Bela kucing tapi bakal dapat baby, bahaya tak? Persoalan ini sering bermain di fikiran ibu ayah yang sedang menantikan kehadiran si kecil, terutama apabila rumah turut dihuni oleh si bulus kesayangan.
Ada yang risau tentang kebersihan, jangkitan penyakit dan keselamatan bayi. Namun, menurut pakar pediatrik Dr Nisa Khalil, ibu ayah tidak perlu terlalu bimbang asalkan tahu cara penjagaan yang betul dan menjaga kebersihan, anak dan kucing sebenarnya boleh membesar bersama dengan sihat dan gembira.
Kucing Bukan Musuh, Tapi Peneman Anak Membesar
Bagi pencinta haiwan, kucing bukan sekadar haiwan peliharaan — tetapi sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Namun, sesetengah ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata memilih untuk menyerahkan kucing kepada orang lain kerana bimbang membahayakan bayi. Hakikatnya, tindakan ini tidak perlu jika rumah dijaga dengan baik. Malah, kehadiran si bulus sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada tumbesaran anak kecil.
1. Sistem Imun Lebih Kuat
Menurut Dr Nisa Khalil, pelbagai kajian menunjukkan bahawa bayi yang membesar dengan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing mempunyai risiko alergi dan asma yang lebih rendah. Satu kajian di Jepun mendapati, kehadiran si bulus di rumah mampu mengurangkan alahan terhadap makanan seperti telur, gandum dan kacang. Ini kerana pendedahan awal kepada bakteria semula jadi membantu memperkukuh sistem imun bayi.
Ads
2. Kurang Risiko Jangkitan
Satu kajian di Finland menunjukkan bahawa bayi yang membesar bersama haiwan peliharaan mempunyai 44% kurang risiko jangkitan telinga dan 29% kurang keperluan antibiotik. Ini membuktikan bahawa kehadiran haiwan peliharaan seperti kucing sebenarnya membantu menguatkan daya tahan tubuh si kecil terhadap pelbagai penyakit berjangkit.
3. Sokongan Emosi & Ketenangan
Selain kesihatan fizikal, haiwan peliharaan juga memberi kesan positif terhadap kesejahteraan emosi anak. Kajian dari Children’s Hospital Colorado mendapati, mengusap atau bermain dengan kucing boleh mengurangkan stres dan kegelisahan, serta menstabilkan kadar degupan jantung. Anak yang membesar dengan haiwan peliharaan juga lebih ceria dan tenang kerana meningkatnya hormon serotonin yang membuatkan mereka rasa gembira.
4. Bantu Kemahiran Sosial & Bahasa
Pernah tengok anak kecil ‘bersembang’ dengan kucing? Jangan anggap pelik! Kajian mendapati anak yang biasa berinteraksi dengan haiwan peliharaan menunjukkan kemahiran sosial dan komunikasi yang lebih baik. Mereka lebih mudah berkongsi, bekerjasama dan berempati. Malah, menurut Dr Nisa Khalil, bagi sesetengah anak kecil, arahan kepada kucing boleh jadi antara ayat pertama mereka!
Ads
5. Asah Tanggungjawab & Kemahiran Motor
Membesar dengan kucing juga mengajar anak tentang tanggungjawab dan kasih sayang. Aktiviti mudah seperti memberi makan atau menyikat bulu bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membantu perkembangan kemahiran motor halus mereka. Dari kecil lagi, anak belajar menghargai makhluk hidup dan berlembut dengan haiwan.
Kebersihan Adalah Kunci Utama
Walaupun banyak manfaatnya, Dr Nisa Khalil tetap menegaskan bahawa kebersihan perlu menjadi keutamaan:
Ads
✅ Basuh tangan anak selepas bermain dengan kucing.
✅ Pastikan kucing menerima vaksin dan ubat cacing secara berkala.
✅ Elakkan ibu hamil atau bayi daripada terdedah kepada najis kucing, kerana ia boleh mengandungi parasit Toxoplasma gondii yang menyebabkan toxoplasmosis — jangkitan yang berisiko kepada kandungan dan bayi kecil.
Parasit ini boleh merebak melalui najis kucing, tanah, sayur-sayuran yang tidak dicuci bersih atau daging mentah. Sebab itu, kebersihan rumah dan pemakanan keluarga sangat penting, terutama bila ada si bulus dan si kecil di bawah satu bumbung.
Kesimpulan: Bela Kucing Dan Dapat Baby, Tak Bahaya Jika Tahu Cara Betul
Jadi mama dan papa, tak perlu lepaskan kucing kesayangan hanya kerana bakal menyambut bayi. Dengan penjagaan rapi, vaksin lengkap dan amalan kebersihan yang betul, anak boleh membesar dengan si bulus dalam suasana penuh kasih sayang dan selamat.
Kucing bukan ancaman, malah boleh jadi sahabat baik pertama buat si kecil — teman bermain, peneman tidur dan pengajar nilai kasih sayang yang tiada ganti. 🐱💖
Suami isteri baru selesai sesi forografi hari raya meninggal dunia kemalangan. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.
Suami Isteri Baru Selesai Sesi Fotografi Hari Raya Meninggal Dunia Kemalangan
Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, dikatakan baru pulang dari sesi fotografi di Parit Panjang, Baling, dan sedang dalam perjalanan ke kediaman mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima ketika insiden berlaku.
Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, memaklumkan bahawa pasangan tersebut hadir ke studionya sekitar jam 11 pagi dan sesi fotografi berlangsung selama lebih kurang setengah jam.
Gambar kenangan pasangan suami isteri yang baru dirakam sebelum kejadian.
Menurutnya, pasangan itu kelihatan sangat ceria dan gembira sepanjang sesi bergambar berlangsung.
“MEREKA NAMPAK TERUJA KERANA DAPAT GAMBAR RAYA YANG SIAP DICETAK HARI ITU JUGA. SAYA TURUT MENGHANTAR SALINAN GAMBAR KE TELEFON BIMBIT MEREKA YANG MENGGUNAKAN JENAMA IPHONE. SEMASA BERGAMBAR, MEREKA BANYAK KETAWA DAN SANGAT RIANG.
“Beberapa ketika kemudian, saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mereka telah terkorban dalam kemalangan,” katanya.
Tambah Suhaimi, beliau pernah menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan pasangan tersebut pada Jun tahun lalu.
Katanya lagi, arwah berdua merupakan insan yang sangat baik dan kelihatan sangat bahagia.
“Saya tidak menyangka bahawa sesi kali ini merupakan kenangan terakhir mereka yang sempat saya abadikan,” ujarnya.
Keadaan kereta pasangan suami isteri yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Difahamkan, kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 4.16 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang suami sanggup berbelanja ribuan ringgit demi membalas jasa dan pengorbanan isteri yang telah melahirkan serta membesarkan anak-anak. Kisah menyentuh hati ini dikongsi oleh Mod Yazid Ismail di Facebook apabila beliau mendedahkan kos rawatan gigi isterinya mencecah RM26,000.
Menurut Yazid, isterinya, Widyana Ali, mengalami kerosakan gigi selepas hamil dan melahirkan tujuh orang anak. Sepanjang tempoh itu, Widyana banyak berkorban mengandung dan menyusukan anak-anak dengan susu badan sepenuhnya. Namun, pengorbanan tersebut meninggalkan kesan pada kesihatan dirinya.
“Isteri saya banyak berkorban untuk anak-anak. Tapi akibatnya, kalsium banyak disalurkan ke anak sehingga gusinya bermasalah, giginya rapuh dan beberapa batang gigi geraham terpaksa dicabut,” jelas Yazid.
Bagi Yazid, geraham adalah bahagian penting dalam proses pencernaan. Jika tidak dijaga, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan lain. Atas sebab itu, beliau nekad membawa isterinya mendapatkan rawatan implant gigi di klinik swasta meskipun kosnya sangat tinggi.
“Saya buat banyak research sebelum buat keputusan. Memang kosnya mahal, RM26,000 hanya untuk dua batang gigi. Tapi demi kebaikan dia, saya sanggup. Di hospital kerajaan lebih murah, tapi kena tunggu lama,” katanya.
Yazid menambah, kesihatan isteri adalah tanggungjawab seorang suami. Beliau yakin rezeki yang dibelanjakan demi keluarga pasti diganti Allah SWT dengan keberkatan.
“Bagi saya, tiada harga yang boleh dibandingkan dengan kesihatan dan senyuman seorang isteri. Dia telah berkorban tubuh badannya untuk anak-anak, jadi sudah jadi tanggungjawab saya untuk buat apa yang perlu. Setiap sen yang dikeluarkan, insyaAllah Allah akan ganti dengan keberkatan.”
Menurut Yazid lagi, proses implan gigi isterinya masih belum selesai dan akan diteruskan pada bulan Oktober nanti.
Kisah ini bukan sahaja mengingatkan kita tentang pengorbanan seorang ibu, malah membuka mata betapa pentingnya sokongan seorang suami dalam menjaga kesihatan isteri selepas melalui pelbagai fasa kehamilan dan penyusuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jarang-jarang berkongsi tentang kisah anak daranya di laman sosialnya, kemunculan puteri tunggal kesayangan penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi mencuri perhatian ramai.
Siapa sangka puteri tunggal Mawi dan pelakon Ekin, Cahaya Malaika sudah meningkat remaja dan kini sudah pun berusia 12 tahun.
Menerusi satu video yang dimuat naik Mawi Bersama Cahaya, anak kecil itu kini sudah pandai merias wajah dan menjaga penampilan diri.
“Dah pandai berbedak,” tulis Mawi menerusi kapsyennya.
Cahaya yang ketika itu sedang memakai bedak kompak kelihatan tersipu malu apabila menyedari dirinya dirakam bapanya.
Wajah ayunya yang semakin membesar dilihat cukup cantik sempurna, mewarisi kecantikan daripada kedua-dua ibu dan bapanya.
Malah penampilan sopan, berhijab serta tutur katanya yang sopan tambah sejuk mata yang memandang.
Biarpun berstatus anak selebriti namun penampilan gadis kecil molek ini sederhana. Tak hairanlah dipuji ramai.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji penampilan Cahaya yang saling tak tumpah seperti bapanya. Iras wajahnya cukup ayu dan cantik.
Tidak lagi berharap anak kedua
Baru-baru ini, kepada portal berita Mawi dan Ekin berkongsi bahawa masing-masing tidak lagi berharap kehadiran cahaya mata baharu atas faktor usia.
“Kami dah pasrah dan reda. Lagipun, Cahaya tidak mahu adik lagi.
“Dia okay sebab kembar saya Ain ada dua anak yang hampir sebaya dengannya. Jadi, hidup dia tidak sunyi,” katanya.
Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum kelahiran Cahaya.
Terdahulu Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2008. Pasangan ini menyambut kelahiran Cahaya Malaika pada Februari 2012.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.