Didik anak ni memang cabaran besar, tapi rewarding sangat bila tengok diorang membesar jadi manusia yang baik dan berdikari.
Bukan pasal straight A’s je, tapi lebih kepada ajar nilai murni, hormat orang, dan cara handle hidup. Semua bermula dari rumah.
Sebagaimana perkongsian ini memang best untuk rujukan keibubapaan.
Tip Bagaimana Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai
1. Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderong kepada kira-kira dan fakta.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imeginasi.
2. Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
3. Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
4. Isteri saya selalu menggunakan teknik imagenasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaganasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imagenasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
5. Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
Semua tip itu hanyalah sebahagian perkongsian cara merangsang anak – anak lebih fokus dan cepat pandai.
Adakah anda suka perkongsian ini. Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara pattern. Sehingga besar mereka menjadi orang yang biasa. 80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tak nak buat.
Opp nanti dulu. Membaca tip ini adalah perkongsian ilmu. Maksudnya kita hadamlah dengan baik. Utamakan tip ajaran anak cara islam. Kan..kan..
.
Sumber: Baharuddin Mohamed
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI