Sekiranya terpaksa keluar untuk membeli barangan keperluan dapur, timbul juga rasa was-was kerana sudah tentu kita terpaksa memegang dan memilih produk yang mahu dibeli. Tentu kita risau kerana tidak tahu siapa lagi yang sudah menyentuh barangan itu.

Ada tatacara yang betul untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 jika anda ke pasar raya. Perkongsian ini dibuat oleh Pn Noreny Rahmat melalui laman Facebooknya.

Beli Barang Dapur Waktu COVID-19, Jangan Sembarangan Pegang. Ini Tatacara Yang Betul!

Ini Cara Yang Betul Untuk Elakkan Jangkitan COVID-19 Jika Ke Pasaraya

Pihak kerajaan telah keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini.

Rakyat Malaysia dinasihati supaya tidak keluar rumah jika tidak ada hal penting seperti keluar membeli barangan keperluan seperti makanan.

Tapi, mesti ada dikalangan anda yang was-was untuk keluar kan? Sebab takut dijangkiti COVID-19 ini.

Iyalah, kita tidak tahu siapa yang pegang barangan yang kita mahu beli itu, mungkin mereka sudah dijangkiti COVID-19.

Ads
Kalau yg keluar beli makanan di pasaraya tatacara yg betul adalah:

1. Pakai sarung tangan plastik bila ambil brg di rak2 pasaraya. Virus ni boleh hidup di permukaan hingga 9 jam.

2. Pakai mask. Elak both direction. Pembawa xsebar virus, virus pun xbleh masuk ke rongga hidung, mulut dr luar.

Langkah selepas balik dari membeli makanan:

1. Jgn disambut oleh ahli keluarga terutama anak2. Elakan dr terus bertemu ahli keluarga lain.

2. Terus masuk kedlm toilet, buka semua pakaian dan masukan dlm beg plastik utk dicuci terus.

Ads

3. Baru buka mask dan sarung tangan.. terus buangkan dlm plastik khas. Jgn buang dlm tong sampah biasa untuk elakkan virus bersentuh dengan sampah-sampah lain dan sukar untuk dikendalikan.

4. Mandi dan cuci dgn sabun, detol.

5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.

6. Barang2 yg dibeli, jgn terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yg dibeli, boleh mati slps 8 jam. Jika taknak tunggu 8 jam pun boleh. Terus pergi sinki basuh dengan sabun untuk matikan virus kalau ada. Barang2 basah pun sama, basuh bungkusan luar dengan sabun, jangan pergi basuh barang basah dengan sabun pulak. Kang jadi cerita PRamlee 🥴

Ads
Jika beli makanan siap masak:

1. Pastikan kedai yg bersih
2. Pastikan tiada crowd yg ramai menunggu
3. Beli dan terus balik.
4. Balik ulangi tatacara mengurus diri seperti diatas td.
Makanan siap masak yg dibeli boleh terus dihidangkan.
Sebaiknya elakan beli di luar. Masak sendiri di rumah.

Cara ini telah dibuat di China oleh mereka yg kena kawalan pergerakan/lockdown. Baru lah efektif.

Susah tak…. ya amat menyusahkan.
Stay at home…kita disiplin ikut arahan kawalan pergerakan..maka cepatlah ianya berakhir.

Doa, solat, mengaji al Quran dan jaga diri…

Bolehlah gunakan cara ini jika terpaksa keluar membeli barangan keperluan dapur. Sama-sama kita doakan agar keadaan segera pulih seperti biasa. Ingat, hanya seorang yang dibenarkan untuk keluar pada satu masa sekiranya perlu keluar rumah.

Beli Barang Dapur Waktu COVID-19, Jangan Sembarangan Pegang. Ini Tatacara Yang Betul!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI