Didikan pada anak-anak semuanya bermula dari rumah. Dari awal ibu bapa latih anak-anak untuk menghormati orang, berakhlak baik, sentiasa bersimpati, sikap ini akan terus kekal dalam diri mereka sampai bila-bila.
Begitu juga dalam bab bersedekah, bila anak diajar untuk berkongsi rezeki, mereka akan mempunyai perasaan empati yang tinggi dan lebih memahami ramai lagi insan yang kurang bernasib baik.
Jual koleksi mainan untuk kongsi rezeki dengan anak yatim
Baru-baru ini tular di laman Twitter, seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun menjual koleksi mainan yang dimilikinya di laman rumahnya untuk belanja set Happy Meal untuk gembirakan anak-anak yatim.
Menerusi ciapan oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Adawiyah, dia tidak menyangka bahawa keputusan yang dibuat oleh anak lelakinya untuk menjual koleksi mainan adalah berpunca daripada maskot Mickey Mouse yang dilihat di McDonalds.
Jelasnya, sebaik sahaja anak sulungnya itu melihat maskot tersebut seakan meminta sedekah, kanak-kanak lelaki itu terus memberi idea mahu membantu kawan-kawan yang tidak berkemampuan.
Duit terkumpul beli 35 set Happy Meal untuk anak yatim
Tambah Adawiyah, niat murni anaknya itu tidak terhenti di situ sahaja sebaik membelanjakan 35 set Happy Meal kepada sekumpulan anak-anak yatim.
Tak terhenti setakat itu, Sayf Mecca pada keesokan harinya menyambung semula jualan garaj di hadapan rumah di Pandan Indah, Ampang.
Difahamkan, Sayf Mecca sanggup menjual koleksi hotwheels dan monster truck miliknya dengan harga dari RM 2 sehingga RM5.
Perkongsian daripada ibu kepada kanak-kanak itu telah menarik perhatian warganet dengan mengatakan bahawa adik Sayf Mecca seorang yang berjiwa besar dan mulia dalam membantu golongan yang memerlukan.
Satu keluarga berhati mulia
Selain itu, terdapat seorang pengguna Twitter lain yang mendedahkan bahawa sebelum ini, bapa kepada budak lelaki itu yang dikenali sebagai Amy pernah membuat jualan amal demi membantu orang susah.
Semoga lebih ramai yang berjiwa besar seperti adik ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi di dalam keadaan ekonomi yang ‘sembam’ sekarang ini.
Sumber: Twitter @_weahxx & OMM
BACA [“Nak Berpantang Macam Bonda.” Terpaksa Beli ‘Baby’ Tak Mahu Kakak Kacau Adik]
BACA JUGA [Jika Anak Ada Masalah Fokus & Memori, Telur Antara Menu Wajib Bagi Pada Anak!]
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)