Selalunya tiap kali ada promosi pastinya kita akan terdetik nak beli barangan yang ditawarkan. Sedangkan pada hakikatnya barangan itu tak penting pun. Begitu juga kalau ada ekspo barangan bayi atau apa saja tawaran di platform online, cepat je tergoda.
Kadang barang yang dah dibeli sebelum ini pun belum sempat nak guna lagi dan masih tersusun dalam almari dan kotak. Biasanya kita akan cakap sayanglah nak buka atau nak guna.
Bagi yang suka membeli tetapi sayang nak menggunakannya, perkongsian ini cukup terkesan dan boleh membuka mata kita semua. Berikut perkongsian melalui Fb Tuah ‘ainil Sufi.
JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAI
Kita mencari harta dan kekayaan tidak dilarang dalam agama, mengumpul dan menghimpun kekayaan itu yg dilarang dan tercela.
Peringatan untuk saya, keluarga dan sahabat-sahabat semua juga. Mungkin ada yang tak tahu. Semoga ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Asma Harun sama-sama kita dapat manfaatnya.
Check collection kita, keluarkan pinggan mangkuk yang sekadar kita simpan bertahun-tahun, untuk hiasan, pakaian, tudung-tudung yang penuh dalam almari, koleksi telekung yang kita sayang, kasuk-kasut, periuk belanga, Tupperware yang menggunung tersusun cantik, handbag yang berbagai saiz, langsir-langsir, perabot-perabot yang masih dalam stor sayang nak buang.
Mana yang dah lama kita tak pakai, Jangan di simpan. Keluarkan. Itu ada hisabnya sahabat..Astaghfirullahal’adzim. Sedekahkan ia sahabat..
Perlu ada limit untuk start beli barang baru. Nak beli yang baru, yang lama terus diberikan,
disedekahkan pada yang memerlukan. Jangan simpan lama-lama tak guna. Ataupun boleh jual preloved, duit kutipan boleh sedekahkan kepada badan-badan amal.
Bukan tak boleh membeli, boleh tetapi Jangan Mengumpul Harta. Kerana kita akan berat saat dihisab nanti. Na’uzubillahi min zalik..
Ada suatu Kisah, Ada seorang fakir miskin, Ada seorg kaya memberitahu, kepada sesiapa yang sanggup menjaga kubur ku bila aku mati 30hari 30malam, akan mendapat harta-hartaku.
Seorang yang sangat fakir, menyatakan dia setuju. Sanggup dia gali kubur bersebelahan
kubur si kaya itu. Si fakir ada membuat lubang laluan supaya isterinya boleh menghantar bekalan makanan.
Sepanjang malam, dia ditanya dengan malaikat melalui sebatang tongkat yang satu satunya dia ada. Dia akan membawanya ke mana sahaja. Malaikat bertanya perihal tong kat si fakir itu, Mana dpt tongkat itu, buat apa dengan tongkat tersebut, mana sumber duit beli tongkat itu.
Dan macam-macam pertanyaan hanya pada tongkatnya sahaja. Selepas 30 hari dia dikeluarkan. Ada seorang memberitahu, “kamu dah layak dpt harta arwah si kaya ini.
Kerana kamu berjaya duduk 30hari bersebelahannnya. Dan di fakir itu berkata, “Sesungguhnya Aku tidak mahu sedikit pun harta org kaya tersebut. Sesungguhnya tongkat aku sahaja dihisab begitu lama.
Apatah lagi orang yang banyak harta, tak tahu bagaimana hisabnya di dalam kubur, apatah lagi di Mahsyar.”
Si fakir menolak semua yg sepatutnya menjadi miliknya hanya kerana takut dihisab dari sehalus2 perkara, hingga sebesar-besarnya. Subhanallah, Allahu Akbar.
Jom sahabat, usaha sama-sama untuk beriman dengan nama Allah Ya HASIB, Allah Yang MAHA Menghisab. Hitungannya sangat halus. Cuba kita hitung sendiri.
Di dapur sahaja ada berapa banyak set pinggan kita yang tak berguna.Tupperware kita yang tersimpan rapi, periuk berset3, tudung 30 colour patern lama, masih tak keluar lagi yang lama, dah masuk lagi koleksi baru. Makeup kita berkotak-kotak. Pakaian kita yang beralmari-almari, pakaian dinner yang sekali sahaja guna tapi kita simpan bertahun2..
sayang nak bagi orang.
“Hisab lah diri kamu sebelum kamu dihisab. Barangsiapa menghisab mengira dirinya saat dia di dunia, maka ringanlah Saat dihisab di Akhirat kelak.”
Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab, ampunkanlah kami, kami tak tahu…
Sahabat, Sedekah kita yang bermanfaat adalah ketika kita Hidup. Dan ketika kita sedang sihat. Duit dalam Bank bukan duit kita, Duit yang kita infaq adalah duit kekal kita di sana.
Contoh, kita beri kain batik arwah mak pada orang. ” kita syukur, dpt pahala mak, bila org guna” Tidak… ,bila mak sudah mati harta itu bukan mak punya. Sudah Terputus. Itu tidak dikira sedekah nya.. Allahu Akbar
Yang kita pakai dan kita Sedekahkan itulah yang bermanfaat, yang hanya jadi simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di Hisab. Yang akan Menyusahkan diri kita sendiri..!!!
Baju yg dah tak elok jangan beri..Bagi yg masih elok. Dah keluarkan collection2 lama,
baru boleh plan limit nak beli yg lain. Kerana setiap yg kita simpan tak guna bertahun tahun itu juga akan dihisab setegas tegasnya.
Moga Allah ampunkan kita semua kerana tak tahu dan perbaiki kekurangan lalu.
Kredit: Tuah ‘ainil Sufi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)