Emas memang menjadi kegilaan para wanita atau isteri kerana bentuk dan warnanya yang menarik dan juga nilainya yang tinggi mengikut zaman.
Memang tak rugi jika isteri anda menghabiskan wang untuk mendapatkan emas kerana nilainya tetap tinggi jika di jual atau digadai. Bagi isteri, emas antara perhiasan yang paling cantik dan mesti dimiliki! Tak rugi jika anda berbelanja emas untuk isteri, daripada membazir duit untuk benda yang tidak mendatangkan faedah. Ikuti perkongsian ini
Semalam dalam perjalanan pulang ke Tawau, isteri kata nak singgah Pekan kunak. Dia teringin nak makan ikan bakar dekat pasar Kunak. Sedap katanya, ramai yang rekemen tempat tu.
Dekat nak sampai Pasar Kunak, tiba2 “Abi tu ha Kedai Emas Kim Fatt, ‘femes’ dekat Kunak ni. Banyak pilihan, design lawa dan harga murah.”
Dalam hati kata, saya nampak dah permainan dia. Ikan bakar tu hanya subjek sampingan saja, dia nak masuk pekan kunak ni ada ada hajat besar lain.
Ads
Masa makan, kepala asyik fikir apa pula kejadian lepas ni. Nasi saya tak habis separuh lagi, tapi nasi dia cepat je habis, licin. Makanan tak turun habis lagi dah ajak saya gerak.
Dalam perjalanan keluar pekan, dia kata nak singgah Kedai Emas tu kejap. Dia kata lagi nak tengok2 je, nak pastikan betul ke orang kata kedai ni murah, design lawa?.
Sebagai langkah berjaga2, saya kata kat dia, saya tak bawa cash lebih. Dia kata kedai emas boleh je guna debit. Bijak.
Sampai dekat kedai, ramai orang tengah shopping emas. Shopping tahun baru agaknya.
Ads
Masuk saja kedai, soalan pertama saya tanya dekat pekerja, “Debit boleh guna?” Pekerja tu kata boleh cuma ada charge. Saya tak setuju dengan charge tambahan
Saya nampak isteri dah macam kat dunia lain, rambang mata. Tadi masuk pegang tangan, sekarang ni tangan saya masuk poket dah.
Sedang asyik tinjau2, taukey kedai kata “Boss sini boleh guna online transfer, takda charge”. Pandai betul la taukey ni. Saya baru saja nak lega sikit.
Ads
Akhirnya saya tewas di Maybank2u. Gelang Petai juga jadi pilihan. Pelik betul la nama2 emas 916 ni.
Gais, kalau kalian beli emas, duit tak habis. Sebaliknya tak beli emas, duit akan habis. Emas juga adalah duit tetapi dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya.
Beli emas perhiasan untuk isteri pakai. Beli gold bar/dinar untuk simpanan/pelaburan
Begitulah
Kredit: Basri Baco
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ikhlasnya cinta suami isteri bukan hanya semata-mata pada kesenangan semata-mata. Sanggup susah, berpanas berhujan, berjimat cermat itu juga satu pengorbanan dan akhirnya akan ada manis di penghujung nanti.
Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan, kemanisan dalam berumah tangga antara suami isteri ini boleh dicipta pada bila-bila masa. Bukan terhad kepada kejutan memberi hadiah atau bawa pergi bercuti.
Berikut antara perkongsian beliau:
Selalu kita tengok di Lembah Klang ni ada beberapa pattern:
1. Suami isteri naik kereta sekali, sebab sama tempat kerja 2. Suami isteri naik kereta sekali, suami hantar isteri dulu sebab berlainan tempat kerja 3. Suami isteri naik kereta berasingan 4. Suami isteri naik motor sebab nak elak jem 5. Suami isteri naik motor sebab tak mampu beli kereta lagi 6. Suami isteri naik motor sebab hobi suka riding
Agak-agak anda yang mana satu?
Sebenarnya suami isteri yang selalu naik motor sama-sama lebih kuat perasaan cinta sebab:
1. Lebih rapat hubungan, bukan sekadar berpelukan di rumah, bahkan di jalanraya juga berpelukan. Hormon cinta semakin bercambah.
2. Isteri yang sanggup naik motor dengan suami kebiasaannya bukan jenis memilih. Dia terima seadanya keadaan suami. Ni jenis isteri yang setia.
3. Terasa seperti pasangan remaja. Sentiasa terasa muda. Ini boleh menjadikan hubungan suami isteri last longer
Jadi, kalau kita lihat pasangan suami isteri yang naik motor, panas hujan bersama, sebenarnya banyak kebaikan buat mereka. Cukup kita doakan mereka selamat dalam perjalanan.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” (Riwayat Al-Tirmidzi)
Apabila anak bakal memasuki usia 5 tahun, sudah tentu ibu ayah sudah memikirkan tentang pembelajaran prasekolah buat anak-anak. Bagi yang memilih untuk menghantar anak ke prasekolah swasta, sudah tentu ada pilihan tersendiri.
Manakalah ibu ayah yang bercadang untuk menghantar anak ke prasekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) anda perlu melakukan permohonan terlebih dahulu dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Tempoh permohonan secara dalam talian bermula pada 1 Mac hingga 30 April setiap tahun. Permohonan ini harus dilakukan pada tahun sebelum anak-anak mula persekolahan.
Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu:
Dalam Talian (online)
Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.
Manual
Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.
Syarat kelayakan
Prasekolah KPM hanya dibenarkan untuk kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon). Pemilihan murid dilakukan berdasarkan merit.
Semak permohonan
Untuk menyemak keputusan permohonan kemasukan prasekolah tersebut anda boleh Klik – E-Prasekolah
Tidak dinafikan, ada kalanya si kecil sering membuat perangai, sampai pening parents nak menghadapnya. Apakah mungkin terdapat cara mengatasi anak tantrum?
Menangani anak tantrum
Anak tantrum, buat perangai, merengek, meragam, tidak mendengar kata, bahkan mengamuk boleh dikatakan perkara biasa untuk terjadi.
Namun dalam keadaan anda sebagai ibu bapa yang mungkin letih dan penat bekerja, apa yang dilakukan anak itu boleh menyebabkan hilangnya rasa sabar.
Tetapi mengapa anak berkelakuan sebegitu? Apakah sebabnya?
Untuk menjawab persoalan itu memerlukan anda untuk menyiasat, mencari punca yang mencetuskan perangai si kecil yang menjengkelkan itu.
Apakah ia disebabkan oleh sikap dan kesilapan anda sendiri?
Cara mengatasi anak tantrum
Jangan terkejut ya jika sikap anak yang suka memberontak itu hakikatnya berpunca daripada diri anda sendiri sebagai parents mereka.
Berikut antara beberapa kesalahan ibu bapa dan cara mengatasi anak tantrum:
1. Ibu bapa jauh
Ibu bapa dalam kategori ini kewujudannya ada secara fizikal tetapi lebih sibuk menghadap telefon, tugasan kerja atau hobi.
Mereka hanya memenuhi keperluan fizikal anak seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal serta tidak mengendahkan keinginan emosi anak untuk berasa dikasihi dan dilindungi.
Anak-anak kerap berasa tidak selamat, kurang keyakinan diri dan cenderung bersikap agresif. Cara mengatasi anak tantrum: Berikan mereka kasih sayang secara fizikal dan emosi.
2. Terlalu mengawal
Anda mungkin berasa sikap terlalu mengawal ini adalah untuk melindungi anak. Tetapi anak yang dibesarkan dengan cara ini dipercayai lebih kerap memberontak terhadap ibu bapa mereka, selain sering mengalami kegelisahan dan ketakutan untuk membuat kesilapan.
Untuk menangani anak tantrum ini adalah dengan elakkan daripada terlalu mengawal pergerakan anak. Biarkan anak bebas beraktiviti tetapi masih tetapkan had untuk mereka ikuti.
3. Kurangkan menjerit sebagai cara mengatasi anak tantrum
Kesalahan paling biasa dilakukan ibu bapa adalah menengking anak. Sebagai ibu bapa, kita mungkin berasa jeritan sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan anak.
Tetapi hakikatnya kanak-kanak yang sering ditengking sering berasa tidak selamat serta lebih agresif secara fizikal dan lisan.
4. Ganjaran
Setiap ibu bapa pasti mempunyai pengalaman anak mengamuk ketika berada di mall. Antara cara menangani anak tantrum yang sering digunakan adalah ‘merasuah’ mereka dengan sesuatu agar rengekan atau amukan berhenti, betul tak?
Tetapi ia cumalah penyelesaian sementara sahaja. Apa kata anda fokus untuk lebih mendengar anak secara aktif dan memahami keperluan mereka.
Hadkan pemberian ganjaran sebagai balasan untuk kelakuan baik mereka. Berikan lebih pujian untuk tingkah laku positif dan baik.
5. Tiada batasan
Mungkin kedengaran idea yang baik untuk membiarkan anak bebas meneroka tanpa batasan. Tetapi kesannya boleh mengakibatkan mereka ralat dalam memikul tanggungjawab, sukar mengawal dan mendisiplinkan diri.
Cara mengatasi anak tantrum: Wujudkan batasan tetapi bukan mengawal. Ia mengajar anak untuk menguruskan kehidupan berdasarkan peraturan di sekeliling mereka.
6. Menjadi sahabat anak? Ini bukan cara mengatasi anak tantrum
Apabila cuba menjadi sahabat dan bukannya ibu bapa, secara tidak langsung tiada lagi keperluan untuk anak menganggap anda sebagai contoh teladan untuk diikuti.
Ia juga meletakkan anda setara dalam hubungan dengan anak-anak daripada mempunyai hubungan ibu bapa-anak.
Sebaiknya, walaupun akan ada masanya timbul perselisihan faham dengan anak, teruskan untuk menjadi ibu bapa dan bukannya rakan mereka.
7. Memalukan anak
Berkongsi gambar anak dengan momen yang kurang menyenangkan boleh menjadi perkara yang memalukan buat mereka.
Ia bukan sahaja merosakkan harga diri anak, tetapi menyebabkan mereka cenderung memberontak. Bahkan ini boleh menjejaskan hubungan anda dengan anak.
Anda juga harus mengelak daripada menuturkan ayat seperti “Mama penat melayan kerenah awak” atau “Awak budak yang nakal”.
Anda mungkin tidak sengaja memalukan anak apabila berada dalam kekecewaan. Apabila itu berlaku, cara mengatasi anak tantrum disebabkan kesilapan tersebut adalah meminta maaf dengan segera.
8. Sentiasa melayani bukan cara mengatasi anak tantrum
Anda mungkin berasa ia adalah tugasan ibu bapa untuk sentiasa melayan anak setiap masa agar mereka tidak meragam atau tantrum.
Hakikatnya, anak perlu dibiarkan untuk berasa bosan. Kebosanan yang melanda anak akan membuatkan mereka mencipta permainan baru melibatkan kreativiti mereka dan belajar untuk menghiburkan diri sendiri.
Anak juga dapat berinteraksi dengan lebih baik bersama adik-beradik atau rakan mereka apabila perlu bekerjasama untuk mengurangkan kebosanan.
Tiada ibu bapa yang sempurna. Normal untuk anda melakukan kesilapan, berasa menyesal dan mungkin mengulanginya berulang kali kerana kita semua manusia biasa.
Namun cara mengatasi anak tantrum yang terbaik adalah untuk belajar daripada kesilapan dan mengubah tabiat anda sebelum ia boleh menjejaskan kehidupan mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.