Bila bayi dah menjangkau usia 6 bulan jadual rutin ibu pun berubah. Penyediaan bubur untuk bayi dah jadi keutamaan.

Jadi menu utama sebelum anak boleh makan makanan orang dewasa mestilah dengan menyediakan bubur nasi. Kalau ibu yang bergelar suri rumah bolehlah masak bubur bila hampir waktu makan anak tapi bagi ibu bekerjaya, penyediaan kenalah awal pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh atau taska.

Kalau terlajak sikit bangun pagi, alamaknya tak sempatlah nak masak bubur nasi untuk anak. Nak tak nak terpaksalah bekalkan anak dengan bijirin segera walaupun niat awalnya nak anak rasa air tangan ibu.

Idea bernas yang dikongsikan ini sangat membantu ibu-ibu anak kecil dalam penyediaan bubur nasi dengan cepat. Hanya memerlukan masa 7 minit bubur anak dah boleh siap.

Cara penyediaan bubur nasi 7 minit

Langkah 1

Basuh beras hingga bersih dan tak perlu tos.

Langkah 2

Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari).

Langkah 3

Bila nak masak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Kalau nak tambah ayam dan sayur, letak masa ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat.

Langkah 4

Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk buat kerja lain kalau tak mahu bubur hangit.

Langkah 5

Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tak banyak, penyediaan bubur akan mengambil masa kurang dari 15 minit.

Langkah 6

Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.

Sumber: FB Nor Sakinah Md Zainal

 

 

Tinggalkan Komen