Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ini, kos perbelanjaan keluarga akan menjadi keutamaan ibu bapa. Ini bagi memastikan kelangsungan hidup ahli keluarga terjamin dan segala keperluan penting dapat disediakan dengan baik.
Bagi ibu bapa yang ada anak kecil atau yang sedang dalam fasa menunggu kehadiran orang baru, semestinya sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak kerana masih jauh lagi perjalanan mereka untuk membesar.
Mungkin sebelum ini, untuk berbelanja membeli segala keperluan anak ibu bapa tak kisah. Namun dengan situasi yang berlaku sejak beberapa bulan lalu, ada yang mula berkira-kira dan akan hadkan bajet yang tak penting bagi mengelakkan pembaziran.
Lagipun ramai ibu bapa berpendapat, untuk membeli barangan yang mahal untuk bayi mungkin agak merugikan kerana bayi akan cepat membesar. Contohnya seperti pakaian.
Baiklah untuk memudahkan ibu bapa membuat pilihan tepat, disertakan panduan dan tip yang boleh diguna pakai dalam membeli barang keperluan si manja.
Banyakkan pakaian bersaiz besar
Ads
Saiz bayi selepas dilahirkan tidak dijangka. Mungkin dia bersaiz besar. Mungkin juga bersaiz kecil. Jadi, baju yang anda patut belikan kepadanya biarlah lebih besar sikit. Nak beli pakaian bersaiz newborn boleh tapi jangan terlalu banyak.
Tambahan pula, bayi memang cepat membesar. Kalau dibeli pakaian bersaiz kecil, tidak semena-mena anda perlu membeli pakaian yang lain pula dalam masa yang singkat. Selain daripada itu mungkin ada juga ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda menghadiahkan bayi set pakaian.
Buat pilihan bijak
Jika anda nak berjimat, tak salah pilih barangan yang kualitinya bagus tapi pada harga berpatutan. Banyak barangan anak yang kini dijual di pasaran dengan pelbagai jenama.
Jika anda bakal bergelar ibu bapa, buat dulu survey untuk memudahkan anak buat pilihan tepat.
Ads
Sekiranya anda dah mempunyai anak, dan koleksi barangan anak yang sedia ada masih elok apa salahnya guna dulu. Melainkan jika dah tak sesuai bolehlah dipertimbangkan untuk membeli produk yang baru.
Parkson Baby Fair tawarkan diskaun berbaloi!
Jadi untuk memberi pilihan yang lebih baik kepada ibu bapa, Parkson Baby Fair yang diadakan bermula 29 Ogos hingga 29 September depan boleh memberi nilai yang menjimatkan untuk berbelanja keperluan anak.
Ads
Pelbagai barangan keperluan bayi dan kanak-kanak seperti pakaian, lampin, susu dan banyak lagi ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan dan menjimatkan poket anda. Kempen tahunan Parkson ini dibuat khusus untuk memberi peluang kepada ibu bapa membeli-belah dengan lebih senang hati.
Menariknya juga, sepanjang Parkson Baby Fair ini berlangsung, selain promosi barangan berjenama yang menarik dengan diskaun istimewa untuk setiap barangan yang ditawarkan, ibu bapa juga berpeluang untuk menyertai peraduan secara online iaitu Parkson Baby Fair “Fairy Tale Stories”.
Peraduan online foto bayi ini antara yang dinanti-nantikan kerana ia memberi peluang ibu bapa untuk mencuba nasib dengan menghantar gambar aksi anak yang menarik. Mana tahu rezeki anak anda kali ini. Tak cuba tak tahu kan!
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Parkson Baby Fair, anda boleh layari Facebook Parkson dan laman web Parkson. Sementara itu, bagi ibu bapa yang berminat nak dapatkan info lengkap mengenai peraduan online foto bayi “Fairy Tale Stories” boleh dapatkannya di sini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyakit kanser menjadi ketakutan bagi sesiapa pun. Kanser payudara dan kanser serviks semestinya menjadi satu igauan ngeri bagi semua wanita. Namun kanser, penyakit tanpa faktor dan sebab ini boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa ketahui apa punca sebenarnya.
Namun kenyataan daripada doktor pakar ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada wanita, lebih-lebih yang menyusukan anak.
Menurut Dr Sarinah Basro, Consultant Breast & Endocrine Surgeon, Avisena Specialist Hospital, memberi susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
Lebih lama seseorang wanita memberi susu badan, lebih kecillah risikonya untuk mendapat kanser payudara. Menyusu badan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 4.3 peratus setiap tahun penyusuan.
Walaubagaimanapun, pengurangan risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan ada wanita yang menyusu bayi lebih dari setahun pun tetap mendapat kanser payudara.
Malah Dr Sarinah Basro turut merungkai permasalahan kanser payudaya yang turut berlaku kepada ibu hamil.
“Secara umum, faktor sebenar penyebab kanser payudara tidak diketahui. Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah:
Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara (terutamanya ibu atau adik-beradik perempuan)
Sejarah telah mendapat kanser pada satu payudara.
Terdedah kepada kesan hormon estrogen yang berpanjangan seperti
– peningkatan usia
– mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
– tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
– pengambilan pil hormon gantian yang berpanjangan di kalangan wanita- wanita keputusan haid ( menopause)
Obesiti atau kegemukan
Walaubagaimanapun, faktor risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan mereka yang tidak punya faktor risiko juga boleh mendapat kanser payudara.
Wanita yang menghidap kanser ketika hamil adalah insiden atau satu kebetulan. Tiada punca dan kesan yang jelas yang dapat dikaitkan antara kanser dengan kehamilan. Beberapa kajian kanser payudara mendapati majoriti kanser payudara yang didiagnosis ketika hamil adalah reseptor hormon yang negatif. Ini bermaksud, ia tidak bergantung pada kadar tinggi hormon wanita yang hadir ketika mengandung.
Oleh itu, tiada bukti menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam wanita mengandung yang mendedahkan mereka kepada pembentukan kanser.
Risiko Rawatan Kanser Pada Ibu Hamil
Adalah berbahaya bagi ibu hamil untuk menjalani setiap rawatan kimoterapi dan sebagainya namun menurut Dr Sarinah lagi, setiap pesakit perlu menjalani rawatan yang sama seperti pesakit kanser yang lain.
Ibu hamil yang disahkan mengidap kanser payudara perlu mendapat rawatan sepertimana pesakit-pesakit yang lain. Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kanser payu dara itu. Walaubagaimanapu ia perlu disesuaikan dengan peringkat kehamilan untuk mengurangkan risiko terhadap bayi dan kandungan.
Antara risiko kemoterapi kepada janin adalah keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kecacatan dan merencat perkembangan bayi atau kurang berat badan.
Oleh itu, rawatan kemoterapi ketika trimester pertama (< 12 minggu) cuba dielakkan kerana ia tempoh penting untuk pembentukan organ dalaman bayi dalam kandungan. Kemoterapi yang dilakukan ketika trimester kedua (12-24 minggu) dilaporkan selamat untuk pesakit hamil. Doktor juga akan cuba tidak melakukan rawatan kemoterapi pada penghujung trimester ketiga supaya tidak timbul komplikasi ketika hampir waktu kelahiran.
Teknik Penyusuan Perlu Tepat
Terdapat pelbagai aspek yang seharusnya diberikan perhatian ibu bagi memastikan kesihatan ibu terjamin. Antara hal yang perlu diberikan keutamaan adalah ketika proses menyusukan anak serta menjaga payudara itu sendiri agar dapat memberikan susu berkualiti disamping menjaga kesihatan ibu. Jangan lepas pandang, wajib berikan perhatian kepada teknik penyusuan misalnya supaya dapat mengelakkan sebarang risiko.
Penyusuan ibu juga perlu dilakukan secara berterusan sebagai salah satu langkah mengelakkan daripada kanser payudara. Hal ini perlu diketahui oleh semua wanita.
Satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai teknik penyusuan yang tepat agak ibu terhindar daripada permasalahan ketika menyusu. Malah pelbagai risiko bakal mengundang jika penyusuan tidak dilakukan dengan sebaiknya.
Menurut Puan Suriayana Mohd Said, Nurse Manager Nursery dan Kaunselor Laktasi, Avisena Women & Children Hospital, ibu sering berdepan dengan masalah ketika menyusukan anak. Antara permasalahan yang sering dihidapi ibu adalah masalah merekah dan melecet.
“Jika merekah/melecet, ibu masih boleh meneruskan penyusuan. Sekiranya ibu merasa sakit atau terdapat luka berdarah dari puting, boleh rehatkan payudara tersebut daripada menyusu dan melakukan perahan sekurang-kurangnya 8 kali sehari dan mulakan penyusuan semula apabila puting sudah sembuh.
Jika susu perahan mengandungi darah adalah selamat diberikan tapi ada beberapa pengecualian dan perlu dielakkan memberi susu ibu jika dalam masa terdekat ibu pernah menghidapi jangkitan seperti hepatitis, sepsis atau penyakit bahaya yang lain. Bincang dengan doktor sebelum memberi anak susu bercampur darah.
Selain itu, ibu juga boleh dikaitkan dengan tiga permasalahan lain yang mengundang bahaya kepada ibu ketika menyusu.
Jangkitan kulat
Jangkitan kulat mudah terjadi kepada puting atau kulit yang luka dimana medium yang lembab yang sesuai untuk pertumbuhan kulat.
Tanda-tanda jangkitan kulat seperti merasa sakit semasa dan selepas penyusuan yang tidak pernah dialami sepanjang penyusuan. Sakit seperti pisau yang menusuk/ bersifat panas serta terbakar pada payudara. Puting dan kawasan areola menjadi keruping dan kemerahan. Terdapat tompokan putih pada mulut bayi yang menunjukkan si bayi mungkin terkena jangkitan.
Jika ibu ada jangkitan kulat pada puting adalah selamat untuk menyusukan bayi dengan syarat ibu dan anak mendapat rawatan. Susu ibu mengandungi pelbagai antibody, anti-bacteria dan juga anti-kulat. Ibu perlu berjumpa doktor untuk mendapat ubat anti kulat dan bayi perlu diberikan oral anti-kulat sebagai pencegahan.
Bengkak susu
Payudara yang bengkak, rasa sakit, nampak berkilat, merah. Terjadi disebabkan lewat memulakan penyusuan selepas bersalin, pelekapan salah, tidak menyusu dengan kerap. Ia boleh dicegah dengan menyusukan bayi seawal mungkin selepas kelahiran, dengan kerap mengikut permintaannya dengan posisi dan pelekapan yang betul.
Mastitis
Mastitis keadaan dimana payudara mengalami keradangan dan boleh menjadi jangkitan. Ibu akan merasa sakit, demam dan tidak sihat. Sebahagian payudara bengkak, keras dan merah.
Beza bengkak dan mastitis: bengkak berlaku pada keseluruhan payudara dan biasanya kedua-dua belah. Mastitis berlaku sebhgian payudara dan selalunya sebelah sahaja.
Mastitis boleh berlaku kepada payudara yang bengkak/akibat saluran tersumbat.
Boleh dirawat dgn antibiotik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada 29 Oktober 2024 yang lalu.
Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama di antara Pa&Ma dan Simpan SSPN untuk menggalakkan ibu ayah membuat simpanan pendidikan buat anak-anak mereka. Dengan taglineJadilah Superhero Anak Anda!, penganjuran pertandingan ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang manfaat membuka akaun Simpan SSPN.
Turut hadir untuk memeriahkan acara pada hari tersebut adalah Pn. Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Pn. Wan Erni Liza Md Izatzi, Editor Pengurusan Grup Family & Parenting NU Ideaktiv Sdn. Bhd. serta Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri dan Dyya Nawai, penyampai radio Nasional FM merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Bayi Comel-Comel, Acara Meriah!
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak mengikut pusingan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 100 orang bayi yang berusia enam hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada 20 pusingan dan seramai lima orang bayi akan merangkak pada satu masa. Masa yang diberikan adalah selama dua minit untuk bayi sampai ke garisan penamat, sekiranya tamat tempoh dan peserta masih merangkak atau tidak bergerak, mereka akan tersingkir.
Untuk setiap pusingan, masa setiap peserta akan diambil bagi menentukan bayi manakah yang paling pantas untuk mencari Bayi Juara, Bayi Naib Juara, Bayi Tempat Ketiga serta dua Bayi Saguhati. Selain itu juga, terdapat satu anugerah khas iaitu Baby Wow! Superhero.
Tahniah Kepada Para Pemenang
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2024 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Abdul Rahman Mohd Afdzlan, Bayi Naib Juara, Mohd Alif Mohd Mustaqim dan Bayi Tempat Ketiga, Muhammad Afwan Mohd Faizal, manakala dua Bayi Saguhati adalah Qaisar Anaqi dan Muhammad Afwan Madh Affiq. Bagi anugerah khas Baby Wow! Superhero pula menjadi milik Reiner Adrian.
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers manakala Naib Juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers. Bayi Tempat Ketiga pula telah memenangi akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers.
Untuk dua Bayi Saguhati telah membawa pulang akaun Simpan SSPN berilai RM50, medal dan hamper istimewa setiap seorang. Penerima anugerah Baby Wow! Superhero juga membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal dan hamper istimewa.
Terima kasih kepada pihak yang menjayakan pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2024. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari ibu ayah yang menjadi follower Pa&Ma!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alangkah seronoknya kalau kita dapat membahagiakan anak-anak kan? Antara perkara yang boleh membuatkan anak merasa teruja dan gembira adalah apabila kota belikan mereka hadiah. Tak kisahlah kecil atau besar, berapa sekalipun harganya asalkan mama papa yang bagi dah cukup untuk mengukir senyuman si manja! Sesekali tak salah kita berbelanja lebih untuk anak tambahan pula cuti sekolah sudah semakin menghampiri.
Berita baik buat mama papa! Kalau anda merancang nak belikan hadiah untuk anak, apa kata dapatkan mainan istimewa untuk mereka di MR.TOY? Dengan pelbagai seleksi yang menarik, harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan. Jom, tengok apa yang menarik di MR.TOY!
Tahukah Mama Papa?
MR.TOY merupakan anak syarikat di bawah MR. D.I.Y Group (M) Bhd yang merupakan peruncit barangan rumah terbesar dan mereka akan melancarkan pembukaan cawangan yang ke-50 di IOI Mall Putrajaya. Pembukaan ini bertujuan untuk memberi pengalaman membeli-belah yang menarik kepada pengunjung pusat membeli-belah itu dengan pelbagai jenis mainan dan produk kanak-kanak dengan harga mampu milik.
Ada 30% Potongan Harga!
Sempena pembukaan cawangan yang ke-50 ini, mereka menawarkan diskaun 30% di setiap cawangan mereka di seluruh Malaysia. Cool kan? Tambah menarik, tawaran ini berlangsung selama sebulan bermula dari 1-31 Disember 2021. Juga terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan di sana bermula 10-12 Disember 2021. Dengan setiap pembelian bernilai RM50 ke atas, anda akan menerima hadiah percuma sama ada Plush Dino Toy atau Handcarry Playset untuk dibawa pulang.
Aktiviti Menarik, Ada Santa Claus!
Bukan sahaja tawaran diskaun yang berbaloi, MR.TOY juga menjanjikan pengalaman indah kepada semua kanak-kanak yang datang di tujuh cawangan mereka yang terpilih. Ada Santa Claus akan hadiahkan belon kepada pengunjung yang datang.
Kalau anda mahu dapatkan hadiah untuk anak atau sesiapa sahaja, boleh dapatkan perkhidmatan membalut secara percuma, tanpa minimum pembelian. Jadi tak perlulah susah-susah nak balut hadiah sendiri. Beli dan minta sahaja pekerja di sana untuk tolong balutkan hadiah yang dibeli. Memang mudah! Keadaan pasti meriah kerana MR.TOYakan dihiasi dengan dekorasi mengikut tema yang menarik dan ada photobooth juga. Bolehlah ambil gambar seisi keluarga nanti!
Apa Aktiviti Menarik Yang Ada?
Bukan anak-anak saja, mama papa pun pasti teruja dengan aktiviti yang akan diadakan di cawangan MR.TOY yang ke -50 di IOI Mall Putrajaya:
Aktiviti 1: Shopping Spree!
Berbelanja lebih dari RM100 di MR.TOY dan anda akan dibenarkan untuk memilih bola bertuah. Sekiranya berjaya mendapat bola bertuah, anda akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam shopping spree.
“Wheel of Weapons” akan diputar dan untuk menentukan senjata yang akan anda gunakan untuk mengambil sebanyak mana barang di dalam kedai MR.TOY!
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Aktiviti 2: Claw Machine
Pembelian minimum RM50/resit untuk satu token bermain claw machine (1x percubaan) anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Aktiviti 3: Free Animal Ride
Pembelian minimum RM50/resit untuk menunggang haiwan mainan secara percuma selama 5 minit
Every activities can put T&C apply
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Aktiviti 4: Ball Toss
Boleh dimain secara percuma sebagai tarikan pengunjung
Campak bola ke dalam lubang dan anda berpeluang memenangi hadiah istimewa
Aktiviti 5: Plinko
Boleh dimain secara percuma sebagai tarikan pengunjung
Jatuhkan bola dan lihat di mana nombor bertuah mana ia berhenti bagi memenangi hadiah istimewa
Seronok kan? Kalau mama papa sedang mencari aktiviti yang mahu dilakukan seiisi keluarga boleh ke MR.TOY cawangan ke-50 di IOI City Mall Putrajaya untuk menikmati masa gembira bersama-sama. Selain membeli-belah dan menang hadiah, anda juga boleh menguatkan bonding dengan si manja. Jom, ramai-ramai ke MR.TOY!
Tip belikan mainan untuk anak, barulah anak tak tantrum di tempat awam. Tantrum anak kecil sering menjadi cabaran bagi ibu bapa, terutama apabila anak sudah terbiasa mendapat apa yang mereka mahukan tanpa batasan.