Meniru adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Macam mana ia berfungsi? Dari pemerhatian sekeliling, maka apa yang mereka tengok tu akan sampai ke otak untuk diproses terlebih dahulu sebelum mereka mencuba sesuatu.
Ia terjadi untuk semua perkembangan. Dari bahasa, sehinggalah sosial.
Membaca. Ramai orang ingat membaca itu kemahiran semata-mata. Kemahiran membaca. Atau reading skill. Sebab itu ibu bapa berlumba-lumba nak bersaing dan memastikan anak-anak cepat dan dapat membaca dengan lancar.
Tapi, membaca adalah lebih daripada sekadar kemahiran.
Juga bukan sekadar memahami simbol, gambar, tulisan atau any form yang membentuk komunikasi satu atau dua hala. Ia datang dari pengalaman memerhati sekeliling. Dari memerhati, maka akan datang proses imitation untu meniru apa yang mereka perhati.
Kita kembali tatkala anak-anak menjadi bayi.
Bayi akan meniru aksi dan suara. Peringkat ini, bayi sebenarnya sedang ‘membaca’ segala pergerakan termasuklah mimik muka, gesture, suara dan sebagainya.
Ads
Kita acah gelak, baby turut ketawa.
Kita tipu-tipu menangis, baby pun menangis sama.
Kita jerit aaaa, baby pun tak boleh kalah untuk jerit aaa juga.
Dalam konteks membaca, dengan memperbanyakkan bahan bacaan (enrich printed environment) adalah sesuatu yang baik jika mengikut tahap perkembangan anak-anak.
Ads
Letaklah pelbagai bahan bacaan seperti picture card, buku cerita, softbook dan sebagainya. Tapi ia tidak mampu nak bagi benefit yang lagi besar dari yang ini, iaitu MENIRU IBU BAPA MEMBACA
Ya. Jika ibu bapa membaca di rumah dan menjadikannya satu tabiat. Ia memberi implikasi yang sangat besar terhadap perkembangan kanak-kanak. Termasuklah menyediakan kanak-kanak untuk minat membaca.
Reading readiness adalah sesuatu yang real.
Memaksa anak-anak membaca adalah sesuatu yang tidak adil bagi mereka. Bila membuat sesuatu dalam keadaan terpaksa, maka ia tidak akan memberi kesan jangka panjang. Dan ia sia-sia.
Ia bermula dengan tabiat ibu bapa membaca dahulu, baru datang yang lain-lain seperti beli buku macam-macam, bawa ke perpustakaan, story tellings dan seterusnya.
Ads
Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014 menunjukkan purata rakyat Malaysia membaca hanyalah 15 setahun. Berbanding pada tahun 2004 hanyalah 2 buku setahun. Ini disebabkan medium membaca yang makin meluas seperti ebook dan medium yang lain. Ia jumlah yang sedikit.
Kita dibesarkan dengan cara membaca itu adalah satu kemahiran. Then, what next? Bila dah tahu membaca, kemudian nak buat apa?
Kita tak didedahkan dengan nilai membaca itu sendiri. Tidak menjadi habit. Nak pegang buku pun malu dicaci masyarakat. Nak beli buku pun susah. Rasa membazir.
Nilai membaca tu tak berjaya diserap. Sudah-sudahlah paksa anak membaca. Ia perlu datang sendiri. Sampai satu tahap mereka sendiri akan minta kan kita sendiri untuk membeli buku.
Cuba tanya diri sendiri, berapa buah buku anda membaca setahun?
Jom bawa anak-anak ke taman rekreasi baharu iaitu 99 Wonderland Park dan pastinya masuk percuma selama sebulan! Sememangnya pergi ke tempat menarik atau bercuti bersama keluarga pastinya meninggalkan momen yang indah dan menyeronokkan buat anak-anak. Di Malaysia sememangnya banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi sama ada secara percuma atau bayaran.
Terbaharu, buat rakyat Malaysia suatu lokasi pelancongan iaitu 99 Wonderland Park telah dibuka 14 Mac ini yang terletak di Taman Sri Murni, Selayang. Paling menarik, sempena pembukaannya tawaran masuk secara percuma selama sebulan buat rakyat Malaysia. Memang cantik sangat pemandangan!
Taman ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff B K Lee.
Ia merupakan taman rekreasi pertama di Kuala Lumpur yang dihiasi oleh lampu-lampu LED pada waktu malam.
Dengan keluasan kawasan sembilan hektar yang sebelum ini merupakan sebuah kolam tadahan ia telah dinaik taraf oleh pihak pemaju hartanah, JL99 Group.
Kawasan menarik
Jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak ke kawasan menarik di sini antaranya ialah bird square, rabbit house, duck lagoon, hatchery & incubator room, deer yard, ostrich farm dan binatang-binatang eksotik. Selain itu, anda boleh bawa anak ke tempat ini yang turut dihiasi lampu LED pada waktu malam iaitu Sky Fountain, Magical Bridge, T-Rex Ring, Golden Waterfall, 12 Zodiac Zone dan 99 Cruise. Memang buat anak-anak teruja. Memang best untuk ambil gambar. Terasa bagaikan berada di bandar bercahaya!
Waktu Operasi
Taman Rekreasi ini dibuka bermula jam 6 petang hingga 9.30 malam (Isnin-Khamis) dan jam 6 petang hingga 10 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum).
Untuk kemasukan percuma selama sebulan bermula 14 Mac lalu sehingga 13 April untuk semua warganegara Malaysia yang memegang MyKad. Jom ke sana!
Gara-gara menyangka ayahnya ada hubungan dengan perempuan lain, anak perempuan Aeril Zafril dan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3, tak puas hati dan begitu marah pada Aeril.
Menurut Wawa menerusi Instagram miliknya, Hayla telah menangis sebelum bertindak memukul dan mencakar Aeril selepas melihat video ayahnya bersama dengan seorang wanita.
Bagaimanapun ia hanya aksi lakonan Aeril bersama pelakon, Siti Elizad untuk drama Cinta Tanpa Henti.
Sebelum tidur kita kena rajin untuk bacakan buku cerita atau bed time story pada anak supaya anak boleh jadi pintar. Biarpun anak itu baru berusia setahun namun ia memberi kesan postif kepada pembelajarannya di tadika apabila berusia enam tahun. Apa yang pasti, otak anak ini bagaikan span yang akan menyerap apa sahaja yang didengarnya dipersekitarannya. Jadi pastikan buku yang dipilih itu mempunyai isi kandungan yang berkualiti.
Berikut 7 manfaat membacakan buku cerita kepada anak sebelum tidur
1.Berdasarkan data dari National Center for Education Statistics di Amerika Syarikat, ibu bapa yang rajin membacakan buku kepada anak cenderung untuk menjadi pembaca yang lebih baik dan pintar di sekolah.
2.Interaksi semsa proses membaca membuatkan minat anak semakin tinggi terhadap buku.
3.Setiap helaian buku akan membantu anak menambah perbendaharaan kata anak-anak dan dapat mengetahui kosa kata baharu.
4.Membaca membuatkan anak-anak belajar berfikir mengenai watak-watak dalam penceritaan itu.
5.Mewujudkan ‘soal jawab’ apabila anak mula bertanya apa kesan dan akibat kepada watak-watak dalam buku.
6. Anak-anak mengenali pelbagai pewatakkan dalam buku seperti watak jahat, baik, sopan, berani dan sebagainya.
7. Rasa ingin tahu yang tinggi apabila kreativiti dan imaginasi wujud semasa anda membaca buku cerita.
Tahukah anda, penyelidikan saraf menunjukkan bahawa apabila ibu bapa yang berinteraksi secara lisan dengan kanak-kanak-termasuk membaca, kanak-kanak memperolehi banyak manfaat daripada apa yang kita fikirkan, ” kata G. Reid Lyon, Ph.D., Ketua Perkembangan Kanak-Kanak Dan Cawangan Tingkah Laku Institut Kesihatan Kanak-Kanak Kebangsaan Dan Pembangunan Manusia Di Bethesda, Md.
Justeru, sebagai ibu bapa kita harus tahu cara yang betul memilih buku. Oleh itu, bagaimana untuk memilih buku yang sesuai supaya dapat membina daya pemikiran anak. Berikut 7 cara yang betul memilih buku buat anak
1. Pilih buku yang menggunakan perkataan pendek dan singkat supaya lebih mudah untuk diingat oleh anak.
2.Berikan buku cerita atau dongeng yang sering anda baca sebelum si kecil tidur. Oleh itu, memudahkan anak untuk mengenali setiap kosa kata yang terdapat pada buku tersebut.
3.Pastikan isi kandungan buku itu berkualiti supaya memudahkan anak dalam proses pembelajarnya.
4.Pilih buku bacaan khas untuk kanak-kanak supaya isi kandungannya mempunya unsur-unsur moral seperti menghormati ibu bapa, sikap rajin, sikap berdikari, anak yang baik dan sebagainya.
5. Pastikan buku dihasilkan dengan gambar bersaiz besar dan ilustrasi yang menarik supaya memudahkan anak memahami isi kandungan buku tersebut.
6. Buku yang memiliki gambar hitam putih tidak sesuai untuk anak yang sudah besar dan ia juga akan membuat anak cepat bosan. Seharusnya memilih buku dengan gambar yang berwarna terang untuk menarik minat anak.
7. Jangan lupa untuk memilih buku yang mempunyai tulisan yang bersaiz besar supaya mudah anda dan anak untuk membacanya (sekali-sekala anda suruh anak baca buku dan anda yang dengar pula).
Namun pastikan buku itu berguna untuk melatih kemampuan dan kecerdasan otak anak. Semoga panduan ini bermanfaat untuk ibu ayah mendidik anak menjadi seorang yang cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!