Idea bekal untuk anak ini sesuai sangat diaplikasi bagi ibu-ibu yang ada anak kecil khususnya yang bawah setahun. Nak elak garam dan gula teruatamanya bila pergi beraya!

Puan Fatien Atiqa‎ berkongsi tentang idea di Happy Baby Foods Malaysia. Selain tips untuk bento, dia juga turut berkongsi idea sediakan makanan anak semasa travel. Berikut ialah perkongsian beliau;

Bekal Anak Sempena Raya, Nak Elak Orang Suap Kuih Raya Yang Manis-Manis Ibu Boleh Cuba Buat Bento Ini

Ni cara saya nak elakkan org suap anak biskut-biskut raya.

Bila org ckap ‘kesiannn Amna mcm lapar je, syok la tu tengok biskut2 raya ni’

So kita dgn pantas kilatnya keluarkan 1 set bento ni. Haaa nah kau nak. Pilih2 mana biskut raya yg disukai ??

IKLAN

Bekal Anak Sempena Raya, Nak Elak Orang Suap Kuih Raya Yang Manis-Manis Ibu Boleh Cuba Buat Bento Ini

Dan masa travel memang saya selalu ada 2 jenis buah.

1 jenis yang kenyang macam pisang/labu/epal/jagung. Jadinya in case dlm kereta susah suap bubur or nasi, bagi dia pisang dulu buat alas perut.

1 jenis melawaskan sebab buah-buah kenyang tu kadang-kadang buat sembelit. So bawaklah buah naga/pear/plum/oren sunkist/mangga. Buah ni makan petang-petang or dalam pukul 8 maalm supaya besok pagi dia lancar membuang air besar.

IKLAN

Kalau travel 1,2 hari je saya kadang2 bawak organic baby noodles or veggies noodles or laksa kering je. Sebab mudah kembang bila direndam dalam air panas saja.

Jika lebih 2 hari dan tidur di hotel maka saya bawak rice cooker kecik.

Beli salmon or ayam potong di mall kat tempat travel cukup ?

RESIPI MEATBALL UNTUK ISI DALAM BENTO ANAK

IKLAN

Di samping itu, Puan Fatien juga berkongsi  resipi meatball homemade yang diletakkan dalam bento anaknya itu.

MEATBALL HOMEMADE

Bekal Anak Sempena Raya, Nak Elak Orang Suap Kuih Raya Yang Manis-Manis Ibu Boleh Cuba Buat Bento Ini

Bahan yang diperlukan

  • Daging tanpa tulang dan lemak
  • Lobak merah
  • 1 biji Kentang
  • Leeks
  • Sedikit tepung gandum
  • Sedikit mentega untu menggoreng
  1. Sagat carrot halus-halus, manakala leeks pula dihiris halus.
  2. Kukus kentang yang diptong dadu.
  3. Tumbuk-tumbuk manja isi daging tanpa tulang dan cincangkan halus-halus.
  4. Campurkan kentang yang sudah empuk, daging cincang, lobak merah dan leeks.
  5. Bila sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga boleh bulatkan ia menjadi bebola.
  6. Bulat-bulatkan anggaran saiz ibu jari.
  7. Kukuskan dalam 10 minit sampai ada bau kuat.
  8. Sejukkan dan bekukan jika suka.
  9. Bila nak makan, cairkan butter dan goreng meatball tersbut.

Sumber: Puan Fatien Atiqa‎, Happy Baby Foods Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI