Belajar pelbagai bahasa sebenarnya dapat  meningkatkan kepekaan/IQ dan meningkatkan tumpuan atau fokus kanak-kanak. Ada Ibu bapa yang mengelak daripada menggunakan banyak bahasa kerana risau akan mengelirukan anak-anak mereka sekiranya menggunakan banyak bahasa  serentak.

Menurut Prof. Ellen Bialystok, Pengerusi Kajian Lifespan Cognitive Development di University Toronto, Sebenarnya multi lingual akan menguatkan sistem perhatian/fokus di hadapan otak, kerana kita akan sentiasa memilih dari banyak bahasa yang ada sekaligus akan meningkatkan kekuatan fokus. Kekuatan ini amat penting untuk IQ anak-anak.

Faktor penting ialah apabila kanak-kanak bercakap dalam banyak bahasa, Bahasa-bahasa yang mereka ada akan aktif.

Mereka juga jarang membuat kesilapan dalam memilih perkataan. Ini kerana bahagian depan otak akan menumpukan perhatian pada mana-mana bahasa yang diperlukan dalam masa tertentu.

Membantu Konsentrasi/Fokus Kanak-kanak

Latihan sistem perhatian ini akan memberikan kelebihan yang besar kepada kanak-kanak multi lingual. Semua maklumat yang mereka dapat akan di tapis terlebih dahulu melalui bahagian depan otak. Mereka perlu menapis maklumat untuk menumpukan perhatian kepada sistem deria dan kognitif yang perlu dipertimbangkan pada masa-masa tertentu. Dalam erti kata lain, mereka perlu memilih maklumat yang diperlukan untuk tugas-tugas yang sedang dilakukan.

Kepentingan Fokus Kepada Kanak-kanak

Sistem perhatian sangat penting sebagai contoh, apabila kanak-kanak belajar pendaraban dan pembahagian, ia membantu mereka memberi tumpuan kepada bilangan bulat dan belajar pelbagai operasi, dan bukannya terganggu oleh sesuatu yang berlaku di dalam bilik darjah. Jadi kanak-kanak multi lingual akan lebih focus dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka berbanding kanak-kanak biasa.

Membina keupayaan untuk menumpukan perhatian atau fokus amat penting bagi perkembangan kanak-kanak dalam lima tahun pertama kehidupan. Mereka memerlukan keupayaan untuk memberi tumpuan kepada elemen-elemen penting.

Kelebihan Multi Lingual Kepada Kanak-kanak

Kenapa perlu ajar anak banyak bahasa ketika dia masih kecil? Seolah-olah belajar banyak bahasa akan membebankan mereka ketika usia ini. Sebenarnya, ketika usia mereka masih kecil lagi mereka patut diperkenalkan bahasa-bahasa lain kerana usia ini mudah untuk menerima maklumat secara bersahaja. Mereka boleh belajar bahasa lain secara mudah berbanding orang dewasa.

Kelebihan lain ialah;

  • Anak multi lingual akan mudah belajar bahasa lain kerana sudah ada pengalaman dalam mempelajari dan menyesuaikan diri dengan bahasa sebelumnya.
  • Mempunyai kelebihan untuk focus dalam sesuatu perkara berbanding kanak-kanak lain
  • Multi-tasking, mampu melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa dan lebih kreatif
  • Daya ingatan yang kuat. Anak Multi lingual melatih otak mereka untuk mengingati pelbagai Bahasa, jadi sekaligus daya ingatan mereka lebih lama berbanding kanak-kanak biasa.

NOVAMIL 1+

Novamil 1+ adalah susu formula untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun yang diimport sepenuhnya dari Kesatuan Eropah. Novamil 1+ mengandungi nutrien yang seimbang seperti asid lemak penting Omega-3 dan Omega-6 dari tumbuhan asal untuk perkembangan mental dan visual serta 26 vitamin dan mineral untuk menyokong pertumbuhan fizikal anak kecil. Mempunyai rasa vanila yang lazat, tanpa sukrosa untuk mengelakkan masalah gigi dan obesiti. 3 gelas Novamil 1+ melengkapi makanan harian anak anda. – Sihat & Ceria.

NOVAMIL DHA

Novamil DHA adalah susu formula untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun yang diimport sepenuhnya dari Kesatuan Eropah. Diformulasi oleh sekumpulan ahli farmasi, ahli pediatrik, ahli diet dan pakar pemakanan, Novamil DHA mengandungi nutrien yang seimbang dengan DHA dari minyak ikan, GOS Prebiotics dan 5 Nukleotida, tanpa sukrosa dan dengan rasa vanila yang lazat. Pengambilan 3 gelas Novamil DHA dapat melengkapkan makanan harian anak anda.

NOVAMIL IT

Novamil IT adalah susu formula untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun yang diimport sepenuhnya dari Kesatuan Eropah. Dirumuskan oleh sekumpulan ahli farmasi, pakar kanak-kanak, ahli diet dan pakar pemakanan, Novamil IT membantu mengawal najis dan pergerakan usus pada kanak-kanak yang semakin membesar selain memberi mereka nutrien seimbang seperti asid lemak penting dan 26 vitamin serta mineral untuk mental dan fizikal bagi perkembangan sihat. Dengan rasa susu semula jadi tanpa ditambah sukrosa, pengambilan 3 gelas Novamil IT setiap hari dapat melengkapkan makanan harian anak anda

Untuk maklumat lanjut, layari https://novamil.com.my/

Nak tahu lebih lanjut, tonton rancangan Pa&Ma Selasa ini, jam 12 tengah hari dan ulangannya jam 9 malam yang membincangkan tentang Si Cilik Multi Lingual dibawakan oleh Novamil di Astro Prima & Astro Maya HD

Tinggalkan Komen