
Hari pertama sekolah selalunya jadi momen penuh emosi untuk mak ayah. Ada yang sibuk urus uniform, ada yang tak keruan sebab anak tak nak lepas tangan, dan ada juga yang sediakan bekal istimewa sebagai tanda semangat untuk si kecil.
Itulah yang dilakukan oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Farah Wen, bila dia kongsi bekal istimewa anaknya untuk hari pertama sekolah. Menariknya, bekal tersebut bukan biasa-biasa , siap ada caviar!
@farahwen first day of school 😍❤️ #skintific #firstdayofschool #backtoschool #internationalschool #routine ♬ until i found you x perfect – itsokkman
Posting Farah itu terus mencuri perhatian netizen. Ramai yang terkejut dengan “kemewahan” lunch box anak-anaknya. Ada yang bergurau dalam ruangan komen:
“Lunch box siap caviar ye, harga satu bekas dah pengsan, kalau tiga…” 😭😭😭
Ada juga yang berseloroh membayangkan suasana di sekolah:
“Wei kau makan apa untuk rehat?”
“Aku makan caviar.”
Inspirasi Untuk Mak Ayah Lain
Tak kisahlah sama ada bekal itu nasi goreng kampung, roti sapu kaya, atau caviar sekali pun, yang penting adalah usaha dan kasih sayang di sebaliknya.
Pa&Ma percaya setiap bekal adalah tanda cinta seorang ibu bapa walaupun nampak kecil, ia boleh jadi memori besar untuk anak sampai bila-bila.
Kisah Farah Wen ni mungkin nampak “glam” bagi sesetengah orang, tapi mesej utamanya jelas, setiap mak ayah ada cara tersendiri untuk buat anak rasa istimewa. Yang penting, anak-anak tahu mereka disayangi dan disokong sepenuhnya. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dulu Nak Kawal Sikap Panas Baran Susah. Sekarang Jebat Buat Sharnaaz Lebih Tenang

Jika dulu pantang disentuh, pasti melenting. Kalau tersilap sikit, mudah saja dia marah. Belum masuk bab bercakap. Memang boleh ‘tersayat’ hati banyak orang keliling dengan bisa kata-katanya.
Kriteria ini ada dalam diri pelakon Sharnaaz Ahmad satu masa dulu. Hinggakan pernah juga mencetuskan permusuhan dengan segelintir artis dan peminat gara-gara kelantangannya itu.

“Saya selalu cakap besar. Asal ‘sedap’ mulut kita saja, saya akan lontarkan pandangan saya. Tak kiralah orang nak setuju atau tidak, itu belakang cerita.
“Orang nak suka saya atau tidak sekalipun, tak pernah sedikit pun saya peduli. Yang penting saya puas hati,” kata Sharnaaz merujuk sifat panas baran yang sinonim dengannya.
Namun begitu, segala sifat buruknya yang diperkatakan ramai itu berubah seiring dengan tanggungjawab dan status dipikul. Pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini tidak lagi seperti dulu.

Sifat panas baran dan tidak mudah sabar itu seakan-akan sudah menghilang. Sharnaaz kini menjadi seorang lelaki yang lebih tenang dan fokus pada kehidupannya hari ini.
Statusnya sebagai suami, Noor Nabila Mohd. Noor, 34, dan anak, Jebat Jeydan Ahmad yang lahir pada 30 Ogos lalu itu mendorong kepada perubahan besar dalam hidupnya hari ini.
“Entahlah, tiba-tiba darah yang mudah menggelegak ini dah tak macam dulu lagi. Saya jadi lebih bertenang sekarang, mungkin disebabkan faktor usia kot.
“Saya dah masuk usia 33 pada tahun ini. Lagipun sudah ada anak, elok sangatlah kalau saya berubah,” kata bintang filem Juvana 3: Perhitungan Terakhir ini.

Jebat Pelengkap Hidup Sharnaaz
Pelakon drama Cinta Bukan Kristal yang baru selesai ditayangkan ini mengakui kehidupan yang dilalui semakin indah pada hari ini. Lebih-lebih lagi saat melihat Jebat di depan mata adalah nikmat tidak terhingga.
Anugerah besar itu membuatkan dia lebih menghargai insan kesayangan di sekelilingnya. Lebih belajar erti tanggungjawab yang pernah dirasakan tidak perlu satu masa dulu.
“Pada hari pertama Jebat dilahirkan, saya keliru dengan perasaan menjadi bapa. Tapi selepas beberapa ketika, perasaan sayang itu semakin menebal apabila ada interaksi antara kami.

“Rupa-rupanya Jebat adalah pelengkap kepada kehidupan saya. Dia adalah segala-galanya,” ujarnya.
Sharnaaz berkahwin dengan Nabila yang merupakan kakak kepada pelakon Neefola pada 31 Mac 2017.
Sumber: utusan online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berhenti Jadi Isteri Dan Ibu Sempurna, Carilah Bahagia Dulu. Ini Kunci Keharmonian Rumah Tangga

Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Perkongsian dari Puan Najibah Mustaffa ini sangat betul. Dia beranggapan ibu dan isteri kena cari bahagia dulu kerana semua inilah kunci keharmonian dalam rumah tangga.

Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah-acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.

Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.

Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.

Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak-anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.

Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama-lama di tikar sejadah, mahu tadabbur al-Quran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.

Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri. Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia.
Najibah Mustaffa
Catatan sementara tidurkan anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aafiyah Minta Datuk Siti Nurhaliza Doa Supaya Dapat Adik Perempuan Di Makkah Curi Perhatian Warga Maya

Aafiyah minta Datuk Siti Nurhaliza doa supaya dapat adik perempuan di Makkah curi perhatian warga maya. Sejak kebelakangan ini, Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman Instagram dan Tiktok ketika berada di dalam kereta.
Aafiyah Minta Datuk Siti Nurhaliza Doa Supaya Dapat Adik Perempuan Di Makkah
Sejak Aafiyah dan Afwa semakin membesar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai sebarang aktiviti pekerjaan pada hari tersebut.




Artikel lain: Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Foto Afwa Sempena Hari Lahir, Ramai Geram Tengok Pipi Pau Afwa
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik watiesoong yang telah mencuri perhatian ramai. Di dalam video tersebut, memaparkan Tokti yang menanyakan kepada anak perempuannya iaitu Afiyah mengenai doa apakah yang diingin olehnya.
“Afiyah nak ibu doa apa kat sana?”-Tanya Tokti
“Nak ibu jadi muda pastu nak adik perempuan”-Kata Afiyah
“Allah hahaaha”-Kata Tokti
@watieysoong #aafiyahanakibu @Siti Nurhaliza #sitinurhaliza ♬ original sound – watieysoong
Video tersebut bukan sahaja berjaya menarik perhatian warga maya tetapi dalam masa yang sama mencuit hati.
Ramai warga maya mengatakan bahawa Afiyah meminta adik perempuan kerana ingin teman dan berkemungkinan adik lelakinya, Afwa agak lasak. Tambah mereka lagi, Afiyah seorang kanak-kanak yang bijak apabila berkata-kata.
Berikut antara komen-komen warga maya:



Kalau anda perasan, anak perempuan memang suka kalau ada adik perempuan berbanding adik lelaki.
Berikut faktanya:
*Kanak-kanak perempuan mungkin mahukan adik perempuan atas beberapa sebab. Salah satu sebab utama mungkin kerana mereka mencari rakan sepermainan atau rakan yang boleh mereka kenal pasti dari segi jantina dan minat.
*Kanak-kanak perempuan mungkin mendapati lebih mudah untuk berkongsi mainan dan aktiviti dengan adik perempuan berbanding dengan adik lelaki.
*Mereka juga mungkin beranggapan bahawa mempunyai adik perempuan akan membuatkan ikatan kekeluargaan terasa lebih erat.
*Selain itu, budaya dan persekitaran sosial di mana kanak-kanak dibesarkan juga boleh mempengaruhi keinginan ini. Dalam sesetengah budaya, peranan jantina sangat ditekankan, dan kanak-kanak mungkin belajar daripada persekitaran mereka bahawa adalah lebih “normal” atau lebih selesa untuk mempunyai adik beradik yang sama jantina.
Pada asasnya, setiap kanak-kanak mempunyai keinginan dan alasan yang unik berdasarkan personaliti, pengalaman dan persekitaran sosial mereka.
Untuk info, Datuk Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini dikurniakan anak sulung, Siti Aafiyah yang kini berusia 6 tahun dan anak lelaki, Muhammad Afwa, 3 tahun.
Sumber: Tiktok watiesoong dan Instagram CTDK

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


