Bila terjadinya kebakaran, pasti meruntun jiwa mangsa sebab kebakaran ni bukan saja memusnahkan harta tapi boleh mengancam nyawa.
Melihat kepada Statistik Kebakaran 2019 yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kebakaran paling tinggi di Malaysia adalah melibatkan hartanah kediaman.
Jumlah kebakaran mengikut jenis kediaman pada tahun 2019 adalah seperti berikut:
Rumah Teres:863
Rumah Flat:257
Apartment/Kondominium:234
Setinggan:116
Rumah Panjang / Tradisional:125
Jumlah:1,595
Nampak tak, kebakaran kediaman saja dah nak cecah 1,595 kes di seluruh negara! Kalau campur semua kebakaran bangunan untuk tahun 2019 termasuk kedai, kilang, gudang, pusat membeli-belah dan sebagainya ada 5,449 kes!
Kalau lihat pada nilai kerugian pula, lebih RM1.2 bilion kerugian direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam 9,182 kes kebakaran melibatkan peralatan elektrik di seluruh negara bagi tempoh 2018 hingga 2020.
Apa Punca Kebakaran?
Kebanyakan kes kebakaran adalah disebabkan kecuaian manusia! Bukan saja cuai, tapi sikap tak mengambil berat tentang bahaya kebakaran dan bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut juga faktor utama yang menyumbang kepada insiden kebakaran.
Malah, bomba sendiri mengakui yang banyak kebakaran berlaku kerana penggunaan tenaga elektrik berlebihan dan kecuaian ketika mengendalikan perkakas elektrik.
Jadi, jom kita tengok apa kita boleh buat untuk elakkan kebakaran di rumah ni!
1. Tutup suis elektrik
Suis elektrik sentiasa mengalirkan elektrik dan boleh mengakibatkan kebakaran jika terjadi litar pintas.
Oleh itu, pastikan semua suis elektrik sentiasa ditutup bila tak digunakan dan cabut juga plug dari soket. Ini sangat penting bila anda nak keluar rumah atau meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang. Selain tu, anda juga dapat menjimatkan bil elektrik.
Satu lagi pesanan tentang suis eletrik yang anda mungkin pernah dengar sebelum ni – Jangan sentuh suis eletrik dengan tangan basah sebab boleh terkena renjatan elektrik!
2. Overload extension /plug
Overload ni maknanya kita letak beban lebih pada extension atau plug di rumah. Contohnya, mengguna dua/tiga extension cords pada satu masa yang sama, atau mengguna litar yang sama untuk peralatan eletrik yang boleh menyebabkan over-heating.
3. Peralatan elektrik
Kalau anda jenis yang ada pelbagai jenis peralatan elektrik, jangan letakkan pada satu tempat saja nanti tak ada ruang untuk peralatan tu semua membebaskan haba yang dijana. Peralatan elektrik utama seperti peti ais, mesin basuh dan microwave, seeloknya dipasang terus ke soket dinding.
Barangan elektrik lain yang perlu dielakkan diguna pada litar yang sama adalah:
4. Dapur gas
Jika anda tiba-tiba terbau gas di dalam rumah, ada kemungkinan tong gas, paip gas atau dapur dah bocor. Jangan buang masa dan terus buka semua pintu dan tingkap untuk pengaliran udara serta cabut kepala gas.
Tolonglah jangan cuba-cuba nak test buka dapur gas sebab kalau betul ada gas bocor boleh meletup dapur anda! Panggil terus bomba atau tukang gas.
5. Mancis
Sila berhati-hati bila menggunakan mancis, sama ada nak pasang api dapur, lilin atau lain-lain. Apinya memang nampak kecil tapi sekali terpercik atau terjatuh dekat tempat yang mudah terbakar seperti atas alas kaki, apinya boleh merebak tanpa diduga.
6. Percikan api
Kalau ternampak percikan api di suis, soket atau mana-mana peralatan elektrik, jangan ambil mudah dan biarkan saja ia selesai sendiri. Panggil juruelektrik untuk periksa keadaan percikan api dan baiki apa yang perlu.
7. Cecair mudah terbakar
Bekas mengandungi cecair mudah terbakar yang tak disimpan dengan elok dan selamat boleh jadi punca kebakaran. Cecair tu kalau terkena api sikit saja mungkin boleh menjadi kebakaran yang besar.
8. Puntung rokok
Masih ramai yang buang puntung rokok di merata-rata tempat tanpa sedar atau tak peduli yang ia boleh mengakibatkan kebakaran. Baca berita tentang bahaya buang puntung rokok merata ini. Tolong ingat yang punting rokok masih ada bara yang tak dipadam dan dibuang pada tempat yang disediakan sangat berbahaya.
9. Mercun
Boleh kata setiap kali tiba musim perayaan, mesti ada berita rumah terbakar sebab mercun meletup dan apinya merebak. Kalau nak main sangat mercun pergilah main di tempat yang selamat dan tak membahayakan diri sendiri. Nampak kecil ke mercun ni, tapi kalau tersilap langkah, kereta pun boleh meletup tau!
10. Pengecas telefon
Ni selalunya jadi bila telefon digunakan semasa tengah cas ataupun dibiarkan pada pengecas telefon semalaman. Kalau bateri telefon yang dicas tu rosak, pengecas telefon boleh mengeluarkan percikan api seperti kes di Shah Alam ni dan menyebabkan kebakaran.
11. Ubat nyamuk & lilin
Ubat nyamuk dan lilin pun boleh menyebabkan kebakaran kalau tak diawasi dengan betul. Lingkaran ubat nyamuk jangan dialas dengan bahan mudah terbakar dan padamkan lilin bila tak digunakan. Nampak macam tak ada apa tapi kalau terkena kertas atau kain, boleh terbakar dengan cepat.
Tips Cegah Kebakaran
Bak kata pepatah Melayu, elok kita sediakan payung sebelum hujan yang bermaksud kita perlu berwaspada dulu sebelum ditimpa musibah.
Bagi memberikan kesedaran dan membantu orang ramai untuk mencegah kebakaran daripada berlaku di rumah, ini 13 tips daripada bomba dan beberapa agensi lain seperti di bawah.
1. Pasang sistem penggera kebakaran
Kalau boleh pasang di setiap ruangan rumah (dapur, bilik tidur, ruang tamu) dan ia selalunya diletak pada siling. Jika ada asap kebakaran, ia akan terus berbunyi dan memberi amaran kepada orang dalam rumah.
2. Pastikan ada laluan kecemasan
Jangan penuhkan ruang dengan barangan dan pastikan ada laluan yang boleh digunakan untuk sebarang kecemasan. Semua penghuni juga perlu tahu tentang laluan ini.
3. Jangan merokok sambil baring di tempat mudah terbakar
Nampak simple, tapi bila anda merokok di tempat mudah terbakar seperti di atas katil, bara api itu boleh jatuh ke atas katil dan menyebabkan kebakaran.
4. Buang rokok dengan selamat
Gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat supaya tak mudah terbalik. Pastikan juga puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
5. Elak overload litar elektrik
Bila menggunakan extension atau soket elektrik jangan membuat penyambungan atau pemasangan yang membebankan litar elektrik.
6. Simpan mancis, pemetik api & cecair mudah bakar di tempat selamat
Semua benda yang mudah terbakar di dalam rumah perlu disimpan di tempat yang selamat dan susah untuk dicapai oleh anak-anak kecil.
7. Guna lilin yang betul
Ada masa mungkin anda perlu menggunakan lilin atau anda suka memasang lilin pewangi. Apa pun pastikan api lilin dipadam bila anda tiada berdekatan dan taka da pengawasan.
8. Letak alat pemadam api
Sangat praktikal untuk anda meletakkan satu unit alat pemadam api jenis debu kering atau jenis gas di rumah. Anda boleh gunakan untuk memadam dan mengawal kebakaran kecil supaya tak merebak.
9. Guna perkakas / peralatan elektrik SIRIM
Apa saja barangan elektrik yang anda beli pastikan ada cap SIRIM. Ini bermakna barangan tersebut telah lulus piawaian SIRIM dan selamat untuk digunakan.
10. Tahu barang mudah terbakar
Sangat penting untuk anda ambil tahu barang elektrik mana dengan mudah menyebabkan kebakaran.
Jika ada sebarang kerosakan, terus perbaiki atau buang saja barang itu.
TIP TAMBAHAN
Beli Fire Blanket. Ia dapat mengelak kulit anda melecur semasa menyelamatkan diri akibat kebakaran.
Perlu latih anak, isteri dan keluarga tentang tindakan dan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa kebakaran.
Buat 2-3 duplicate kunci pintu rumah dan letakkan di tempat yang mudah diambil dan tempat berbeza.
Kredit: Malaysia News Yahoo
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!