Apa yang kita tanam, itulah yang anak akan tuai! Kelembutan kasih sayang tidak bermaksud tidak boleh memarahi. Kita sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi, mendisiplin dan menghukum anak-anak dengan kelembutan kasih sayang.
Ini adalah skil yang sangat perlu ibu bapa hari ini kuasai. Kerana skil ini tidak begitu dipamerkan oleh ramai ibu bapa zaman dahulu. Ini bukan disengajakan tetapi kebanyakan mereka kurang memahami kesan kekerasan cara.
Tanpa kita sedar dan tanpa mereka mahukan, ianya meninggal kesan kepada hati. Inilah diantara sebab mengapa ramai orang kurang bertimbang rasa hari ini. Ini amat ternyata di laman sosial ini. Contohnya, bila sesuatu perkara yang diviralkan, banyak keji, maki dan kata-kata tidak senonoh di lemparkan. Ini menunjukkan situasi hati dan perasaan mereka yang membuat komen itu.
Ads
“Penulisan Ibu ini BUKAN mahu menyalahkan ibu bapa dahulu yang sangat kita kasihi dan hormati. Ia adalah untuk kita boleh mempelajari dari kesilapan mereka dan membetulkannya di dalam keibubapaan kita supaya mereka juga mendapat hasanahnya.
Ads
Ibu bapa kita sentiasa mahu kita menjadi lebih hebat daripada mereka. Termasuklah di dalam perihal mendidik anak-anak.”
Sesuatu yang perlu ingat kita hanya dapat memberi apa yang kita ada. Bila ada kasih sayang dan timbang rasa, maka itulah yang terpamer di dalam kelakuan kita. Bila hati penuh dengan sakit, marah dan geram, maka ianya akan terpercik kuat atau sikit di dalam perlakuan kita. Apatah lagi di laman sosial, tidak ada siapa pun yang tahu dan kenal, maka mudahlah kata-kata kurang senonoh itu diizinkan keluar tanpa kawalan.
Bila Ibu membaca komen-komen begitu, hati Ibu penuh kasihan terhadap mereka. Terdetik di hati, apakah yang menyebabkan hati mereka itu penuh dengan perkara tidak elok begitu. Apakah yang telah mereka lalui semasa kecil dan besar terutama semasa mereka membesar. Kerana ia memberi kesan jangka panjang yang membentuk akhlak.
Ads
Jika kita membiarkan perkara begini berterusan, kita akan suatu masa mempunyai dunia yang penuh dengan keganasan perbuatan dan percakapan.
Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.
Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stres keluarga.
Anak-anak perlu dilatih untuk tidur awal setiap hari supaya mereka mendapat rehat yang berkualiti. Jika kurang tidur, anak mudah letih dan mereka cenderung untuk buat perangai pada hari esoknya.
Ibu bapa akan berasa stres jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini juga mengganggu waktu tidur ibu bapa.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti. Tiada salah untuk ibu bapa mencuba apa-apa kaedah untuk membiasakan anak tidur awal.
Tapi ingat, mengajar anak untuk tidur awal bukanlah dengan kekerasan seperti dimarahi atau ditakutkan dengan rotan!
Buat Jadual Untuk Dipatuhi
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda.
Jangan Ikut Permintaan Anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur.
Perlu Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda.
4. Pujilah anak
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur.
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pilih buku yang menggembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
Tutup televisyen
Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Apabila tiba masa, pastikan TV ditutup supaya anak tahu bahawa sudah tiba waktu tidur.
Bakal menerima kehadiran orang baru tak lama lagi, nampaknya Ummi Nazeera dah tak sabar. Terbaru melalui postingnya di Instagram dia ada memuat naik gambar lamanya bersama ibu dan abang.
Dalam kapsyen tersebut, Ummi ada menulis ibunya bertanya beramai anak yang dia mahukan.?
“Jawapannya amat mudah iaitu mungkin dua sahaja. Bagaimanapun, ibunya menjelaskan dua anak sikit sangat.
“Dalam nada bergurau Ummi menjelaskan dia mahu ikut jejak langkah ibunya.
Ummi juga turut bertanya kepada peminatnya berapa ramai anak yang mereka rancang? Mungkin kita mampu merancang tapi jika Allah nak bagi lebih, itu dikira rezeki.
Soalan Ummi itu berjaya menarik perhatian peminatnya dengan masing-masing beri pendapat.
“Kualiti lebih penting daripada kuantiti. Bukan sekadar nak ramaikan umat Nabi Muhammad, tapi nak lahirkan khalifah Allah di bumi tapi tak dinafikan, anak sikit ni nanti sunyi.”
“Me already 2 kids Ummi. Time flies. InsyaaAllah ada rezeki nak tambah lagi walaupun kadang-kadang jadi singa.. Haha”
Apa-apa pun semoga Ummi Nazeera selamat melahirkan cahaya matanya yang dijangka bulan hadapan. Bukan Ummi sahaja yang teruja, suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari juga tak sabar menantikan orang baru dalam keluarga mereka.
Sumber: Ummi Nazeera
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila ada anak yang ‘perfectionist’ ibu bapa perlu bersedia untuk memberi perhatian dan tumpuan yang lebih kepada mereka. Dalam masa yang sama ibu bapa juga tidak perlu menekan anak dengan jangkaan dan harapan yang tidak realistik kerana bimbang anak tertekan hingga membawa kemurungan.
Elakkan daripada membanding-bandingkan anak dengan anak orang lain. Setiap anak mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan perbandingan itu membuatkan anak tertekan hingga membawa kemurungan.
Bagaimanapun kita juga perlu tahu, di dalam sesetengah keluarga walaupun ibu bapa tidak menekan, walaupun ibu bapa tidak membanding-bandingkan, tetapi sifat anak itu sendiri sangat kompetitif dan terlampau inginkan kesempurnaan dalam apa juga yang diusahakannya.
Anak ‘Perfectionist’ Ibu Bapa Perlu Beri Perhatian & Tumpuan Supaya Anak Lebih Tenang
Dan di antara anak-anak yang ‘perfectionist’ sebegini, ada yang tenang dalam pergelutan mencapai kesempurnaan yang diimpikan dan ada juga yang terbeban dengan jangkaan dan harapan yang menggunung tinggi ke atas diri sendiri.
Jika anda memiliki anak yang sebegini ataupun anda mempunyai pelajar yang sebegini, anda tentu faham apa yang cuba saya sampaikan.
“Saya tidak pernah paksa anak saya Puan,” keluh seorang Ibu.
“Tetapi dia sangat berharap agar terpilih menyertai pasukan bola sepak tu. Dia memang usaha sungguh-sungguh untuk mendapat tempat. Saya kesiankan dia sebab adik dia berjaya dan dia tidak berjaya.”
“Saya tak bandingkan dia dengan adik dia pun Puan. Cuma saya rasa dia sangat kompetitif ingin bersaing dengan adik dia.”
Saya faham keluhan ibu ini. Saya faham kerisauannya.
“Anak saya ni Puan, saya cakap dah OK dah hasil lukisan dia. Dia tetap rasa dia buat tak cantik. Sampai menangis-nangis tak puas hati.”, cerita seorang Ibu yang lain pula.
“Kadang-kadang dia tak puas hati, padam sampai koyak kertas. Kemudian dia menangis sebab kertas tu koyak pulak.” Sambung si Ibu lagi.
Anak yang ‘perfectionist’ berbeza dengan anak yang menetapkan standard yang tinggi ke atas dirinya sendiri.
Anak yang menetapkan standard tinggi berusaha dengan lebih tenang. Lebih mudah menghadapi kekecewaan dan kegagalan. Lebih cepat terima dan bangkit.
Anak yang ‘perfectionist’:
*Mempunyai harapan dan jangkauan yang terlampau tinggi ke atas diri sendiri. *Merasa tidak cukup dan belum sempurna walaupun di mata orang lain dia sangat hebat. *Sangat sensitif kepada sebarang maklumbalas atau pendapat yang diberikan kepadanya. *Cenderung untuk menilai diri (self critical), dan sentiasa berhati-hati (self conscious). *Merasa gusar yang berpanjangan apabila melakukan kesilapan. *Sangat terkesan dengan emosi negatif yang dirasainya.
Anak yang ‘gifted’ dan sering mencapai kejayaan yang cemerlang dalam sesuatu bidang mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menjadi seorang ‘perfectionist’.
Menurut Dr Gordon Flett, Pengarah La Marsh Centre for Child and Youth di University of York, ‘perfectionism’ ataupun sifat inginkan kesempurnaan adalah sesuatu yang lumrah dan boleh diwarisi. Bagaimanapun faktor genetik bukanlah sebab sepenuhnya ia berlaku.
Tekanan di kalangan ahli keluarga boleh menyumbang ke arah perfectionism. Faktor persekitaran juga boleh menyulitkan lagi. Berada di kalangan rakan-rakan yang kompetitif dan hebat memberi tekanan kepada anak untuk meletakkan harapan yang tinggi ke atas diri sendiri untuk bersaing.
Media sosial juga boleh menjadi sumber anak menjadi ‘self critical’ dan membandingkan dirinya dengan orang lain.
Bimbingan emosi sangat penting bagi anak-anak ‘perfectionist’ ini kerana mereka sering diselubungi oleh rasa tidak yakin, tidak cukup bagus, kecewa kerana melakukan kesilapan dan kecewa kerana ‘gagal’ pada tafsiran mereka sendiri.
Sebagai ibubapa, perhatian dan tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada anak-anak ini untuk mendengar luahan mereka supaya mereka dapat menjadi lebih tenang. Kadang-kadang apa yang diluahkan tidak masuk akal tetapi teruskan memberi sokongan.
Dekati mereka dengan Bahasa Kasih Sayang (Love Language) mereka. Jikalau kita banyak berkata-kata dari mendengar ia akan hanya mengeruhkan suasana.
Cuba yakinkan anak yang sesiapa sahaja akan melakukan kesilapan. Sesiapa sahaja akan melalui episod kegagalan. Berkongsi dengan anak kisah kesilapan dan kegagalan kita sendiri untuk meyakinkan anak.
Sekiranya kita sudah mencuba sedaya upaya, meletakkan harapan dan jangkaan yang realistik pada anak namun anak tetap bersedih, sukar untuk gembira, murung yang berpanjangan, tetap menghukum dan menyalahkan dirinya sendiri sehigga mengganggu tugasan dan rutin harian, dapatkanlah bantuan pakar yang dapat membantu.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.