Guru tahun satu ini kongsi cerita sebenar dan tips yang mak ayah kena tahu perihal perbelanjaan anak-anak di kantin sekolah. Perkongsian bermakna dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini mungkin boleh membuka mata ibu bapa.
Gambar Hiasan
Sudah beberapa kali aku terbaca kisah pekerja kantin ambil duit murid tahun ini. Aku guru tahun satu. Selalu memantau murid-murid membeli awal-awal sesi persekolahan mereka.
Ini cerita sebenar dan tips yang kau kena tahu jika ada anak di sekolah rendah.
1. Sebenarnya, bukan semua kisah yang terjadi sama seperti apa yang dicerita oleh anak kita. Kadangkala ada cerita yang ditokok tambah, kadangkala ada pula fakta yang tidak diberitahu.
2. Aku dah pesan banyak kali, setiap tahun aku berpesan; ajar anak kenali wang, ajar anak terima baki. Kenapa aku selalu berpesan begini? Kerana saban tahun di depan mata kepala aku murid membeli, hulur wang dan berlalu pergi walau baki masih ada.
3. Waktu rehat ratusan murid yang ada dikantin. Sesak. Anak kau bawa duit RM5, beli keropok harga RM1. Hulur duit dan berlalu pergi.
Terpekik-pekik pekerja kantin panggil anak kau. Tapi mana anak tu nak perasan dan dalam riuh rendah suasana di kantin. Nak dikejar, takkan dia nak tinggalkan kaunter.
Hal ini selalu sangat aku perhati diawal-awal sesi persekolahan. Kecuaian anak kita.
Ads
4. Murid membeli, duit tidak terus disimpan dalam poket atau dompet. Diletak dulu atas kaunter lepas tu nak minum air, berborak dengan kawan dan sebagainya.
Kalau kau penjual, duit ada di atas kaunter saat pelanggan tengan ramai bersesak-sesak, pasti kau ingat itu duit kau kan?
Lagi pun memang biasa murid yang dah tahu harga dan kenal nilai wang hanya ambil barang, letak duit atas meja kaunter dan berlalu pergi. Situasi jual beli di kantin ni bukan seperti kau bayar makan di KFC woih.
5. Memang benar ada pekerja kantin tidak amanah. Ini benar dan ada berlaku. Namun jika pencegahan awal kau dah ajar pada anak, mereka yang tidak jujur ini tidak dapat ambil kesempatan.
6. Ajar anak kenal wang, terima baki dan minta baki. Selain kenal wang, ajar anak minta baki mereka.
Ads
“Pak cik. Duit saya lima ringgit. Saya beli seringgit sahaja. Mana baki saya empat ringgit?”
Ajar anak berkata begitu. Ajar anak tuntut hak mereka. Bila pekerja tidak jujur perasan anak kau kenal nilai wang dan tahu ada baki belum dipulangkan, dia tidak berani hendak ‘curi’ duit anak kau.
Pekerja yang tidak amanah ini berani mencuri kerana anggap semua murid tahun satu tidak kenal nilai wang.
7. Pesan pada anak, jika hal seperti ini berlalu terus suruh anak ‘report’ pada guru bertugas. Guru yang akan pergi berurusan dengan pekerja kantin dan bertanya hal sebenar.
Jika ada pekerja yang tidak jujur, pasti saban hari ada laporan murid. Jika setiap hari guru yang kena pergi minta baki murid, pemilik kantin pasti tukarkan pekerja yang tidak amanah itu. Kes selesai.
Ads
8. Sediakan not RM1 untuk anak-anak. Mudah kerja anak, mudah kerja orang kantin tak perlu beri baki.
Gambar Hiasan
Selalu aku tekankan, didikan pertama bermula dari rumah. Kalau kita ajar anak kita hal-hal ini sejak dari rumah, maka banyak kes kecuaian dapat kita elakkan.
Lebih penting, orang tidak dapat mengambil kesempatan pada sikap tulus seorang kanak-kanak.
Kitalah pena pertama yang mencorak anak kita. Begitulah.
Siapa sangka rezeki memiliki anak perempuan! Selepas mempunyai 10 anak lelaki, penantian keluarga dan hasrat seorang ibu dimakbulkan apabila berjaya dikurniakan bayi perempuan sebagai penghibur dalam keluarga besarnya.
Alexis Brett tidak menyangka memperoleh zuriat perempuan setelah yakin dia akan mendapat seorang lagi bayi lelaki untuk kandungannya yang ke-11 itu.
“Semua sayang kepadanya. Setiap kali melahirkan bayi baru, seluruh keluarga gembira namun berbeza pada kali ini yang berasa sangat teruja,” kata wanita berusia 39 tahun itu.
Menurut Alexis, sudah semestinya 10 orang anak lelaki yang berusia dua hingga 17 tahun itu akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada adik perempuan mereka.
Respiratory Syncytial Virus’ (RSV) ialah jangkitan yang kerap berlaku kepada kanak-kanak berusia di bawah umur dua tahun.
Virus RSV kebiasaannya menyerang paru-paru dan salur/sistem pernafasan. Virus ini boleh memasuki badan melalui mata, hidung atau mulut. Ia mudah tersebar melalui rembesan pernafasan berjangkit – seperti batuk – disedut atau disalur kepada individu lain melalui hubungan langsung, seperti berjabat tangan.
Sebab itulah kita dilarang untuk memegang dan mencium bayi orang lain kerana risau penyakit seperti ini boleh dipindahkan kepada bayi.
Inilah RSV
Ini kenapa “overprotective” mak cakap tak boleh cium baby walaupun anda tak ada penyakit. Ini lah sebabnya mak-mak tak bagi sentuh tangan dan muka baby. Dan ini jugalah sebabnya kenapa orang luar tak boleh dekat dengan anak kita.
Next time jangan suka-suka nak sentuh atau cium bayi walaupun rasa sihat, selamat. Fikirlah baby ni terpaksa dipegang 4 orang hanya untuk masukan IV dekat kepala sebab dia dah tak larat sangat untuk cari salur darah lain.
Fikirkan betapa kesianya dia batuk teruk dan menangis sebab sakit. Fikirkan ibu ayah dia yang takut tengok keadaan ni.
RSV boleh membunuh bayi! Kesian Presley, salah satu pesakit RSV.
Jangan marah kalau mak ayah “sorok” anak-anak. Sekarang ada macam-macam jenis penyakit. Please respect.
Nak gomol lebih-lebih, pergi gomol anak sendiri please. Hanya sebab mak ayah tu tak reti cakap “No”, kita pun dengan seronoknya nak buat macam-macam. Yang hisap rokok hisap vape, hmmm
Yang kena tunggu dekat wad siapa?
Yang bayar duit ubat semua siapa?
Yang menangis berdebar-debar siapa?
Untuk mak ayah, jangan takut kena panggil “Kedekut” hanya sebab tak bawak anak berjalan atau tak bagi orang lain pegang anak.
Masa sakit, bukan orang tu ambik cuti jaga 24 jam, 7 hari.
Kebanyakan pesakit pulih dengan masa. Namun, RSV boleh menjadi serius terutama kepada bayi sehingga memerlukan suplementasi oksigen dan/atau bantuan pernafasan.
Jangkitan RSV boleh menyebabkan bronkiolitis, pneumonia dan gangguan pernafasan termasuk nafas berbunyi (wheeze).
Individu mula menunjukkan gejala pada hari keempat hingga keenam selepas dijangkiti virus RSV.
Gejala RSV:
i.Hidung berair
ii.Hilang selera makan
iii.Batuk
iv.Bersin
v.Demam
vi.Nafas laju dan berbunyi
Kuasa Allah, tiada siapa tahu. Kun Fayakun! Inilah situasi yang mengejutkan buat pasangan suami isteri dan seluruh ahli keluarga apabila Allah kurniakan bayi lelaki yang sihat dan cukup sempurna sifatnya setelah 9 bulan dalam perut tanpa langsung diketahui kehadirannya.
Mesti ramai yang tertanya-tanya, adakah langsung tak perasan kehadiran khalifah kecil dalam kandungan itu? Namun inilah yang dikatakan kuasa Allah dan keajaiban berlaku.
Kebiasaannya wanita hamil akan melalui fasa alahan atau perubahan badan tapi pengalaman seorang ibu ini benar-benar buatkan dirinya sendiri tak sangka melahirkan bayi dengan selamat dalam tandas seoran diri.
Ingatkan sakit perut, rupanya sakit nak bersalin
Seminggu sebelum kelahiran ‘bayi ajaib’
Kisah yang telah dikongsi oleh adik kepada wanita tersebut di laman TikTok itu mendapat respons dari orang ramai dan masing-masing menganggap kelahiran bayi ajaib ini bukti kebesara Allah.
Menurutnya, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran bayi ‘ajaib’ itu apabila kakaknya selamat melahirkan anaknya pada jam 4 pagi di dalam tandas seorang diri.
Jelasnya lagi, wanita itu terpaksa duduk di tandas hampir satu jam kerana tiada siapa di dalam rumah yang menyedari perkara tersebut sehinggalah ibu mereka bangun untuk ke dapur.
Melihat kejadian itu, mereka bergegas menelefon ambulance dan setiba sampai nurse meminta buku pink untuk semakan lanjut namun dia menjawab kakaknya tiada buku pink kerana dia tidak mengetahui tentang kehamilannya.
“Nurse tanya buku pink ada? Dan saya terus cakap tak ada sebab kakak saya tak tahu dia pregnant. Nurse pun pening,” katanya.
Setakat ini, keadaan kakak dan bayinya dalam keadaan baik dan bayi lelaki comel itu diberi nama Muhammad Khalish Wafiq.
“Kuasa Allah. 9 bulan dalam kandungan tanpa diketahui oleh ibunya sendiri. Kun Fayakun. 1 dalam seribu. Baby ajaib,” jelasnya.
“Tanda kebesaran Allah, Allah jaga…”
Di ruangan komen, semuanya tak sangka dan mengucapkan tahniah. Inilah kebesaran Allah SWT.
Ada juga yang turut berkongsi pengalaman ahli keluarga yang mengalami situasi mengandung tanpa sedar walaupun kandungan dah besar.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...