Setiap ibu sangat mementingkan keluarganya. Jika perlu keluar bekerja, pasti setiap keperluan suami dan anak-anak akan disediakan terlebih dahulu. Biar sepenat mana pun, tetap akan dibuat.
Melalui perkongsian di laman Instagram Ozlynn, dia berkongsi rasa kagumnya terhadap
semua ibu baik yang bekerjaya mahupun suri rumah. Setiap ibu mempunyai kehebatannya tersendiri dalam mengendalikan rumah tangga. Bahkan kata selebriti ini lagi, lebih baik jika suami juga turut membantu meringankan tugasan isteri.
Tidur Lambat Macam Mana Pun, Tetap Bangun Awal Masak Untuk Keluarga
Kesayangan.. forever baby busyuk masham mama.. baik dari yg tua smp lah yg kecik.. mama keje arini.. so jaga diri memasing bila balik sekolah nanti.. mama masak labu masak lemak pucuk manis, sambal sardin dgn bawal goreng garing.. kalau kata mama x sayang korg x tau la nak kata apa.. walaupon tdo lambat ttp pukul 5am mata celik standby masak breakfast chicken sandwich dengan mee goreng daging… ok siap 5 menu besar.. standby mata rabak kat set pulak🤣.. buat ibu2 kat luar sana x kisah la korang masak ke x masak ke.. korang keje ke atau surirumahtangga ke.. tetap aku respect.. kita bukan saja penat badan malah penat otak setiap hari memikirkan jadual harian.. harap suami2 di luar sana menghargai isteri korg.. kadang korg tlg basuh pinggan pun boleh buat isteri happy.. apatah lagi kemas katil, basuh baju, lipat baju, sapu umah, mop umah, masak breakfast, lunch, mandi anak, gosok baju, kemas umah, ptg bawang.. ah tlg sume la lg bagus bila korg cuti👅👻😛🙈.. buat suami aku… Papa.. nak main game siapkan sume keje umah dulu ok.. love you😘👻❤️
Sebenarnya seorang isteri dan ibu tidak pernah berkira untuk menyediakan segala makan dan pakai untuk keluarganya. Tetapi benarlah jika mendapat bantuan dari insan tersayang pasti lebih membahagiakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, anak pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz rupanya sudah pun berusia tiga tahun.
Bagi meraikan hari lahir Aisha Amaira yang ketiga tahun, Fasha dan Aidil memilih tema Frozen untuk puteri kesayangan mereka.
Ketika sambutan hari lahir Aisha baru-baru ini, Fasha dan keluarga turut memilih tema warna sama iaitu biru dan putih, selari warna tema Frozen.
“Aisha turns 3. Syukur Alhamdulillah, walaupun last minute, semuanya berjalan lancar cuma tak lengkap tanpa kedatangan ahli keluarga tersayang.
“Syukur Alhamdulillah. Doakan agar Aisha menjadi anak solehah.
“Terima kasih buat semua yang hadir dan terima kasih atas doa-doa yang baik,” tulisnya.
Apa yang menarik perhatian pastinya gaya Aisha Amaira yang tampil dengan gaya Anna dari filem Frozen.
Ditambah pula dengan wajah comel Aisha yang dikatakan wargamaya persis wajah bapanya, Aidil. Memang sejuk mata memandang.
Rata-rata wargamaya memuji wajah cantik Aisha yang cukup comel, tenang dan mendamaikan.
Terdahulu, Fasha mendirinya rumah tangga bersama Aidil Aziz pada Mac 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira. Fasha turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Terdahulu, Siti Norhidayah atau mesra disapa sebagai Dayah yang merupakan balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey telah memuatnaik sebuah video berkongsi tentang dia dan anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdepan dengan gangguan sihir. Menurutnya, perkara ini bermula sejak suaminya meninggal dunia pada tiga tahun lepas.
Di dalam videonya juga, Dayah bertanya kepada orang ramai sekiranya mempunyai informasi tentang pakar perubatan Islam yang boleh membantu mereka.
“Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik & sihir yang boleh mengubati/merawat masalah yang dayah & hamzah disihir & ganguan mistik.”
Pakcik sedih tengok keadaan anak saudara
Menerusi akaun Facebook Mohd Azmier Zmier yang merupakan abang kepada Dayah telah meruntun hati ramai orang apabila dia berkongsi tentang keadaan anak saudaranya, Hamzah.
Menurut Mohd Azmier, dia sedih melihat keadaan Hamzah yang tidak larat untuk memegang sudu semasa makan kerana menjadi mangsa sihir sejak masih bayi.
“Mana ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah), biasa tangan sihat, sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh. Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang. Sanggup kau (individu hantar sihir) buat anak ayahjang.”
Tak boleh tidur lena, asyik menangis
Tambahnya lagi, Hamzah banyak menderita sejak pemergian Abam Bocey meninggal dunia ketika dia masih bayi sehingga menginjak usia 4 tahun.
Hamzah sering diganggu pada setiap malam dan membuatkan dia sukar tidur dan asyik menangis.
“Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby. Kau sihir, ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-nangis sampai tidur dia tak normal, kau sihirkan, sampai dah besar, sikit pun kau masih sanggup lagi hantar sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital.”
Sistem urat saraf rosak!
Angkara sihir yang dihantar oleh individu tersebut, anak saudaranya menanggung sakit yang menyebabkan sistem urat saraf dalaman Hamzah rosak.
“Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah. Apa ucuk aku buat pasal kau!
Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia macam ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku, kau asyik hantar sihir. Budak ni sihat sahaja, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku.”
Bertambah sedih dan kasihan apabila dia melihat sendiri bagaimana perbuatan syirik tersebut membuatkan anak saudaranya seperti nyawa-nyaa ikan sehingga mulut berbuih.
“Ni aku dah tak boleh tahan dengan kau, kau sanggup buat pada budak memang kau tak ada telor! Sampai dah nak nyawa-nyawa ikan kau buat pada Hamzah, mulut berbuih.
Budak bukan lawan kau! Mari sini kau, berlawan dengan aku! Apa kau nak sebenarnya ya penyihir! Allah bersamaku, kau bermain dengan syaitan.”
Sebagai seorang pakcik, sudah tentu hatinya sakit apabila melihat sendiri penderitaan yang ditanggung oleh anak saudaranya itu. Mohd Azmier tetap mahu berikhtiar untuk membantu Hamzah kembali sihat dan pulih dari sihir.
“Sabar ya sayang, ayahjang akan usaha sihatkan ucuk untuk ucuk sihat boleh menulis dan melukis memegang macam orang biasa. Orang yang sihir anak ayahjang ini akan terima balasan Allah.”
Didoakan semoga Dayah dan keluarga terus kuat untuk melalui ujian ini. Tiada lain yang yang menjadi harapan melainkan untuk melihat Hamzah kembali pulih seperti sedia kala.
Berselisih pendapat dalam perkahwinan adalah normal. Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka kerana masalah-masalah yang melanda. Pun begitu, sangat penting untuk suami isteri saling bermaafan dan melupakan perkara itu supaya rumah tangga kekal harmoni. Sebagai manusia biasa, mungkin ada perbuatan atau perkataan yang keluar dari mulut kita, mengguris perasaan orang tersayang.
Untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan, ada dua elemen penting yang harus dibuat bersama. Pertama, solat berjemaah. Kedua, saling bermaafan. Sebaiknya, tidurlah dalam keadaan anda dan pasangan saling menyayangi dan tidak bergaduh. Mengapa solat berjemaah itu penting?
Saat usai solat, isteri akan bersalam dengan suami dan mencium tangannya. Itu adalah satu simbol bagi mengingatkan si isteri bahawa suami adalah ketua dan perlu dihormati.
Sebelum tidur, bermaafan sesama sendiri. Dengan cara ini, Allah SWT akan memberi ketenangan kepada kita sekaligus melindungi rumah tangga dari sebarang anasir jahat.
1. Setiap hari kita akan sedar kesilapan yang kita lakukan. Mungkin salah itu tidaklah besar dan kita pun tak sedar telah berbuat silap. Jadi dengan tabiat bermaafan sebelum tidur, pasangan akan reda dan kita tiada lagi ‘hutang’ maaf terhadap si dia.
2. Apabila saling bermaafan, kita akan sedar yang pasangan selalu peka dengan perlakuan atau perkataan yang dibuat. Jadi tidaklah kita mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan kerana sudah tahu, pasangan kita tidak suka dengannya.
3. Hati lebih tenang jika kita tidur dalam keadaan sudah mohon maaf dan juga memaafkan orang lain. Ia adalah sifat yang mulia dan sangat diredai oleh Allah SWT. Tidur dalam dendam akan membuatkan kita menjadi manusia yang negatif.
Sekiranya anda sedang bertelagah dengan pasangan. Dalam hati terasa amarah yang teruk, jangan lupa untuk terus beristighfar dan bolehlah baca doa ini.
Sebenarnya, kepentingan bermaafan ini sangat banyak. Kesimpulannya, katakan jika pasangan kita ‘pergi’ ketika dalam tidur (minta dijauhkan), sekurang-kurangnya kita sudah pun bermaafan dengan satu sama lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!