu, susu formula, makanan dan air liur
Rendam pakaian bayi dalam air bersih terlebih dahulu kemudian barulah letak pencuci pakaian bayi. 2. Kotoran daripada minyak bayi, krim dan minyak telon
Sebelum mencuci pakaian, taburkan tepung jagung atau bedak pada kotoran untuk menyerap minyak, biarkan lebih kurang 10-15 minit. Kemudian barulah cuci pakaian dengan sabun pencuci pakaian bayi.
3. Jus, jam buah & makanan bayi
Rendam pakaian dalam air yang dicampur 1 sudu kecil baking soda. Jangan tunggu sampai kotoran kering dan sudah melekat pada pakaian bayi kerana ia lebih susah hendak ditanggalkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan cuka masak untuk menghilangkan kotoran ini. Caranya larutkan cuka dalam air paip dengan nisbah 1:3, kemudian baru cuci. Bila menggunakan cuka, ibu mesti lebih teliti semasa membilas pakaian anak supaya bau cuka hilang pada pakaian.
4. Kotoran air kencing
Campurkan 1 sudu besar campuran amonia dalam secawan air. Kemudian rendam pakaian kotor itu sebelum dicuci seperti biasa.
5. Kesan tahi lalat
Campur sedikit cuka ke dalam setengah liter air. Rendam semalaman pakaian bayi yang ada tahi lalat. Kemudian cuci pakaian seperti biasa menggunakan detergen. Sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
Bilas pakaian yang sudah dibasuh dengan air panas campuran limau nipis. Biarkan beberapa saat kemudian cuci balik pakaian menggunakan pencuci pakaian yang sama. Bilas dengan air bersih.
Kalau tahi lalat masih ada buat sekali lagi langkah merendam dalam perahan limau nipis hingga membilas dengan air bersih sampai kesemua tahi lalat hilang. Kemudian jemurlah pakaian tersebut sehingga kering.
Jika anda mahu mencuci baju bayi menggunakan tangan, penuhkan besen dengan air suam dan masukkan sedikit sabun pencuci khas untuk pakaian anak. Kemudian celupkan baju yang mahu dibersihkan di dalam air suam tersebut dan biarkan terendam selama 10-20 minit. Celup-celup dan gosok lembut kesan kotor pada baju itu.
Tidak perlu digosok kasar kerana akan merosakkan kain atau menyebabkan ia meregang. Kemudian dibilas dnegan air sejuk. Perah lembut dan bolehlah dijemur. Elakkan dijemur di kawasan yang terlalu panas (terus di bawah sinaran matahari). Pastikan anda segera bersihkan kesan kotoran pada baju bayi, jangan ditangguh kerana ia akan ‘melekat’ dan sukar dibersihkan. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.