Idea bekal untuk anak ini sesuai sangat diaplikasi bagi ibu-ibu yang ada anak kecil khususnya yang bawah setahun. Nak elak garam dan gula teruatamanya bila pergi beraya!
Puan Fatien Atiqa berkongsi tentang idea di Happy Baby Foods Malaysia. Selain tips untuk bento, dia juga turut berkongsi idea sediakan makanan anak semasa travel. Berikut ialah perkongsian beliau;
Ni cara saya nak elakkan org suap anak biskut-biskut raya.
Bila org ckap ‘kesiannn Amna mcm lapar je, syok la tu tengok biskut2 raya ni’
So kita dgn pantas kilatnya keluarkan 1 set bento ni. Haaa nah kau nak. Pilih2 mana biskut raya yg disukai ??
Dan masa travel memang saya selalu ada 2 jenis buah.
1 jenis yang kenyang macam pisang/labu/epal/jagung. Jadinya in case dlm kereta susah suap bubur or nasi, bagi dia pisang dulu buat alas perut.
1 jenis melawaskan sebab buah-buah kenyang tu kadang-kadang buat sembelit. So bawaklah buah naga/pear/plum/oren sunkist/mangga. Buah ni makan petang-petang or dalam pukul 8 maalm supaya besok pagi dia lancar membuang air besar.
Kalau travel 1,2 hari je saya kadang2 bawak organic baby noodles or veggies noodles or laksa kering je. Sebab mudah kembang bila direndam dalam air panas saja.
Jika lebih 2 hari dan tidur di hotel maka saya bawak rice cooker kecik.
Beli salmon or ayam potong di mall kat tempat travel cukup ?
RESIPI MEATBALL UNTUK ISI DALAM BENTO ANAK
Di samping itu, Puan Fatien juga berkongsi resipi meatball homemade yang diletakkan dalam bento anaknya itu.
MEATBALL HOMEMADE
Bahan yang diperlukan