Alasan sibuk bekerja bukanlah satu alasan yang kukuh untuk tidak menyediakan makanan buat bayi anda. Jika bijak merancang masa dan tahu tip mudahnya, ibu dapat sediakan makanan berkhasiat buat bayi anda. Bukan itu sahaja, malah bila sediakan sendiri makanan di rumahm, dapatkan kita tahu apa jenis alahan yang bayi kita alami. Kalau tak cuba memang tak tahu.

Tip yang dikongsikan oleh Nurul Syahidah Ramli ini boleh ibu jadikan panduan untuk sediakan makanan sihat buat bayi anda. Malah resipi yang dikongsikannya melalui kompilasi resipinya memang awesome!

Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi, Kalau Nak Semua Boleh, Ibu Ni Dah Buktikan!

Kita ibu wonder woman bekerjaya & surirumah memang sentiasa sibuk kalah gaya sotong kan (?) tapi nak juga anak dapat makan makanan sihat. Nak masak sendiri, tak sempat berkejar masa. Kadang-kadang tertidur penat tak sempat nak prep meal malam tadi. Nak bagi instant food, hailah! rasa kesian anak, mahal pun iya juga.

Sebenarnya, mudah sangat.
1. Sediakan jadual menu makanan anak. PENTING supaya tak buang masa termenung fikir nak masak apa. Gunakan google.
2. Meal prep buat hujung minggu agihkan ikut sukatan untuk seminggu terus.
3. Potong sayur-mayur, ayam daging ikan simpan dalam plastic bag ziplock/bekas. [Note: bawang putih, bawang merah tak digalakkan untuk potong awal-awal ya]
4. Gunakan rice powder buat sendiri.

Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi, Kalau Nak Semua Boleh, Ibu Ni Dah Buktikan!

Seronok bila dapat masak-masak, sediakan makanan anak sendiri. Ibu boleh kawal pemakanan anak, tambah perasa semulajadi dan elakkan bahan-bahan yang tak sepatutnya. (Oh ya! Boleh detect alahan anak juga kan?) 

P/s: Boleh rujuk gambar untuk info perasa semulajadi pengganti garam gula dan letak dalam makanan baby.

Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi, Kalau Nak Semua Boleh, Ibu Ni Dah Buktikan!

Ads

Harini ajar semula finger food untuk Zaid. Harini jugak la kena buat spring cleaning rumah sebab seminggu balik kampung huhu. Supermom, share tips uruskan rumah please. Haha

Btw, Zaid dah lupaa macam mana nak suap makanan ke mulut ? asyik membaling makanan aje. Ada ke yang sepesen Zaid? Kalau anak pandai makan sendiri senang sikit kan?

Terus pagi ni ummi buatkan banana pancake untuk Zaid. Dua tiga kali ajar, okay lah dia macam dah ingat dia pernah makan suap sendiri ?. Finger food ni sebenarnya boleh bantu kembangkan kemahiran motor halus, improve genggaman pincer dan koordinasi anak-anak. Biar dia explore texture makanan. Comot bersepah pun takpe lah, biar anak rasa pengalaman.

Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi, Kalau Nak Semua Boleh, Ibu Ni Dah Buktikan!

Bila patut ibu perkenalkan finger food kepada anak?

Ads

Bayi biasanya akan mula sedia nak suap makanan sendiri masa umur 8 ke 9 bulan. Perasan tak anak dah mula nak ambil sudu dan nak capai makanan dalam pinggan? Ibu jangan sekat. Caranya:

1. Letakkan beberapa ketul finger food atas tray baby chair atau dalam mangkuk makanan.
2. Perhatikan amount makanan yang masuk dalam mulut anak. Jangan gelabah ayam ye mommy hihi.
3. Untuk permulaan, memang anak tak reti, semua makanan nak sumbat tapi ibu kena perhatikan untuk elak choking. Walaupun belum ada gigi, tapi gusi baby kuat tau!

Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi, Kalau Nak Semua Boleh, Ibu Ni Dah Buktikan! Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi, Kalau Nak Semua Boleh, Ibu Ni Dah Buktikan!

Senarai finger food:
1. Sayuran
Rebus broccoli, kentang, sweet potato, carrot dll. Potong dalam bentuk jejari.

Ads

2. Buah
Buah yang lembut dan masak. Mangga manis, pisang, epal merah yang direbus dll.

3. Roti
Potong bentuk jejari dan bakar.

4. Biskut
Homemade (google resepi) atau boleh beli biskut yang tiada garam, gula dan pengawet. Dah ramai yang jual.

Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi, Kalau Nak Semua Boleh, Ibu Ni Dah Buktikan!

All the best, mommies! 

Bukan hanya tip malah ibu hebat ini turut berkongsi beberapa resipi di facebooknya. Memang awesome!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI