Bekerja Atau Suri Rumah, Semua Isteri Tetap Hebat. Suami, Hargailah!

Share

Setiap ibu sangat mementingkan keluarganya. Jika perlu keluar bekerja, pasti setiap keperluan suami dan anak-anak akan disediakan terlebih dahulu. Biar sepenat mana pun, tetap akan dibuat.

Melalui perkongsian di laman Instagram Ozlynn, dia berkongsi rasa kagumnya terhadap

semua ibu baik yang bekerjaya mahupun suri rumah. Setiap ibu mempunyai kehebatannya tersendiri dalam mengendalikan rumah tangga. Bahkan kata selebriti ini lagi, lebih baik jika suami juga turut membantu meringankan tugasan isteri.

Artikel Menarik: [Buat Cabaran ‘I Love You’, Suami Isteri Berebut Rasa Cinta]

Tidur Lambat Macam Mana Pun, Tetap Bangun Awal Masak Untuk Keluarga

Kesayangan.. forever baby busyuk masham mama.. baik dari yg tua smp lah yg kecik.. mama keje arini.. so jaga diri memasing bila balik sekolah nanti.. mama masak labu masak lemak pucuk manis, sambal sardin dgn bawal goreng garing.. kalau kata mama x sayang korg x tau la nak kata apa.. walaupon tdo lambat ttp pukul 5am mata celik standby masak breakfast chicken sandwich dengan mee goreng daging… ok siap 5 menu besar.. standby mata rabak kat set pulak🤣.. buat ibu2 kat luar sana x kisah la korang masak ke x masak ke.. korang keje ke atau surirumahtangga ke.. tetap aku respect.. kita bukan saja penat badan malah penat otak setiap hari memikirkan jadual harian.. harap suami2 di luar sana menghargai isteri korg.. kadang korg tlg basuh pinggan pun boleh buat isteri happy.. apatah lagi kemas katil, basuh baju, lipat baju, sapu umah, mop umah, masak breakfast, lunch, mandi anak, gosok baju, kemas umah, ptg bawang.. ah tlg sume la lg bagus bila korg cuti👅👻😛🙈.. buat suami aku… Papa.. nak main game siapkan sume keje umah dulu ok.. love you😘👻❤️

Artikel Menarik: [Suami isteri Sama-Sama Angau, Macam Zaman Bercinta. Amalkan Doa Ini]

Sebenarnya seorang isteri dan ibu tidak pernah berkira untuk menyediakan segala makan dan pakai untuk keluarganya. Tetapi benarlah jika mendapat bantuan dari insan tersayang pasti lebih membahagiakan.

Published by
Emy H