Leceh betul bila nak masak ada bahan yang tak cukup. Sebagai mak-mak dan isteri, bila bahan masakan cukup lengkap, terasa bahagia dan cepat untuk memasak. Kurang rasa penat. Puan Naeamah berkongsi tip penyimpanan bahan basah untuk sebulan.

Tips Mudah Memasak Untuk Sebulan, Korang boleh start buat mula januari 2019 nie. Alhamdulillah..Stok lauk keluarga untuk sebulan dah selesai. Bajet untuk 3 minggu, agak2 sehingga gaji la. Ok, dah setel kemas semua…berjam2 duk kat dapur jer, takper penat masa ni, manis selepas ini.

Beli Barang Dapur Sebulan Terus! Asingkan Lauk Untuk Masak, Jimat Masa Dan Tenaga Mama

Masak setiap hari…bawak bekal ke opis dan masak untuk anak sekali sebelum ke sekolah…balik kerja masak lagi untuk makan malam…buat mcm ni mudahkan kerja kita…mcm biasa kalau malas boleh amik kuali ketuk atas kepala

Rutin berbelanja barang dapur adalah setiap hujung bulan selepas gaji, pepagi hari pasaraya bukak jer pintu kita dah sampai. Ikan, udang, sotong beli kat pasaraya CS. Ayam beli kat pasar malam

pstt: petua nak tahu ayam tu segar tengok kaki ayam tu..pilih yang kaki tegak ke atas .. Ayam lama kaki jatuh…tp kalau peniaga masukkan kaki kat dalam perut ayam..takleh nak cakap apa daa..jangan ditarik kaki ayam tu keluar lak.

Beli Barang Dapur Sebulan Terus! Asingkan Lauk Untuk Masak, Jimat Masa Dan Tenaga Mama

Mcm biasa..siap asingkan lauk dlm bekas untuk sekali masak….tp kalau nak masak lebih…akan amik 2 bekas..contoh mcm udang…kalau nak letak dlm goreng sayur atau tomyam ke amik jer sebekas…kalau nak buat sambal udang, kena amik 2 bekas.

Ads

Simpan lauk cara saya 

Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna tipuware) untuk sekali masak. Masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Simpan kat tempat beku, letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk td, anggap lah mcm ikan2 kat kutub sana dilitupi air batu..bila ais cair, ikan tu tetap segar kan…hahaha…orang sains jangan kecam lak…saya buat contoh jer…senang nak fhm..untuk orang yang ckp manis udang akan hilang bila letak air…simpan lama..terpulang…kita raikan pendapat berlainan….pandangan masing2..tp bagi saya…saya tetap rasa sama jer dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan.

**Lauk yang saya letak air – Udang + sotong + ikan + ayam…semua bersihkan siap2…simpan lauk yang dah bersih

Beli Barang Dapur Sebulan Terus! Asingkan Lauk Untuk Masak, Jimat Masa Dan Tenaga Mama

** Daging + tulang – simpan mcm biasa…jangan letak air bila nak masak…keluarkan…alirkan bawah air paip…kalau udang + sotong sekejap jer cair…kalau ayam amik masa sikit…kalau ikut saya..memang bila nak masak baru bawak keluar…kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa…bangun pagi baru pikir nak masak apa…mcm gak balik keje…sampai rumah…buka peti baru pikir nak masak apa…hahahha takder masalah nak cairkan ais tu…uolss kalau nak masak pagi esok..malam tu boleh letak kat chiller…ramai orang buat mcm tu kan.

Ads

Beli Barang Dapur Sebulan Terus! Asingkan Lauk Untuk Masak, Jimat Masa Dan Tenaga Mama

Simpan sayur cara saya

– Halia + lengkuas + serai letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut.

Beli Barang Dapur Sebulan Terus! Asingkan Lauk Untuk Masak, Jimat Masa Dan Tenaga Mama

– cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli….letak tisu kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut…sayur tersebut akan tahan lama…insyaallah…cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama…seminggu ok lagi…selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi…
Sebab tu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus..cukup untuk seminggu.

Ads

Beli Barang Dapur Sebulan Terus! Asingkan Lauk Untuk Masak, Jimat Masa Dan Tenaga Mama

Saya letakkan sekali bajet untuk bulan ni sebab nanti ada yang tanya berapa bajet untuk lauk2 ni:

Bajet lauk kat pasaraya cs :-
Udang biasa – Rm 40.94
Sotong – Rm 37.63
Ikan Siakap – Rm 17.98 (2 ekor)
Lala – Rm6.40
Tulang Lembu – Rm 8.35
Ikan Cencaru – Rm8.64
Telur – Rm 8.60

Bajet lauk kat Pasar Malam :-
Ayam (3 ekor ) – Rm 62.00

Jumlah = Rm190.54 (Lauk)
= Rm 47.00 (sayur – limau kasturi + cili merah + cili hijau + cili api merah + ubi kentang + brokoli + kobis bulat + labu air + serai + tomato + kacang panjang + kangkung + celeri + daun kesum + halia + carrot + sawi jepun + cili benggala + timun jepun )

  • Bajet bergantung kepada keperluan individu…saya bertiga…Adakalanya akan lebih juga sikit bajet tu..contoh kalau saya nak buat nasi ayam..saya akan beli ayam lain..sbb ayam yang ada tak sesuai untuk buat nasi ayam..ayam dipotong kecik2..

saya bukan nak tunjuk bajet saya….saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak2 ni masak…dan juga cara simpan sayur2 untuk tahan lama terutama mak2 bekerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya.

  • Jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni…saya dah kahwin 14 tahun….baru kawin dulu peti kecik jer…tp saya buat mcm ni jugak..saya letak dlm plastik…cuma tak letak air la bila letak dlm plastik…cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tp ok sangat lagi dari tak buat apa2 kan.

Update jawapan, saya takdan nak jawab satu2 pertanyaan dan persoalan ibu2 semua;

  • Bekas pink saya isi lauk dan sayur ni…bukan tupperware yer …ni tipuware jer…beli kat Mr Diy…tak perlu bekas mahal2 …yang ni pun tahan lama…kat kedai eco rm2 pun ok.
  • Kenapa letak air…jawapan saya dah letak awal2 kat atas sana.
  • Bajet untuk berapa lama..jawapan ada kat atas juga, dengan kata lain semua persoalan yang banyak ditanya kat komen…jawapan dah ada kat post.
  • Mintak maaf kalau komen tak sempat saya balas…dan terlepas pandang
  • Berbeza pendapat dan pandangan…saya raikan…saya terima
  • Semoga perkongsian ni menjadi ilmu yang manfaat…terima kasih pada yang mendoakan yang baik2 untuk saya

Kredit: Naeamah Balqis

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI