Kehamilan

“Beli Baju Warna Selamat” Ayie Floor 88 & Isteri Mahu Kejutan, Tak Mahu Tengok Jantina Bayi!

Share

Selepas mengumumkan kehamilan isterinya pada Disember tahun lalu, vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham mendedahkan dia dan isteri enggan mengetahui jantina anak mereka malah mahu menjadikan ia sebagai kejutan bila tiba saatnya nanti.

Untuk itu kata Ayie, dia dan isteri kita hanya membeli barangan keperluan bayi sedikit demi sedikit tetapi tidak mengkhususkan pada mana-mana jantina.

“Buat masa sekarang jantina belum nampak lagi. Baru-baru ini masa pergi check up pun doktor kata masih samar-samar. Doktor dah nampak tapi masih belum boleh sahkan.

“Saya dan isteri pun sebenarnya tak nak tahu jantina anak saya. Saya nak suprise sampai usia kandungan lapan bulan nanti,” kongsinya lagi.

Tidak mahu membazir, sebaliknya kata Ayie, dia dan isteri hanya membeli keperluan bayi mengikut warna-warna ‘selamat’. Baik lelaki mahupun perempuan, masih boleh dipakai kedua-duanya.

“Saya dah pun beli baju baby tapi beli baju yang agak selamat. Beli baju yang lelaki perempuan boleh pakai. Warna pun lebih kurang.

“Saya inginkan anak lelaki, manakala isteri pula nakkkan anak perempuan. Kami pun selalu berkongsi soal jantina anak ini,” kongsinya lagi.

Isteri tak mengidam pelik-pelik
Malah kata bakal bapa ini lagi, dia juga tidak ada masalah untuk memenuhi permintaan isterinya sepanjang hamil.

“Usia kandungan isteri saya dah masuk empat bulan. Sepanjang tempoh kehamilan ini saya masih lagi boleh atasi mengenai soal mengidam dan emosi isteri.

” Isteri saya tak lah mengidam pelik-pelik macam nak makan sabun dan sebagainya tapi dia suka makan makanan yang masam-masam.

“Pernah juga sekali dia teringin hendak makan kuih raya pada pukul 11 malam. Saya pun tak tahu mana nak cari. Di stesen minyak, saya jumpa tart nenas tapi nanas pula tak boleh makan. Mujur sepupu saya hantarkan malam itu,” ceritanya lagi.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Ayie dan isterinya dan semoga dipermudahkan kelak hingga detik melahirkan.

Terdahulu, Ayie dan isterinya, Tasha Awie mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Menarik: Sweet & Simple, Ezzaty Abdullah Pilih Nama Ringkas Untuk Anak Kedua!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM